Kes Bicara Rahim Ditangguh 14 MacMahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin lalu menangguhkan sehingga 14 Mac perbicaraan kes bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim Noor, yang dituduh sengaja cuba menyebabkan kecederaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan di Bukit Aman 20 September 1998 . Hakim Akhtar Tahir membenarkan permohonan penangguhan oleh peguam Tan Sri Abdul Rahim, Encik K. Kumaraendran, yang memberitahu mahkamah bahawa Tan Sri Abdul Rahim tidak sihat. Encik Kumaraendran berkata Tan Sri Abdul Rahim telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada Sabtu lalu dan akan berada di hospital berkenaan selama seminggu untuk pemeriksaan. Hakim Akhtar berkata perbicaraan kes itu akan bermula pada 14 Mac dan akan berjalan sehingga kes pendakwaan tamat. Hakim Akhtar juga berkata mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap terhadap Tan Sri Abdul Rahim sekiranya beliau tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan dengan alasan yang tidak munasabah.-AFP |