Harakah Terbit Semula Jumaat IniAkhbar terbitan Parti Islam se Malaysia akan kembali menemui para pembacanya Jumaat ini setelah lebih seminggu lalu dibatalkan permitnya oleh kerajaan yang juga membataskan keluarannya daripada dua minggu sekali kepada dua kali sebulan, menurut editor akhbar itu.Akhbar tabloid yang semakin mendapat sambutan pembaca itu diterbitkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) dua kali seminggu.Tetapi lewat bulan lalu, penerbitannya dibataskan kepada dua kali sebulan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berkata batasan itu boleh disifatkan sebagai satu hukuman ke atas PAS yang melanggar syarat-syarat pemberian permit bagi akhbar tersebut kerana menjualnya kepada orang ramai. Permit penerbitan akhbar itu melarang penerbit nya menjual Harakah kepada orang ramai yang bukan anggota PAS. Encik Zulkifli berkata Harakah terbitan Jumaat ini mempunyai 40 halaman. Tetapi bagi terbitan keduanya pada pertengahan bulan ini nanti, ia akan mempunyai 72 halaman. Beliau berkata tambahan halaman itu adalah bagi menggantikan bilangan terbitannya yang kini terbatas. Halaman tambahan itu akan dipenuhi dengan analisa mendalam tulisan anggota-anggota kanan PAS, kata Encik Zulkifli. Purata 300,000 naskhah Harakah dijual setiap keluaran sebelum kerajaan membataskannya pada Selasa lalu. |