DENDAM UMno/BN MENINGKATKAN KEWIBAWAAN PAS DAN BARISAN ALTERNATIF

Sudah 3 bulan Barisan Nasional yang didukung oleh UMno sebagai parti tunjang menerajui Kerajaan, rakyat masih tertunggu-tunggu apakah sebenarnya makna kemenangan UMno/BN kepada rakyat. Makin tidak nampak, malah makin sukar dilihat apa halatuju pemimpin yang menduduki Kabinet pilihan Mahathir Mohammad.

Apa yang lebih ketara nampak oleh Rakyat banyak hanyalah kegelisahan pemimpin UMno sebagai sebuah parti yang seharus bersyukur kerana masih ada saki-baki (walau sedikit) sokongan orang Melayu yang masih mahu memberi UMno cuba membaiki diri dalam tempoh terdekat.

UMno Makin Parah

Sebaliknya, pemimpin UMno makin menunjukkan sikap arogan, biadab, tidak peka dengan petunjuk dari orang Melayu dan pendendam. Malah, mereka cuba mencari helah-dalih yang tidak diterima akal yang rasional. Ini membuatkan imej UMno dan BN makin parah.

Kejatuhan UMno adalah amat nyata sebegitu teruk dalam pilihanraya ke-10 dulu. Itu adalahfakta benar. Seharusnya, fakta itu sangat bernilai kepada UMno untuk dijadi pengajaran yang telah dikecundangkan oleh orang Melayu amnya, dan penyokong UMno/BN khususnya.

Rakyat mengharapkan pemimpin UMno akan merobah sikap terhadap diri sendiri (UMno) dan mengambil pelbagai iktibar dan tindakan yang positif untuk membaiki diri sendiri dan kelompok Barisan Nasional (MCA, GERAKAN, MIC).

Sebaliknya diperhatikan, pemimpin UMno yang menerajui Kerajaan makin bersikap tidak tentu arah, kelamkabut menunjukkan resah-gelisah menggelabah. Mereka makin nampak tidak arif menentukan apa yang wajar dan yang tidak untuk dilakukan bagi mengimbau hati rakyat supaya memihak kepada parti itu.

Antara tindakan mereka yang terawal bukan bertujuan membetulkan hubungan parti itu dengan rakyat, sebaliknya makin memusuhi dan mengancam-ugut rakyat – khususnya orang Melayu dan parti Pembangkang (khususnya PAS).

Kehilangan Sifat DEMOKRATIK

Rakyat makin nampak, tindakan UMno dalam isu pengharaman akhbar HARAKAH, lidah resmi PAS, itu adalah satu tanda-tunjuk yang diumpamakan sikap membabi-buta yang samasekali tidak sesuai dan berkesan bagi sebuah Kerajaan yang kununnya telah menang dengan majoriti 2/3 di Parlimen.

Bagi PAS, tindakan itu tidak menjejaskan kewibawaan PAS; sejauh yang diharapkan oleh UMno/BN. Tetapi implikasi dari tindakan itu menunjukkan kepada rakyat umum dan dunia bahawa Kerajaan UMno/BN adalah dalam keadaan panik, melemah (weakening), kehilangan pengaruh, tidak bersifat terbuka, mengongkong minda rakyat.

Atas dari segala-galanya, implikasi dari tindakan mereka itu; imej yang terpapar dan yang paling buruk dan menjijikkan sekali ialah, Kerajaan UMno dan sekongkolnya dalam Barisan Nasinal makin kehilangan sifat Demokratik sealiran dengan tuntutan arus permodenan budaya rakyat dan masyarkat dunia. Kerajaan UMno/BN makin bertindak zalim dan diktator.

Sikap Kerajaan UMno/BN makin ketara kepada dunia bahawa pemimpin UMno yang ditunjuk-arah oleh Dr. Mahathir makin kehilangan daya berfikir secara rasional, tidak peka membaca kemajuan peradaban dunia dan sukar mendapat sokongan rakyat secara redha. Ini memberi pada yang amat buruk kepada masa depan UMno/BN.

Mahathir dan Kelompoknya Makin Tersingkir

Penelitian rakyat, khususnya pemimpin UMno sendiri, memberi bayangan kepada UMno bahawa Dr. Mahathir telah tersingkir dan disingkirkan. Ribuan mesyuarat Cawangan UMno diseluruh negara tidak mempunyai quorum yang cukup (hingga 10 orang dari jumlah 200-300) walaupun berulangkali dipanggil. Dibeberapa tempat dilaporkan berlaku beberapa kes pergaduhan dan ugut-mengugut hingga pihak polis terpaksa menyurai dan mengarahkan mesyuarat dibatalkan.

Diperingkat Bahagian, dilaporkan beberapa resolusi diputuskan menentang keputusan menentang arahan “tidak mempertandingkan 2 jawatan” oleh MKT. Tidak lagi menjadi rahsia bahawa perwakilan UMno telah bercadang untuk menyokong beberapa orang calun untuk menetang beberapa orang tertentu dalam MKT sekarang; termasuk Dr. Mahathir dan Abdullah Bedawi dan beberapa orang tertentu.

Dr. Mahathir dan Abdullah Bedawi sendiri telah mendengar berbagai kata kesat yang menyalahkan sikap pucuk pimpinan UMno yang menyebabkan UMno terlongkop teruk dan dibencii rakyat dalam beberapa perjumpaan tertutop dengan pemimpin UMno peringkat pertengahan.

Beberapa veteran UMno yang berpengaruh telah menunjukkan tanda-tanda kebimbangan yang sangat meresah; bahawa adalah diakui kepimpinan UMno/BN sekarang telah terpesong jauh dari prinsip perjuangan asal. Ini bersebab dari sikap pemimpin yang ada yang makin tidak menghayati arus perkembangan minda dan tuntutan rakyat moden. Dengan itu, UMno khususnya dan BN amnya, tidak lagi mendapat sokongan dan penghayatan rakyat, khusus dari kalangan pengundi-pengundi muda yang berpendidikan.

Tidak Akan Lama Bertahan

Keadaan diatas mengggambar senario sebenar diperingkat luar MKT sebagai sebahagian dari bokti jelas dan keras, bahawa: jika corak pentadbiran Kerajaan UMno/BN yang makin cenderung kepada sifat otokratik, vendetta, adu-domba dan mencekik rakyat, terus-menerus melaksalanakan dasar yang tidak mengendahkan kepentingan rakyat, sentiasa mencerminkan sikap menafikan KEADILAN dengan meneruskan agenda ZALIM, menonjolkan imej rakus berbau RASUAH dan menghalalkannya (kesemua itu memang terbokti diamalkan terus-menerus) – sudah jelas tanda-tanda Kerajaan UMno/BN tidak akan lama bertahan.

Dengan kenyataan akhbar Presiden MCA Dr Ling Liong Sik yang menuduh PAS kununnya cuba mendekati dan berbaik-baik dengan masyarakat Cina atas kepentingan politik itu; sekaligus dakwaan Leong Sik telah ditolak oleh masyarakat Cina sendiri. Walaupun penolakan itu dibuat secara senyap-senyap, tetapi kesan api dalam sekam itu memang sikap kaum Cina dalam politik yang boleh membunuh MCA.

Kaum Cina sendiri, seperti masyarkat india kepada MIC dan orang Melayu terhadap UMno; masing-masing sudah nampak bahawa persekongkolan para pemimpin komponen BN (UMno-MCA-MIC & GERAKAN keseluruhannya) sedang berhadapan dengan delima ketandusan sokongan dari kaum-kaum itu. Ini adalah berpunca dari kebusukan pakatan pemimpin kompenen BN yang telah terlibat dengan pelbagai gejala Kronisma, Nepotisma dan Rasuah yang menjadi-jadi. Mereka sekongkol menghalalkannya.

Kaum Lain Sudah Peka

Apa yang sebenarnya berlaku (malangnya tidak dibaca oleh pemimpin terbabit) ialah: Masyakarat Cina sudah nampak makin peka dan sangat perihatin bahawa tindakan persafahaman PAS dan BA (khususnya DAP) yang memberi petanda baik yang sangat bermanfaat dalam konteks menyampaikan keinginan dan tuntutan semua rakyat di negara ini yang mahukan sebuah Kerajaan yang TELUS, BERSIH dan AMANAH dan tidak BERMASALAH.

Masyarakat Cina dan India tidak mahu (malah sudah bosan) dengan sikap Kerajaan BN yang sewenang-wenangnya menggunakan KUASA bagi meghalalkan para pemimpin mereka merancang pelbagai Dasar yang akhirnya berkesudahan HANYA semata-mata untuk memuaskan kerakusan membolot kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri dan Kroni/proksi mereka.

Masyarakat Cina tahu anak Ling Leong Sik adalah billionaire “segera”, dan Samy Vellu adalah sama korap dan rasuah dengan Dr. Mahathir dan Daim.

Hampir kesemua pemimpin Kerajaan BN terlibat dengan pelbagai rasuah dengan perantaraan Kroni/Proksi hingga menyebabkan ekonomi dan kesejahteraan dan kehidupan masing-masing kaum diperingkat bawahan terhimpit dan tertindas melalui Dasar dan perlaksanaan Dasar yang menindas rakyat (e. Peswastaan, pembinaan Projek Mega, dll).

Semua Kaum Terkilan-ghalat

Rakyat bukan-Islam dan bukan-Melayu merasa sesuatu yang paling malang selama ini, kerana PAS tidak mempunyai rakan-kongsi politik yang bersepadu untuk memahami Dasar dan Perlakaan Dasar Islam yang diutarakan oleh PAS selama 30 tahun ini.

Tetapi, dengan pembentukan BARISAN ALTERNATIF dengan gabungan parti-parti KeADILan, DAP dan PRM – melalui penerangan yang meluas dan cara kesepaduan antara mereka yang sangat terserlah dan positif; pandangan dan keadaan yang wujud telah memberi semua kaum di negara ini satu keyakinan dan optimisma yang amat tinggi terhadap Barisan baru itu.

Apa yang berlaku didalam pentadbiran Kerajaan BA/PAS di Kelantan dan Terengganu hari ini sangat-sangat menyakinkan semua kaum bahawa Barisan Alternatif dan pentadbiran Kerajaan PAS adalah sebuah Barisan politik rakyat yang baru yang memihak kepada rakyat dan bukan pemimpin.

Rakyat makin nampak bahawa Barisan ini telah menunjukkan satu tahap potensi dan kemampuan sebuah kerajaan yang alternatif, yang mempunyai daya dan potensi yang tinggi dalam usaha menyelesaikan masalah dan rungutan rakyat semua kaum.

Barisan Alternatif dan Isu Belanjawan

Sekaligus, sikap dan pengendalian Dasar PAS telah memberi rakyat keyakinan dan kepuasan – berbanding dengan 1001 masalah kecurangan dan sikap “tidak beramanah” yang makin berterusan yang dilanjutkan sebagai kesinambungan watak dan karekteristik kepimpinan UMno/BN selama bertahun dibawah pentadbiran Dr. Mahathir dan sekongkolnya.

Ini makin menjolok mata jika diperinci, samada di peringkat pentadbiran Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Pusat.

Contoh yang terbaru ialah: Masyarakat semua kaum amat kecewa dengan Belanjawan 2000 yang dibentangkan. Tidak ada apa-apa yang baru yang menguntungkan rakyat berpendapatan rendah dan golongan pertanian, nelayan, peneroka, buruh dan pekerja berpendapatan rendah (samada dalam Kerajaan maupun swasta).

Belanjawan itu tidak menyelesaikan masalah rakyat secara menyeluruh dan samasekali tidak berkesan menangani isu-isu besar melibatkan rakyat. Sebaliknya, Belanjawan itu hanya satu kosmetik yang paling mengelirukan selain dari menujukkkan bahawa Kerajaan UMno/BN tidak menghargai amanah TERAKHIR yang diberi petanda oleh rakyat kepada UMno/BN dalam pilihanraya ke-10 dulu.

Dato' Haji Fadzil Mohd. Nor sebagai Ketua Pembangkang dan beberapa orang wakil BA di Parlimen telah diketahui rakyat bagaimana kertas bentangan mereka di Parlimen telah memeranjatkan wakil-wakil dan pemimin Kerajaan BN di Parlimen.

Hujjah bernas yang termuat dengan fakta-fakta benar dan sukar dipertikaikan, soalan-soalan yang mencakup rungutan rakyat selama ini; telah memberi keyakinan bahawa kepada pemimpin BA, rungutan rakyat “means business”!! Kesejateraan Rakyat adalah perjuangan mereka!!

Sikap memihak kepada rakyat itu jugalah yang menyebabkan Dato' Haji Fadzil Mohd. Nor berkemungkinan besar dihadapkan kepada J/Kuasa Khas Parlimen kerana membantah kenyataan adu-domba paling kotor dan busuk PM UMno Mahathir Mohammad yang sengaja membuta-tuli dengan ego memuncak menyalahtafsirkan perundangan Islam dengan membusukkan perundangan Islam dalam isu “Kudung kaki tangan” itu. Itu adalah “cermin gila” Presiden UMno yang bakal meruntuhkan Kerajaan UMno/BN.

Isu-isu Penswastaan yang menguntungkan poket dan tembolok pemimpin UMno/BN, masalah ekonomi dan socsial yang makin merumitkan rakyat, hala-tuju Dasar dan pengendalian Dasar Pendidikan adalah antara isu yang dikemukan oleh wakil Parlimen BA yang telah menggegarkan kedudukan Kerajaan UMno/BN setelah jaguh-jaguh BA mengabil tempat di Parlimen mewakili rakyat semua kaum.

Makin nampak sekarang, Rakyat hanya menunggu tahun 2004 untuk menentukan kemana UMno/BN dan pemimpin yang rasuah, zalim dan menyeleweng wajar dihumbankan!!

Selamat Berjuang! ALLAHU AKBAR!!

Amin Sapiro
(UMno Atas Pargar Berduri)