|
UMNO TIDAK BERHAJAT MENYELAMATKAN MAHATHIR & SEKONGKOLNYA
MENYEKAT sebarang organ penyebar maklumat rakyat adalah satu tindakan
merampas hak asasi rakyat untuk mendapat maklumat. Walhal dalam era pembangunan,
maklumat adalah penting untuk minda dan daya.
Menyekat mana-mana organ
penyebaran maklumat sesebuah parti Pembangkang dalam sesebuah negara berhaluan
Demokrasi, adalah disamakan sebagai tindakan berbau fahaman Kominis. Sekaligus
tindakan itu disamakan sebagai tindakan oleh sebuah agen pentadbir sebuah Kerajaan
yang sangat lemah dan tidak berwibawa lagi, menggunakan kekerasan keatas rakyat. Itu
zalim.
Bagaimana pula dengan tindakan Kerajaan Mahathir terhadap HARAKAH?
Akhbar itu bukanlah akhbar untuk bacaan umum. Ia adalah ‘suara resmi’ parti PAS,
yang bersifat Pembangkang. Dalam konteks ini, HARAKAH adalah organ maklumat PAS.
Sekarang PAS sudah menjadi sebuah parti yang diperakukan oleh rakyat dua buah Negeri
di Malaysia, disamping mempunyai sebilangan besar wakil-wakil di Parlimen dan Dewan
Udangan di 5 buah Negeri di negara ini.
Dengan itu bermakna, Kerajaan Pusat
pimpinan UMNO/BN telah memusnahkan proses Demokrasi dan hak bersuara sebahagian
besar rakyat di negara ini. Ini adalah satu perlanggaran Perlembagaan yang amat
ketara. Perlembagaan memperakukan Demokrasi sebagai arus pentadbiran dalam sebuah
kontrak sosial rakyat di negara ini.
Jika kerajaan pimpinanan UMNO/BN
menyekat pengedarannya kepada bukan ahli parti, itu adalah wajar. Tetapi amatlah
memalukan jika kerajaan Pusat mengenakan sekatan melampaui batas-batas yang
memungkinkan tersekatnya proses demokrasi, kebebasan berfikir dan hak asasi
bermaklumat ahli-ahli parti Pembangkang itu; itu akan ditafsirkan sebagai sudah
melampau.
Kewujudan Pembangkang adalah identiti sesebuah negara yang
mengamalkan Demokrasi. Jika proses demokrasi ditindas-sekat dalam bentuk-bentuk yang
dihalalkan oleh Perlembagaan negara, maka kesannya bukan saja demokrasi itu lumpuh,
tetapi rakyat akan mencari jalan keluar. Akibahnya amat sulit dibendung.
Secara
am, rakyat pasti akan merasa kecewa dan kesal dengan tindakan ‘menyekat’
seumpama itu. Kesannya, Rakyat akan memandang rendah kepada Kerajaan tersebut.
Secara langsung, rakyat akan menggap bahawa Kerjaan itu adalah dalam ketakutan,
penuh dengan kekhuatiran akan kehakisan kredibiliti. Rakyat pasti akan memandang
muka kearah lain.
Setakat ini, kredibiliti regim Mahathir sudah luntur sebaik
saja sekatan terhadap HARAKAH itu dilakukan. Inilah pandangan rakyat dalam isu
tindakaan terakhir kerajaan Mahathir menyekat pengedaran organ maklumat PAS itu.
Penyokong
kerajaan pimpinan UMNO/BN bukanlah tergolong dibawah kategori rakyat yang dungu.
Sokongan mereka bersebab dari cebis-cebisan keyakinan yang tersisa. Tindakan itu
membawa makna bahawa Kerajaan UMNO/BN sudah ketandusan daya dan kekuatan untuk
menerima dikritik. Mereka tidak sanggup menerima pandangan rakyat.
Andainya
kerajaan itu tidak menerima kritikan dan saranan rakyat, dan sekaligus bertindak
menutup pintu berintraksi dengan rakyat sambil menyembunyikan Kekotoran yang
dilakukan; maka rakyat akan berpaling muka kearah lain. Itu adalah pasti.
Oleh
itu, dengan sendirinya, hakikat ini akan memberi tafsiran bahawa para pentadbir yang
menerajui Kerajaan itu sudah lemah, tidak ada kemampuan menegakkan sebuah kerajaan
yang berwibawa, sedang mengalami kemusnahan kerdibeliti dan jauh sekali dari mampu
mempunyai daya menangani masalah dalaman mereka.
Apa yang dilihat sekarang
ialah, tindakan terakhir terhadap HARAKAH itu telah mencetuskan anggapan rakyat
seumpama itu. Tanggapan sedemikian telah tersebar luas hingga telah diyakini rakyat
bahawa kemimpin UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional dan Kerajaanya
telah lumpuh samasekali, tersepit dan gelabah.
Jika tanggapan itu berterusan
diyakini rakyat banyak; kesan yang jelas ialah, rakyat tidak akan menyokong sebuah
kerajaan yang menggunakan ‘kuasa kekerasan’ semata-mata untuk menegakkan
kebenaran yang palsu.
Jika tindakan itu bermaksud untuk menyembunyi kebusukan
yang mereka lakukan terhadap dasar dan sistem politik, ekonomi, sosial, pentadbiran
undang-undang yang diizinkan oleh rakyat, maka rakyat berhak menafikan mereka dalam
pemilihan Kerajaan yang akan datang. Itu adalah essence Demokrasi.
Ini telah
berlaku dibeberapa negara berhaluan ‘Kominisma’. Akhirnya, rakyat Russia dan
Romania bertindak menggulingkan kerajaan itu dan mengikis segala tindakan dan
perundangan yang menyekat kebebasan yang hak bagi rakyat. Pesalah akan menerima
hukuman dan rakyat mahu setiap pesalah menerima hukuman sepanjang hayat mereka.
Mungkin
Kerajaan UMNO/BN menganggap tindakannya itu akan dapat menyelamatkan imej buruk dan
kebusukan yang mereka lakukan dari terhidu oleh rakyat. Tetapi hakikat sebebarnya,
para pemimpin parti itu sedang menggadai dan menjerumuskan kerdibiliti partinya
sendiri. Pemimpin UMNO bawahan sendiri tidak rela dimalukan seburuk itu oleh rakyat,
yang mana mereka adalah sebahagian dari kelompok rakyat itu.
Kesannya,
pemimpin peringkat bawahan akan hilang dedikasi, luntur kepercayaan dan tidak ada
lagi tumpuan terhadap parti yang seharusnya didukung dengan penuh minat. Fakta ini
harus dipertimbangkan oleh Kerajaan Mahathir sekiranya mahu penyokong mereka yang
akan bertindak sebagai pengundi dalam pilihanraya ke-11 kelak, akan terus menyokong
mereka.
Orang Melayu makin merasa dan kian yakin bahawa diri mereka telah
terhina dan diperhina, diinjak habis-habisan oleh sebuah regim yang tidak memihak
kepada mereka. Regim itu telah berkali-kali membuat kesilapan Dasar dan
penyelewengan dalam perlaksanaan Dasar hingga menyebabkan orang Melayu, hingga hari
ini, dijadikan sasaran kecaman oleh pendukung regim itu.
Mereka telah melihat
dan merasa bagaimana Regim Mahathir telah menafikan keperluan usahawan kecil Melayu,
petani dan nelayan, masyarakat pinggir bandar, penduduk kampung dan golongan pekerja
bergaji rendah – telah tidak mendapat hak Pembangunan sebanding dengan apa yang
dilaksanakan terhadap golongan elit.
Rakyat sudah nampak bokti, di bawah
Regim ini; kerana penyelewengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (telah dibaruakan),
Dasar Pendidikan & Pengagihan Biasiswa (jadi pinjaman), Dasar Penswataan (untuk
mengkayarayakan Kroni dan anak-beranak pemimpin), Ketelusan (menghalalkan Rasuah dan
melindungi perasuah), peradaban Islam (disekularkan), dll. telah menyebabkan orang
Melayu kehilangan daya menyangi kemajuan kaum lain.
Mereka telah menilai
bagaimana UMNO dibawah kepimpinan Dr. Mahathir dan sekongkol-selingkuh dengan
beliau; telah sewenang-wenangnya mencerca ugama Islam dan perundangan Islam yang
selama 500 tahun menjadi anutan orang Melayu. Akhirnya tafsiran itu menyebab
urat-benang peradaban Islam anak-anak muda Islam telah terjejas teruk.
Regim
ini juga telah memaksa dan mengorientasi masjid-masjid supaya mengikut aturan
mereka. Mahathir lebih mengutamakan pentafsiran Islam mengikut caranya. Akhirnya,
Islam telah hilang kuasa sebagai ad-din. Ini telah makin nampak dilaksanakan dalam
proses pengadilan dan pemakaian undang-undang yang dipakaikan keatas kes DS Anwar
hingga seorang pemimpin negara seperti beliau dipenjarakan secara zalim.
Regim
ini sanggup menghina orang Melayu sebagai helah untuk meraih keuntungan dan sokongan
politik dari kaum lain (Cina) secara melulu; walaupun mereka tidak bersetuju. Dalam
kempen pilihanraya yang lalu, Dr. Mahathir sendiri telah bercakap dengan nada yang
boleh mencetuskan adu-domba yang meresahkan dan menggaggu fabrik sosial semua kaum
di negara ini.
Dr. Mahathir bertanggungjawap memusnahkan Dasar yang
memperbetulkan perimbangan pencapaian ekonomi orang Melayu-Bukan Melayu.
Dan
yang paling dikesali: Regim Mahathir yang didukung oleh UMNO terus-menerus bertekad
memusuhi dan melakukan apa jua tindakan untuk memusnahkan PAS (sebuah parti orang
Melayu dan orang Islam) sejak beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Orang
Melayu tidak merestui Kerajaan ini berjinak-jinak dengan Regim Yahudi. Tetapi
Dr.Mahathir tidak pernah mahu membaca, memahami dan menghormati perasaan dan jiwa
orang Melayu. Diketahui bahawa urusan Mahathir-Yahudi masih berjalan lancar dan
segar.
Kesemua ini adalah fakta-fakta benar yang dilakukan oleh Dr. Mahathir
sebagai pemimpin parti. Kesemua ini amat menjijikkan orang Melayu terhadap Regim
ini. Sebagai satu sikap yang kerterlaluan, beliau sanggup berbohong kepada orang
Melayu untuk menyembunyikan urusan dan pakatan beliau dengan puak Yahudi. Sehingga
hari, regim Yahudi itu tidak putus-putus melakukan kezaliman keatas orang Islam.
Kerana
semua ini tidak direstui oleh orang Melayu secara am, maka beberapa pihak dalam
batang tubuh UMNO sendiri sudah menyuarakan bantahan lantang mengkritik dan
mempertikaikan kepimpinan Mahathir. Bukan saja sikap Diktator Dr. Mahathir yang
dipersoalkan, tetapi pertanyaan makin menghebat: “Siapa Dr. Mahathir kepada UMNO
dan sejauhmanakah beliau sesuai lagi memimpin UMNO”. Persoalan ini telah membesar
dan menyeluruh hingga memungkinkan Dr. Mahathir dan sekongkolnya akan terpinggir.
Kesemua
ini amat ternyata dan makin nyata sewenang-wenangnya dilakukan oleh Regim Mahathir.
Kedaan ini telah menyebabkan Mahathir dan sekongkolnya merasai terlalu tersepit
dengan kemungkinan agenda untuk berkuasa terus (dengan regu pilihannya) akan
terbantut.
Beliau sedar bahawa permusuhan politik pemimpin UMNO terhadap
pembangkang tidak sampai kepada memusnahkan orang Melayu dan ugama Islam. Tetapi,
kerana Dr. Mahathir khuatir kerana agenda beliau yang tersembunyi (melindungi harta
rompakan dari keringat rakyat, segala macam jenayah rasuah, sebagai agen asing dan
sahabat karib Yahudi antarabangsa) dari tercium; maka beliau mahu dirinya kekal
berkuasa selagi ia hidup.
Malangnya, beberapa pihak dalam UMNO sendiri mahu
parti menyingkirkan Mahathir dan beberapa pemimpin yang sekongkol dilakukan secepat
mungkin. Ini adalah satu tindakan pemimpin UMNO yang mengetahui agenda Mahathir;
bukan setakat bagi menyelamatkan UMNO, tetapi yang lebih afdhal ialah untuk
menyelamatkan, bangsa, negara dan ugama.
Bermakna, HARAKAH bukanlah musuh
Mahathir utama. Sebaliknya, UMNO sendiri yang telah mengetahui secukup-cukupnya
agenda jangka panjang beliau; adalah musuh Mahathir paling nekad.
Penyekatan
HARAKAH adalah sebuah wayang kulit untuk mengalih pandangan sebagai mengasuh
pemimpin UMNO dari bertindak menyingkirkan beliau.
Sebagai bokti, adalah
diketahui ramai, pertemuan beliau secara tertutup dengan beberapa Ketua Bahagian
UMNO di Kedah dan di Negeri Sembilan (dan dibeberapa negeri lain) – Dr. Mahathir
dan Abdullah Bedawi sendiri telah menerima pukulan maut dengan kata-kata kesat
secara berdepan dan bersemuka. Dengan itu, terboktulah bahawa HARAKAH adalah mangsa
luaran yang sengaja dijadikan kambing hitam.
Adakah Mahathir dan Abdullah
Bedawi dan sekongkolnya akan terselamat? Memang mereka berdua dan sekongkol yang
terdekat sedang menunggu detik-detik terakhir! Makin itu pula Barisan Alternatif dan
kepimpinan Barisan itu kian mendapat tempat dihati rakyat (khususnya orang Melayu).
Amin
Sapiro (Ahli UMNO Atas Pagar Berduri) |