|
GEMPUR DENGAN IT?
UMno sudah bersedia dengan program gerak gempurnya menjelang pilihanraya umum 2004 dengan
memperkemaskan semua kampung di bawah program Gerakan Desa Wawasan (GDW). Dalam
program ini semua kampong berkenaan di seluruh negara akan
dilengkapi kemudahan Teknologi Maklumat (IT) dengan penubuhan pusat-pusat khas pada tahun
ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Azmi Khalid berkata, program itu akan
dimulakan tahun ini secara berperingkat dengan 12 buah komputer di setiap pusat atau
"One Stop Centre" (OSC) yang dikendalikan oleh anggota KEMAS.
Sebagai permulaan,
OSC yang serba canggih ini akan dimulakan di kampung-kampung di bawah program GDW yang
telah mempunyai bangunan pusat sumber dengan sokongan bahan rujukan serta perkakasan lain.
Pengwujudan
OSC merupakan salah satu strategi permulaan kerajaan untuk memonopoli dunia sebaran
maklumat berbanding dengan parti pembangkang.
IT nampaknya diperalatkan dan
disogokkan kepada rakyat untuk menolak ide dan hasrat pembangkang meluaskan pengaruhnya. Azmi berkata, kementerian bercadang memperluaskan
konsep GDW dan OSC ke semua kampung di seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kelapan nanti.
GDW telah dimulakan pada 1996, dan sehingga akhir tahun lepas
terdapat 2,168 buah kampung GDW. Ia dijangka meningkat kepada 3,000 pada akhir tahun ini.
|