|
UMno Semakin Bercelaru!!
3 Mac -
Sebanyak 15 daripada 1,819 cawangan Umno di Kedah belum mengadakan mesyuarat agung
masing-masing setelah tarikh akhir tamat dua hari lepas akibat beberapa masalah yang
timbul.
"Antara sebabnya ialah ketua cawangan berada di Mekah dan sedikit masalah
dalaman...Bagaimanapun, tidak terdapat cawangan-cawangan yang diarahkan mengadakan
mesyuarat semula," kata jurucakap Umno negeri.
Semalam,
Naib Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menjalankan tugas-tugas Timbalan
Presiden berkata beberapa cawangan Umno di seluruh negara diarah mengadakan mesyuarat
semula berikutan pemecatan tidak sah anggota-anggotanya oleh Ketua Bahagian.
Pemecatan
anggota hanya boleh dilakukan oleh Majlis Tertinggi dan Bahagian dikehendaki memastikan
cawangan-cawangan yang terlibat dengan pemecatan anggota oleh Ketua Umno Bahagian,
bermesyuarat semula.
Jurucakap itu berkata cawangan Umno di Kedah yang tidak dapat
menjalankan mesyuarat sebelum 1 Mac diberi peluang mengadakannya sebelum mesyuarat
perwakilan bahagian masing-masing.
Bagaimanapun, menurutnya, anggota-anggota Umno
cawangan terbabit termasuk Ketua Cawangan tidak dibenarkan menjadi wakil cawangan ke
mesyuarat perwakilan bahagian dan hanya boleh menjadi pemerhati.
Sementara itu
daripada 15
bahagian Umno di Kedah, hanya dua bahagian iaitu Kubang Pasu dan Langkawi yang belum
menetapkan tarikh mesyuarat perwakilan masing-masing.
Majlis Tertinggi telah mengarahkan semua bahagian
Umno mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing dalam bulan Mac ini. -- BERNAMA
|