|
BILA PATUNG
‘PUAKA’ TIDAK DISEMBAH LAGI……!!
Duduk diatas pagar berduri bukan
kerja mudah. Bandingkanlah: duduk diatas kerusi pun sakit punggung, apakan
lagi jika pagar berduri, bukan? Kerana sifat hati seorang manusia itu memang
ada bebalnya, maka tahan jugalah, walau sakit pun, sampai rasa tak tahan
sangat.
Saya melihat rakan saya dalam UMNO dan BN pun sudah mula
merasa panas punggung. Yang menjadikan mereka panas itu adalah kerana derita
yang ditanggung bukan setakat dipunggung rasa terbakar, tapi sudah sampai ke
lubok hati pedihnya. Setiap hari terpaksa menepis dan mengibas. Debu-debu
yang berterbangan terlalu memedih mata.
Berkata seorang rakan
selepas mesyuarat di satu perjumpaan tertutup, “Kalau kita ditanya bagaimana
ikhtiar untuk memulihkan keadaan yang ada, bila kita jawap dan bagi
pandangan – they all think we’re just fools…!!”
Saya terdiam
memanjang. Itu perkara biasa. Dalam UMNO, itu adalah tradisi. Mereka masih
jauh tertinggal dibelakang. Malah sekarang sudah sungguh-sungguh berbalik ke
belakang!!
Walaupun, saya cuma berpengalaman sejak hampir 20 tahun
yang silam, tetapi itulah yang rasa sepanjang tempoh itu. Memang itulah yang
saya tanggung. Tetapi kerana memikirkan, perjuangan itu memang memerlukan
pengorbanan, maka saya korbankan runtunan hati yang menggila marah. Saya
jadi orang paling sabar. Cukuplah sabarnya saya sekarang.
Bukan saya
memgang berfalsafah, “Sabar itu istana iman”. Bukan sebab itu. Kesabaran
saya semata-mata kerana saya kira perjuangan saya masih jauh… terlalu jauh.
Saya melihat bagaimana rakyat kampung terpencil tidak mengerti apa
sebenarnya yang dilakukan oleh pemimpinan UMNO yang saban hari bercakap
tentang bagaimana nak jadi Kaya “SEGERA”.
Bagi mereka soal
perjuangan adalah perjuangan untuk tembolok sendiri. Jika tidak, mereka tak
mahu bermati-matian nak jadi pemimpin. Bergadung, berperang.. lempar-lempar
kerusi!!
Saya terhiris hati bila bercakap dengan mereka yang cuma
menikmati secawan kopi bila hadir dimesyuarat UMNO Cawangan. Sementara yang
bercakap itu adalah “pejuang” rakyat konon, yang datang dengan Mercedez
berhawa dingin dan bersupir. Mereka disambut dengan penuh tertib. Kadangkala
diarak dengan bunga manggar.
Teringat saya YB Ismail Kamus datang ke
pekan saya sebelum Pilihanraya, katanya “Manusia ini kerap menipu diri
sendiri apabila TIDAK melandaskan panduan diri kepada Al-Quran dan Sunnah.
Dibentuklah sebuah lembaga dengan tangan sendiri. Kemudian lembaga itu
disangkan boleh memberi mereka segala yang mereka mahu. Disembah, digeruni,
dihormati..!! Mereka yang menyembah lembaga itu – patung dan sebagainya,
akan merasa diri mereka lebih hina dari patung-patung yang mereka ukir
dengan tangan sendiri… Mereka ketakutan! Kan itu kerja bangang?”
Kami
ketawa berdekah-dekah. Tetapi dalam benak tersemat satu kebenaran yang bakal
difikir berhari-hari. Kenapa kita takut dengan benda yang kita buat dengan
tangan sendiri?
Nah! Itu cuma satu cerita dari seorang yang mengerti
dimana salah silapnya orang kampung saya yang sudah mula “menyembah patung”
ukiran tangan mereka sendiri, ie UMNO!!
Sejak dulu lagi, hingga
sekarang mereka takut kepada “imam-imam” UMNO yang menjadi “padri-padri”
mencanang-canangkan kepada “makmum” pengikut mereka berbagai-bagai kejutan
yang mendebarkan. Dikatakan dengan nada mengugut, iaitu “sekiranya tidak
dihayati dengan taksub dan patuh kemahuan lembaga itu, nescara hidup akan
rosak, keluarga akan pincang, dapur tak berasap, periok nasi tak berisi,
anak-anak tak berkesekolah – tak ada biasiswa…!! Macam-macam
lagi”
Siapa tak takut? Soal hidup jika dijadikan bahan ugutan,
Mahathir sendiri akan takut. Cuma nabi-nabi dan wali Allah saja yang tidak.
Imam yang berserban besar lagi “ya amat” penakut!! Maklumlah, siapa mahu
hutang rumah dan kereta mewah tak terbayanr, bukan?
Dalam
terketar-ketar, akan disuruhlah mereka menggantungkan lambang di bonet
kereta, di pagar rumah, di tiang tinggi menjulang. Dengan itu sahlah mereka
jadi “makmum”. Akan senang hidup mereka. Ituyang dijanjikan. Semua
percaya…!! Terpaksa percaya.
Tetapi, hingga hari ini, mereka masih
lagi kais pagi makan pagi, kais petang hanya cukup untuk malam. Esok, kais
lagi.
Tetapi orang yang bermecedez itu pulang dengan mulut tersenyum
lebar. Mereka sudah berjaya memperbaharui “baptise” sejumlah penganut yang
perlu mengingat bahawa patung yang mereka sembah 5 tahun dulu hendak
menuntut haknya. Mesti disembah semula… untuk kesekian kali. Namun hidup
masih kecundang!!
Itulah yang menyebabkan saya dan beberapa orang
rakan terpaksa berjihad supaya ‘penganut’ yang lama dah berkarat itu
berfikir lebih lanjut dan dengan panduan kebenaran yang diredhai. Saya
jelaskan, masakan patung puaka itu akan berpuaka kalau kita tak sembah lagi.
Cuba jangan sembah kali ini. Kita tengok apa akan
jadi….!!
Alhamdulillah….syukur!! Cuma 10 orang yang datang ke sesi
“sembah-menyembah” baru-baru ini. Yang paling jelas sekarang, selebihnya
sudah tidak ada lagi keyakinan bahawa patung puaka itu masih berpuaka lagi.
Maka ditalqinlah patung itu. Nun.. ke sungai dihumbankan.
Saya masih
akan terus duduk lagi diatas pagar berduri ini sehinggalah tidak ada lagi
penganut fahaman yang sesat lagi menyesatkan itu….!!
Amin
Sapiro (UMNO Atas Pargar Berduri) |