|
NAMPAK KILAS IKAN DI
AIR – RUPA-RUPANYA BUAYA SEDANG LEMAS KELUMPUHAN!!
ISU disekitar
tindakan paling tidak demokratik, tertutop dan berbau faham sebuah kerajaan
“komunis” yang lakukan oleh KDN sebuah Kerajaan berperlembagaan seperti
Malaysia terhadap akhbar HARAKAH milik PAS, adalah diluar dugaan rakyat dan
masyarakat dunia; khususnya rakyat negara-negara yang mengamalkan sistem
demokrasi seperti Malaysia.
Bantahan Dunia Bermula
The
Committee to Protect Journalists yang berpusat di New York, Amerika Syarikat
diberitakan telah menulis surat kepada Dr. Mahathir menyarankan supaya
HARAKAH diberi kebenaran mengedar dan mencetak seperti dulu, mengugurkan
tuduhan mengahasut keatas editor dan pencetak akhbar tersebut.
Alasan
sebuah pertubuhan NGO seperti itu tidak bertujuan sebagai mengadu-domba
sebuah parti Pembangkang dengan Kerajaan. Ia dilihat semata atas asas
kebebasan rakyat berakhbar dan berinformasi.
Makin jelas bahawa
tindakan KDN (dibawah tanggungjawab Abdullah Bedawi) tidak mempunyai asas
yang kukuh dari segi apa jua aspek selain dari bertujuan intimidasi keatas
sebuah parti dalam Barisan Pembangkang yang terkuat di negara
ini.
Apa yang lebih menghinakan Kerajaan UMNO/BN ialah, tindakan itu
juga telah menghalang kebebasan persuratkhbaran yang seharusnya dihormati
oleh mana-mana Kerajaan yang mengaku sebagai demokratik seperti Kerajaan
UMNO/BN.
PAS sebagai komponen BA telah menguasai dua buah negeri
terbesar di Malaysia dan sekumpulan wakil-wakil rakyat yang dipilih
menganggotai Parlimen dan Dewan Undangan beberapa buah Negeri di Malaysia.
Dengan itu, tindakan yang memungkinkan terputusannya hubungan parti
itu dengan rakyat adalah satu tindakan paling zalim dan aniaya, bukan kepada
parti terbabit saja tetapi kepada menafikan hak rakyat umum – khususnya
pemilih Kerajaan Pembangkang tersebut. Bermakna, tindak Kerajaan UMNO/BN
adalah zalim dan tidak beretika samasekali.
Dari segi prinsip dan dasar,
sesebuah Kerajaan yang adil adalah dicerminkan melalui cara kerajaan itu
menangani permasalahan mereka untuk meraih sokongan. Jika tindakan seperti
yang ditunjukkan oleh Kerajaan UMNO/BN itu kepada HARAKAH sekarang, dapat
ditafsirkan bahawa Kerajaan UMNO/BN sudah menafikan asas-asas Demokrasi
dalam tuntutan era bermaklumat. Tindakan keras seperti itu adalah satu
petanda kelemahan yang sangat mendalam yang sedang dialami oleh Kerajaan
tersebut.
Dasar Pentingkan Perut Dari Minda
Yang paling
memalukan, Timbalan Menteri KDN telah menyebut dalam satu kenyataan sebagai
berkata bahawa pihak kerajaan akan mengenakan tindakan menarik permit
HARAKAH akan sekiranya HARAKAH versi Internet menyiarkan berita melebihi
permit yang kenakan kepada HARAKAH versi cetak.
Kemudian diberitakan
bahawa kenyataan yang tersiar itu telah dilupuskan oleh pihak BERNAMA atas
arahan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tindakan JPM itu adalah
ganjil. Bagaimana kenyataan seorang menteri dihapuskan semudah itu? Soalnya
sekarang, mengapa jadi begitu? Apa rasional penarikan balik atau pelupusan
berita itu?
Ramai pihak dikalangan rakyat melihat tindakkan JPM itu
adalah disebabkan oleh faktor MSC yang sedang dipromosi hebat oleh Dr.
Mahathir secara peribadi untuk dijadikan sebagai projek impiannya. Sekarang
impian itu tidak mendapat sambutan dari pelabur-pelabur para korporat
gergasi antarabangsa atas pelbagai sebab melibatkan dolak-dalik dasar
Mahathir terhadap kebebasan Internet.
Dengan tindakan menyekat
HARAKAH versi Internet, bermakna Kerajaan UMNO/BN (Kerajaan Malaysia) telah
melanggar persetujuan membebaskan lnternet sebagai saluran informasi bebas
sejajar dengan amalan antarabangsa.
Jika alasan itu benar, maka itu
lebih merupakan rasional berasaskan “business & commercial” dengan
maksud mencari “keuntungan”.
Nampaklah sekarang bahawa rasional
kerajaan pimpinan Dr. Mahathir cuma mementingkan aspek setakat “business
& commercial” dengan maksud mencari “keuntungan” tanpa menilai buruk
baik melenyapkan demokrasi di negara ini. Jika ia benar, itu adalah rasional
paling dangkal lagi cetek dan bebal.
Rakyat Makin
Malang
Adalah amat malang rakyat negara ini jika sebuah kerajaan
dipilih ialah berjanji akan membangunkan rakyat (kununnya), tetapi
sebaliknya memusnah, menghakis pembangunan minda dan membunuh bibit-bibit
demokrasi dan kebebasan berfikir dikalangan rakyat umum.
Apakah
nilai sebuah masyarakat yang hendak dibentuk oleh kerajaan seumpama ini?
Dan, apakah bentuk fahaman sebuah kerajaan sebegitu? Masihkah wajar sebuah
masyakat dan rakyat negara ini memperakukan sistem ‘Demokrasi Terpimpin’
yang telah lama dimusnahkan? Padanlah para menteri UMNOBN kayaraya tetapi
otak mereka kosong dan jiwa mereka ketandusan semangat untuk memperjuangkan
kepentingan rakyat!!
Jika ini satu amalan, amatlah menyedihkan, bukan
saja rakyat negara ini tetapi masyarakat dunia yang ingin membebaskan dunia
dari belenggu dan kongkongan. Konsep pentadbiran seumpama ini menjelaskan
bahawa Kerajaan UMNO/BN adalah antara kerajaan yang menghampiri Kerajaan
Kominis China, Russia, dan seumpamanya.
Apakah imej sebuah kerajaan
seperti ini dimata dunia? Apakah rakyat akan yakin dengan sebuah pentadbiran
yang tidak mempedulikan urutan dan tuntutan kebebasan yang sewajarnya
dihayati oleh sebuah masyarakat madani? Adakah “kekerasa dan ugutan” sebagai
tempat bertapaknya kerajaan UMNO/BN?
Jika kerajaan UMNO/BN
benar-benar kuat, berpengaruh, demokratik (seperti yang laung-laungkannya)
dan bersih; tidak ada apa yang harus mereka curigai dengan sebarang kritik
(walaupun fitnah) mana-mana pihak.
Tetapi sebuah Kerajaan yang
berpemimpinkan orang-orang berkuasa dalam sebuah Kerajaan yang memang
melakukan pelbagai urusan busok, jijik dan melakukan perkara yang
bertentangan dengan tututan rakyat (eg. merompak hak dan khazanah rakyat);
pasti mereka merasa gentar dengan sebarang maklumat yang tersebar.
Sebuah “Grand Design” Tersembunyi
Dalam aspek ini, soalan
dari rakyat adalah ketara dimana-mana: Adakah pemimpin kerajaan UMNO/BN
terlibat dengan satu “grand design” untuk menyembunyikan sesuatu yang sangat
sensitif kepada rakyat. Maka, dengan itu, sebuah akhbar Pembangkang harus
disekat (dengan kemungkiinan dibatalkan terus)?
Rakyat sudah dapat
membayangkan dari kenyataan Dr. Mahathir (orang dibelakang isu HARAKAH ini)
sebagai berkata bahawa tindakan keatas HARAKAH itu adalah “lunak” (gentle).
Jika kenyatan beliau itu ditakrifkan sebagai lunak, bermakna ada alternatif
yang lebih “keras”. Maksud yang tersirat adalah “Batal” dan tidak boleh
diedarkan lagi.
Hematnya, itulah sikap pucuk pimpinan sebuah parti
yang mencanang-canangkan kebebasan dan hak rakyat dunia untuk berinformasi.
Memang Dr. Mahathir seorang pemimpin yang cuma bercakap tetapi tidak
mengamalkan apa yang dicakapkannya. Maksudnya, beliau adalah seorang
pemimpin yang tidak serius, tidak siuman dan tidak ada kewibawaan seorang
ahli politik – jauh sekali dari seorang “statesmen”.
Apa yang
menyenangkan hati rakyat sekarang ialah, semua tindakan gelabah puak UMNO/BN
menunjukkan bahawa parti itu sudah makin terperosok jatuh merudum kerana
kehilangan pegaruh, kewibawaan dan penyokong.
Ketandusan Sokongan
Yang Memalukan
Mungkin anggapan Mahathir dan UMNO yang mewarwarkan
parti itu kununnya mempunyai 2.5 juta penyokong hanyalah satu igauan mimpi
ngeri di siang hari. Pilihanraya ke-10 yang lalu telah memberi satu gambar
yang jelas. Hanya 52.5% rakyat yang menyokong Barisan Nasional. Ada para
menteri UMNO yang cuma menang majoriti 203 undi. Ini adalah petanda yang
sangat memalukan.
Apatahlagi, apabila kedudukan Dr. Mahathir dan
Abdullah Ahmad Bedawi yang sekarang makin tergugat, dengan riak gelombang
berita hangat bahawa mereka akan dicabar oleh pemimpin yang lebih berkaliber
dalam parti sendiri; maka kedudukan mereka untuk terus berlagak angkuh
dengan ego mencecah langit sedang melorot.
Ada Yang
Tersepit
Adakah HARAKAH terbabit memberi imput kepada keresahan UMNO
juga hingga mewajarkan ia disekat? Jika benar, bermakna, mereka adalah dalam
kesulitan untuk menteramkan gelombang dalam partinya sendiri. Bermakna juga,
HARAKAH adalah suara rakyat yang benar, jujur dan paling efektif.
Apakah HARAKAH mencetuskan keadaan yag membantutkan kedua-dua mereka
dari terus menikmati status Presiden dan Timbalan dalam parti yang membawa
pengertian iaitu: sekiranya kalah dalam pertanding merebut jawatan tertinggi
itu, sekaligus mereka akan jatuh tersungkur, musnah harapan dan terhapus hak
untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan!!
Bagi seorang yang
bersikap dan bersifat ‘Diktator’, memang keadaan itu paling merongsengkan,
bukan? Bermakna, kewibawaan mereka sudah terpuruk hancur-lebur. Hanya
Mahathir dan Abdullah dapat menjawap.
Rakyat sedang berhadapan dengan
satu gelombang perobahan besar.
Amin Sapiro (UMNO Atas Pargar
Berduri)
|