|
UMno UMPAMA SEHELAI PERCA DIMAMAH LEMBU – HANCUR BERKECAI
TIADA RUPA!!
Rata-rata, bermula dari Barisan Pemuda, Wanita, UMno tunjang hingga kepada UMno veteran,
jika ditanya mengapa orang Melayu dan orang UMno telah lari dari menyokong UMno
dalam pilihanraya ke-10; mereka akan menjawab pendek: “UMno bukan lagi parti
Melayu..!!”.
Dua puloh tahun dulu, “UMno adalah orang Melayu, dan orang
Melayu adalah UMno!” kata Veteran Tan Sri Musa.
Hari ini bagaimana?
Kita
tanya orang Melayu. Jawapan yang pasti kita dengar adalah sama….”UMno bukan lagi
UMno, bukan parti memperjuangkan nasib orang Melayu, bukan lagi untuk Melayu, bukan
lagi berkhidmat untk tanahair, bangsa Melayu dan Ugama Islam..!!”.
Wahhh…!!
Kita pasti akan terperanjat. Benarkah sejauh itu menyimpangnya UMno? Kita akan
bertanya lagi, dan mereka akan menjawap. Sama. Lama kelamaan kita perlu meniliti
satu demi satu kenyataan yang terdampar dihadapan mata untuk mendapat kepastian yang
khusus.
Pertama, UMno sudah terlalu kosong dalam erti kata “Perjuangan”
jika diselarikan merujuk kepada Rukun Negara. Itu belum lagi Perlembagaan Negara.
Hanya pakar-pakar Perlembagaan akan dapat menjawa. Tetapi awas! Jangan tanya Rais
Yatim. Dia bukan pakar. Dia cuma baca undang-undang hingga ke PH.D, tetapi boleh
disamakan dengan ‘copy typist’ di pejabat yang menaip tetapi tidak tau apa
ditaipnya!! Samalah!
Perlembagaan UMno pula sudah hancur dipinda. Jika
diibaratkan sekeping kertas – Perlembagaan UMno umpama sudah hancai bagai dimamah
lembu. Hancur berkecai. Lumat.
Itu semata-mata untuk dipersesuaikan dengan
kemahuan sekelompok pemimpin UMno yang rela menjadi Pak Turut dan Burung Kakak Tua
untuk memenuhi keinginan nafsu seorang ketua yang mahu jadi ‘kepala Diktator
Negara’ sampai mati!! Itu adalah kebenaran, dan bukan FITNAH!!
Sejak tahun
1987, Perlembagaan UMno sudah bertukar ganti, diubahpinda dan diubahsuai mengikut
suka. Soalnya, ikut suka siapa? Siapa yang suka?
Nah! Bermulalah ceritanya:
Selama
ini, 90% dari penyokong UMno (orang Melayu) tidak tahu apa sebenarnya apa itu yang
dikata Perlembagaan UMno. Mereka ramai tidak tau apa sudah jadi kepada Perlembagaan UMno.
Dengan itu, jangan tanya mereka apa hak mereka dan sejauhmana hak mereka diperakukan
oleh UMno. Bahagian manakah dalam Perlembagaan UMno yang menunjukkan bahawa UMno itu
mereka yang empunya. Tak tau. Mereka dungu!! Thaif.
Di kampung-kampung
terpencil dipendalam, mereka yang datang ke messyuarat Cawangan UMno; kehadiran
mereka semata-mata kerana dijemput dengan perantaraan secebis kertas yang tertulis
nama mereka. Maka hadirlah mereka ke majlis itu berkumpul – itulah yang dikatakan
‘mesyuarat UMno’. Disitu mereka akan dapat secawan kopi dan sepotong, dua kueh
dan karipaf sejuk. Itu saja. Bagi mereka itu sudah cukup baik. UMno memang cukup
baik!! Boleh belanja mereka kopi secawan dua.
Disitu, mereka akan
diperdengarkan kata-kata bersemangat yang membangga dan menaikkan perasaan cintakan UMno.
Mereka diangkat setinggi langit. Mereka digelar pejuang dan penyambung wawasan
anti-Malayan Union, penegak bangsa, negara dan agama!! Maka mereka diberi rangsangan
hingga merasa diri masing-masing berharga. Sangat berharga. Meloponglah mulut
mereka!!
Orang yang bercakap itu pula bergelar pemimpin UMno. Berpuloh kali
si penceramah akan menyebut nama Mahathir sebagai “Yang Amat Berhormat Datuk Seri
Dr. Mahathir bin Mohammad, Presiden UMno dan Perdana Menteri Malaysia yang kita
sayangi…!”.
Yang peliknya ialah selitan sanjungan “YANG KITA SAYANGI”
itu. Pengacara TV juga tak putus-putus menyubut “yang kita sayangi…!” untuk
kesekian kali.
Tetapi jika ditanya, adakah orang bernama Mahathir bin
Mohammad yang digelar “Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Presiden UMno dan Perdana
Menteri Malaysia” menyayangi mereka…???!. Majoriti yang hadir akan geleng
kepala…!! TIDAK TAHU..!!
Bohongan Makin Bercambah
Bukan mereka
berbohong. Sumpah; mereka tak tahu. Sebab Mahathir sendiri pun tak ingin nak ambil
tahu!!
Jika ditanya, apa khidmat Mahathir kepada mereka? Jawapannya mudah
saja, “Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammad, adalah Presiden UMno
dan Perdana Menteri Malaysia… kan dia orang besar negara?”. Setakat itu saja.
Lain perkara, mereka akan geleng kepala. Tak tahu lagi!!
Selama 20 tahun
terakhir ini, itulah yang disogokkan kepada mereka – penyokong UMno. Tak kira
dikampung, diceruk, dipinggir bandar, di taman-taman perumahan. Semua! Itulah dia.
Keseluruhan
orang Melayu bagai terpukau, termasuk pemimpin mereka. Yang mereka wajib tahu
hanyalah yang satu itu – Dr. Mahathir adalah Presiden UMno dan Perdana Menteri
Malaysia…!! Kerana sudah lali, hingga ada yang beranggapan bahawa “Dr. Mahathir
adalah UMno. UMno adalah Kerajaan. Dan Kerajaan adalah Orang Melayu”. Bermakna,
hilang Dr. Mahathir maka hilanglah Orang Melayu..!! Itu indoktrinasi latihan-tubi!!
Sekarang
timbul satu soalan: Apakah itu benar?
Maka tersingkaplah sebuah cerita. Sejak
Datuk Seri Anwar dianiaya oleh Konspirasi melibatkan Dr. Mahathir (hingga beliau
disngkirkan secara paksa oleh Mahathir Muhammad), semua orang gempar bertanya,
“Apa salah Anwar?”. Kecil besar tua muda, yang alim yang maka-tegang semua
bangkit …bertanya..bertanya dan bertanya!!
Kian hari kian nampak bahawa
Datuk Seri Anwar betul-betul sengaja dianiaya oleh sekelompok orang-orang UMno yang
berkomplot supaya Anwar tidak jadi Perdana Menteri. Itu jawabnya!!
Kenapa
begitu? Jawapnya, “Kerana Dr. Mahathir dan beberapa orang Menteri UMno, BN,
kakitangan awam dan anak-anak, suku-sakat mereka telah melakukan pelbagai jenayah
dan rasuah, penyelwengan, pembohongan, kezaliman – hingga berpuloh-puloh billion
khazanah rakyat telah ‘disonglap’ oleh kutu-kutu ‘berahak keparat’ itu.
Mereka
buat Jalan Tol, mahligai, beli kapalterbang, pakai duit PETRONAS ganti rugi syarikat
anak Mahathir yang dah bankrap, buat projek penswataan, pakai wang KWSP…. Yang
megejutkan ialah: Duit simpanan Tabung Haji diarah buat jalanraya!!
Mereka
mula bertanya, mana subsidi baja? Mana bantuan FELCRA? Mana biasiswa? Mana itu, mana
ini? Mereka sudah mula terbuka mata!!
Tak cukop dengan itu, orang yang
disebut “Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammad, adalah Presiden
UMno dan Perdana Menteri Malaysia… orang besar negara” itu; telah mengutuk ugama
Islam dan Nabi Muhammad saw, Junjungan kita. Macam-macam katanya.
Terboktilah
Rahim Nor telah mengakui memukol Anwar didalam lokap dengan tangan terikat
kebelakang hingga lebam mata. Teringat mereka pemerentaha zaman Jepun. Tidakkah itu
zalim? Terbelalaklah mata mereka semua.
Kebencian Yang Meluap-luap
Kecil
besar tua muda, yang pekak, yang bisu, yag sewel dan yang dungu….asalkan orang
Melayu masing-masing benci, meluat mengutuk, meludah-ludah dan menghina.
Terasa
sangat dalam hati mereka, “Alangkah malunya orang Melayu dihadapan mata China,
India segala bangsa didunia!!” Itu semua Mahathir punya pasal,. Sebab tamak harta,
tamak kuasa, sanggup menganiaya!! Pemimpin UMno semua dah bangang ke?Ulamak UMno dah
menyorok macam anjing dikejarkan penyapu!! Kenapa?
Kesannya, dalam tempoh dua
tahun, 80% dari jumlah orang Melayu dan orang Islam di negara ini sudah hilang
keyakinan kepada orang yang bergelar “Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir
bin Mohammad, adalah Presiden UMno dan Perdana Menteri Malaysia… orang besar
negara?”. Sekaligus, UMno sudah ditafsir sebagai parti perompak, penzalim dan
penganiaya. Tidak ada timbangrasa.
Ulamak UMno “Main Wayang”
Mereka
hilang keyakinan kepada pemimpin UMno dari kelompok Ulamak yang bercakap beralaskan
1001 hadis dan firman. Sebaliknya, bila masuk bab menyanggah Mahathir – lidah
mereka kelu!! Serban sebesar bakul apa gunanya? Mana Majlis Fatwa? Kenapa tak
ditegakkan Al-Quran?
Makin ramai pula yang bertanya: Apakah yang mereka
tegakkan selama ini? Hanya sekadar pandai bercakap, mengulang-ngulang bagai burung
kakak tua juga? Nah, Mahathir meletakkan beban dosa sebesar Bukit Tursina diatas
pundak anda sebagai bekalan di akhirat nanti!! Allah swt tahu dan kenal siapa anda
hingga kehujung jari mu!!
Anak-anak muda yang berpendidikan dan matang
berfikir telah begitu peka. Mereka terasa sangat diperhina. Kerana diri mereka,
pengetahuan dan kecerdikan mereka diperkerdilkan oleh pemimpin UMno. Di paksa
menelan alasan yang tidak masuk didalam benak kepala.
Latarbelakang keugamaan
mereka, walau bukan bertaraf ulamak; namun mereka mengasaskan keadaan yang mereka
lihat dari aspek yang mudah iaitu: KEMANUSIAAN dan PERIKEMANUSIAAN. Nah!! Itulah
yang tidak ada dalam UMno sekarang.
UMno sudah kehilangan identiti dan
arah-tuju. Tidak ada lagi sentuhan manusia dan kemanusiaan. Pemimpin UMno sudah jadi
ROBOT!! Mereka sudah jadi patong bernyawa, sudah jadi Pak Pandir, burung kakak tua,
pak turut… bagai lembu dicucuk hidung!! Dalam bahasa anak muda gila-gila
dikampung, “Pemimpin UMno dah makan TAIK..!!” Nak marahkan siapa?
Kecundang
Kini
beralih angin bagai taufan meniup lembayung!! Berarak mereka behijrah ke kelompok
yang mereka yakin akan dapat memberi apa yang mereka tuntut selama ini.
Bukan
pulak puak yang baru itu berjanji bontang. Tidak! Tidak!! Mereka diimbau dengan
lemah lembut supaya menyertai perjuangan menentang KEZALIMAN didepan mata,
menegakkan KEMANUSIAAN dan PERIKEMANUSIAAN.
Itulah asas perjuangan orang
Melayu sekarang. Mereka memperjuangkan hak mereka yang dinafikan oleh UMno!!
Mampukah UMno kembali kepangkal jalan untuk menerapkan apa yang dituntut sebagai hak
oleh orang Melayu?
Malangnya, makin banyak pemimpin UMno berjanji, makin
banyak pembohongan mereka. Makin nampak betapa zalimnya mereka, makin kuku-besi dan
makin TIDAK MEYAKINKAN!!
Bak andaian yang terdengar biasa, “UMno UMPAMA
SEHELAI PERCA DIMAMAH LEMBU – HANCUR BERKECAI TIADA RUPA!!
Amin Sapiro (Ahli
UMno Atas Pagar Berduri) |