MANUSIA SUDAH SESAT

BismiLlah kumulakan sajak
Assalamualaikum… untuk semua salam terhormat
Bahawa manusia sudah sesat
mereka menfitnah tiada disekat
tiada siapa boleh menghisab
kerna hukum agama sudah bangsat
akta fitnah sudah tersurat
orang lain menfitnah akan disebat.

 Manusia sudah sesat;
salah, bukan kami buat
maka ekonomi sedang gawat
politik makin menjerat,
itu semua angkara orang jahat
apa nama… datang dari negeri Barat.

Manusia sudah sesat;
kami berkuasa mutlak
siapa berani silalah tembak
siapa tak suka silalah congak
peti undi telah siap.

Apakah manusia ini hanya nampak
kemungkaran mereka tak boleh dicongak
selain dengan peti undi ciplak
yang hanya 5 tahun sekali terkuak?

Manusia sudah sesat:
Coxsackie B di Sarawak,
jerebu melanda dengan pekat,
ekonomi terus berkarat,
politik kelam kelibat,
sosial sedang tenat,
kemarau El Nino masihkah diingat?,
catuan air amat meluat…
tiba-tiba banjir La Nina melanda kuat…
JE itu angkara nyamuk Culex!

Kukatakan itu semua hanya sebab,
natijah analisa-analisamu yang singkat!!

Apakah bala Tuhan langsung tak diingat,
akibat kemungkaran sedang memuncak,
kezaliman sedang melaknat?

Sedangkan Tuhan tidak akan mengazab
jika manusia hamba yang taat.

Wahai manusia-manusia sesat
jangan engkau terlalu bongkak
balasan akan datang kelak
kalau engkau merasa hebat
tunggulah hari daging-dagingmu disiat!!!

Wahai manusia tak mahu sesat
jangan hanya pandang senyap
kalau tak rela sama ditimpa akibat
banteras kezaliman tak boleh dielak
cegah kemungkaran satu tanggungjawab
bukan untuk mencari pangkat dan darjat.

Bandar Baru Serting Ô
6 Zulhijjah 1419H – 24 Mac 1999M