RAIS SEDANG MEMBINA JEMBATAN KE NERAKA PULA KAH?

BILA Nero menggila kerana terlalu tamak kuasa, bandar Rome habis dibakarnya! Bila Hitler merancang hendak berkuasa DIKTATOR, Parlimen Austria musnah dibakar. TETAPI bila Mahathir hilang keyakinan diri, sebaliknya nafsu menggelodak menguasai diri untuk berkuasa mutlak sampai mati – maka beliau sudah melebihi Hitler dan Nero. Bukan setakat bandaraya Kuala Lumpur dan Parlimen saja dibakar nya– malah Rakyat juga cuba bakar sekaligus.

Tapi, bagi segelintir pemimpin UMno yang berlegar dikelilingnya; itu tidak menjadi hal. Bagi mereka, menurut arahan seorang gila seperti Mahathir akan memberi mereka manfaat besar. Mereka dipastikan mendapat ganjaran – pangkat, darjat, harta kekayaan, ringgit berjuta-juta, kuasa. Jika ada orang mencari siapakah yang bersalah, maka telunjuk masing-masing akan menuding ke satu arah….Datuk Seri Presiden alias PM!!

Makin jelas kepada kita, bukan sedikit jumlah pemimpin UMno yang mendapat faedah dari kegilaan Dr. Mahathir “mahu berkuasa sampai mati” itu. Berpusu-pusu, terpekik-terlolong mencari manfaat dari kesewelan Mahathir.

Bagusnya: rata-rata, kesemuanya mendapat manfaat!! Mereka bebas meraih puluhan juta ringgit dari rasuah yang dihalalkan. Mereka boleh berbohong dan menipu. Mereka dihalalkan mendengki-mengkhianat, mendendam-mefitnah, mengadu-domba mencerca, mengaib-menzalimi – tak kira siapa!!

Rais Yatim, dari waras bertukar sewel. Isi dalam kepalanya sudah kosong diganti dengan ‘taik’. Mungkin kerana terlampau menggila-gila merebut kekayaan dan pangkat, darjat dan kehebatan menjadi seorang menteri dalam arus perdana politik semasa, prinsip diri perlu dikorbankan.

Rais pasti ingat: satu masa dulu beliau keluar dari kelompok UMno. Waktu itu kepalanya masih waras dengan kemampuan berfikir secara normal. Belum dirasuk iblis lagi. Beliau melihat Mahathir sebagai seorang yang tidak wajar dijulang setinggi langit. Lambat-laun, Mahathir lah prosak bangsa, tanahair dan ugama. Itu Rais yang kata.

Kita pernah mendengar bagaimana Rais mengkeji Mahathir dan mengutuk UMno. Ramai yang dengar. Dari Perlis hingga ke Sabah, saksi-saksi berjuta ramainya.

Tetapi, tidak ramai yang yakin dengan apa yang dihujahkan oleh si Rais waktu itu. Puncanya, Rais tidak nampak langsung memperjuangkan sesuatu yang konkrit dan bernilai. Rais hanya berkata-kata saja. Atas segala-galanya, sikap Rais ramai yang tahu. Beliau tidak lebih dari seorang yang pernah bergelimang dengan ‘taik dan daki’ Rasuah dan Penyelewengan sewaktu beliau menjadi Menteri Besar di Negeri Sembilan dulu.

Hari ini pun, itulah yang menjadi ‘bahan bakar’ yang mendorong Mahathir memilih beliau. Rais terpilih sebagai menteri dalam Kabinet Mahathir terbaru semata-mata kerana Rais mempunya ‘taik” yang melekat kering kontang di punggungnya. Prinsip Mahathir adalah mudah – akan hanya melantik muka-muka yang ‘bertaik kering di punggung’ untuk dijadikan hamba sahaya. Dan Rais, seperti Rafidah, Abdullah Badawi, Daim dan pelahap-pelahap seangkatan dengannya; adalah paling sesuai untuk tugas “abdi” yang diarahkan beliau. Semudah itu rasionalnya!!

Seperti seorang pemacu kereta lembu. Si pemacu akan memilih lembu-lembu yang rela dicucuk hidung dan mampu menarik beban. Walaupun beban itu taiknya sendiri, si lembu-lembu itu tidak akan bertanya dan menyoal. Tugas dan fungsinya HANYA lah menarik beban. Kerana, ia adalah “lembu”. Begitu jugalah Rais…! Macam LEMBU..!!

Kita rasa terimbau mengimbas semula bagaimana Rais Yatim terkejar kesana kemari menjajakan Semangat 46 versinya dulu. Nampak juga kepada kita rasional hujah beliau. Dalam kepala kita terpahat beberapa perkataan yang membayangkan keprihatinan seorang anak bangsa yang mahu mengembalikan keutuhan dan ketuanan bangsa – bangsa Melayu.

Tetapi, hari ini, kita tidak faham bagaimana beliau semudah itu berpatah kebelakang menjadi seorang pengkhianat bangsa dan ugama, membelakangkan prinsip diri dan berbondong-bondong mengikut arus perdana. Tidak nampak kepada kita lagi, siapa Rais sebenarnya.

Kita cuba memberi beliau sedikit ‘the benefit of the daubt’. Mungkinkah UMno hari ini telah kembali memperjuangkan sesuatu yang menyebabkan Rais MEMBAKAR JEMBATANnya dahulu? Pun, tidak nampak. Kita cuba meneliti, apakah Rais akan mampu merobah UMno ‘mahathir’ menjadi UMno yang dituntut oleh orang Melayu. Pun tidak jugak. Bagi orang Melayu, UMno ‘mahathir’ adalah “UMno Mahathir” dalam erti-kata sebenar.

Apa yang nampak kepada kita, UMno sekarang tidak langsung mengimbas bayang-gayang perjuangan yang diwariskan kepada kita oleh moyang yang menentang “Malayan Union” dulu. UMno sudah tidak ada identiti. Sudah hilang. Sudah hakis!! Punah-ranah!!

Apa yang mencucuk mata dilakukan oleh pemimpin UMno sekarang hanyalah: UMno harus bersekongkol sesama sendiri untuk menerap sifat sebuah geng MAFlA yang dikepalai oleh seorang mirip MAFIOSO “Godfather Corleone” untuk merampok, mengganyah, mempersendak undang-undang dan ketertiban masyarakat, merasuah sesiapa jua, dan “membunuh” sesiapa yang cuba menghalang-ganggu.

Prinsip yang menjadi perakuan mutlak “Godfather” MAFIOSO itu hanyalah WANG dan KUASA. Persetan semua yang menghalang. Membujor lalu, melintang patah! Undang-undang dalam poket masing-masing!! UMno hanya tumpangan, umpama “Dedalu dipohon rendang, lambat laun akan membunuh pohon yang rendang itu”.

Tapi, apa mereka peduli? Perut-tembolok mereka sudah kenyang. ltu yang penting – yang afdhal. Bagi mereka: Itulah dia makna PERJUANGAN..!! Demi kepentingan perut!!

Mahathir tidak kelengangan sekarang!! Kerana Rais, Abdullah Bedawi, Rafidah, Daim dan semua yang berselingkuh sedia berdiri dibelakang. Bagi mereka: Itu lah Perjuangan; sementara UMno belum tumbang..!!


Anak FELCRA Jati,
Jelebu. Negeri Sembilan.