BELUM CUBA, BELUM TAU – SEKARANG SUDAH CUBA BARU TAU!! (Bah 1)

Sebagai seorang rakyat Kedah, bagi saya; lawatan sehari Mahathir ke Kedah baru-baru ini banyak yang harus dijadikan iktibar oleh rakyat Kedah seluruhnya…….

Akhbar Bebohong Lagi

Akhbar yang menjadi lidah resmi UMNO selama ini (Utusan Melayu) dimuka depan menulis meminta perhatian rakyat kononnya “... Kesibukan tugas sebagai Perdana Menteri tidak menghalang Dr. Mahathir meluangkan masa untuk memberi khidmat kepada rakyat di Kubang Pasu, kawasan Parlimen yang diwakilinya”.

Kununnya lagi, “Sebagai ahli Parlimen kawasan tersebut, Mahathir membuka 'Pusat Khidmat Wakil Rakyat' Pejabat UMNO Kubang Pasu bagi mendengar, meneliti dan mengatasi masalah penduduk kawasan itu.

Dalam lawatan kerja sehari (dari 365 hari dalam setahun - penulis) ke Kedah (sebenarnya alasan balik kampung percuma dengan biayaan rakyat – penulis), Mahathir menghabiskan masa lebih dua jam (dari ribuan jam setahun) menguruskan masalah rakyat, yang antara lain memohon peruntukan prasarana, masalah tanah dan sebagainya. Kira-kira 100 orang penduduk setempat mengambil kesempatan itu.

Contoh yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir itu kununya harus diikuti oleh wakil-wakil rakyat lain bagi memastikan rakyat di kawasan mereka mendapat perhatian sepenuhnya sebagai memenuhi janji dalam pilihan raya lalu”, kata berita itu lagi.

Maka nampaklah gambar seorang tua bersongkok lusuh dari Kampung Lembah Hosba mengemukakan masalah bantuan banjir kepada Dr. Mahathir di Pejabat UMNO Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Di kanannya ialah Menteri Besar Kedah, Syed Razak Zain.

Kita bertanya, sebagai Perdana Menteri, beliau disebut terlalu sibuk. Paling malanglah orang yang memilih beliau kerana cuma mampu didengar rungutan selama 2 jam bagi mengatasi kesulitan mereka. Padahal masalah manusia dikawasan itu 1000 kali ganda dibandingkan dengan besar Gunung Jerai.

Rakyat Hosba tahu, Mahathir telah menghabiskan masa bermain kuda di Argentina dan mandi-manda berkelah di Carribean hampir 2 minggu. Beliau terbang kesana dengan jet 200 juta bersama keluarga atas biayaan berjuta ringgit dari wang keringat titik peluh rakyat (termasuk wang orang tua itu).

Sandiwara Mahathir Tersemu

Apakah yang boleh dilakukan Mahathir dalam tempoh 2 jam saja? Padahal, rakyat yang diwakilinya mengalami masalah ‘banjir’ yang merosakkan sumber kehidupan rakyat sepanjang hayat!! Dua jam saja yang terluang?

Prihatinkah Mahathir kalau begitu? Jika Mahathir tidak prihatin kepada rakyat dikawasan beliau, bagaimana sikap beratus-ratus wakil UMNO/BN yang lain? Apakah fungsi mutlak mereka sebagai wakil-wakil yang mewakili rakyat disamping menjadi penerajui kerajaan Barisan Nasional yang bertulangbelakangkan UMNO?

Kemudian, disatu sidang akhbar disitu, Mahathir dilaporkan sebagai berkata meminta wakil rakyat supaya memberi perhatian kepada masalah rakyat, kerana prestasi mereka adalah kira untuk menentukan kedudukan mereka dalam politik selanjutnya. Selama ini apakah kerja mereka. Tidakkah mereka tahu fungsi mereka?

Sebagai rakyat, semua mereka tahu bahawa wakil rakyat UMNO/BN tidak ada kerja lain setelah memenangi kerusi dan mendapat jawatan Kerajaan. Mereka sepantas kilat akan meneliti setiap projek yang akan dibangunkan dengan wang rakyat. Dengan itu mereka akan melantik Kroni dan Proksi pula.

Kebanyakan mereka tidak akan menilai manfaat dan faedah projek-perojek itu kepada rakyat. Jauh sekali dari menilai apakah kesusahan yang akan ditimpakan kepada rakyat sekiranya ia dilaksanakan.

Ini terbokti dari pelbagai masalah banjir kesan dari projek yang menarah tanah bukit, pengambilan tanah rakyat secara rewang di Karpan, dll. Itulah dia jenis “Pembangunan” cara UMNO/BN – yang paling diminati oleh wakil-wakil Mahathir dan UMNO/BN!!

“Kepimpinan Melalui Teladan” Jijik

Mereka mencontohi “Kepimpinan Melalui Teladan”. Seharusnya Mahathir adalah orang pertama dan utama dipersalahkan sepenuhnya kerana menunjukkan prestasi dan rekod “Kepimpinan Melalui Teladan” yang paling buruk sekali.

Beliaulah orang yang mewujudkan pelbagai perobahan Dasar dan amalan-amalan politik dan pentadbiran yang menyebabkan ekonomi rakyat terpuruk-merudum, politik negara kucar-kacir, sosial rakyat terjebak dengan pelbagai amalan yang hina dan menjijikkan, ideologi politik Diktator-totallitarianisma, perlekehan terhadap ugama Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam, berkroni, berproksi dan bernepotisma, melakukan Rasuah dan melindungi pengamal Rasuah. Tidakkah itu budaya UMNO/BN?

Mahathir cukop-cukop bangga dan egonya memuncak setinggi langit biru bila beliau dianugerahkan gelaran “Bapak Penswastaan” oleh kroninya. Sebab, mereka terhutang budi kerana berjaya meraih keuntungan berbillion-billion hasil dari persekongkolan mereka dalam pembinaan Projek Mega dan mewah yang menelan berbillion ringgit wang rakyat. Itu adalah hasil perkronian mereka dengan Mahathir dan kuncu-kuncunya seperti Daem Zainuddin.

Mahathir adalah orang pertama yang tersenyum lebar dengan RASUAH yang diagih kepada beliau dan anak-anak suku-sakatnya oleh kroni-kroni dari segala bangsa dan kaum. Mahathirlah orang yang telah menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru hingga menjadi Dasar Ekonomi BARUA. Orang Melayu dapat manfaat apa?

Mahathir juga adalah orang yang melindungi pelaku Rasuah dalam pentabirannya – samada orang itu Menteri Kabinet, Menteri Besar, atau wakil rakyat lain. Hingga hari ini puluhan kes Rasuah para menterinya masih dilindungi beliau.

Sebaliknya Mahathir lah orang yang melindungi perasuah-perasuah itu (termasuk kakitangan awam). Malangnya, mereka masih dilantik ke Kabinet, menjawat jawatan tinggi dalam Perkhidmatan Awam walaupun rakyat meraung supaya mereka disingkirkan. Tapi, Mahathir peduli apa?

Mahathir juga adalah orang yang mengepalai sebuah KONSPIRASI POLITIK yang paling menjijikkan tekak rakyat. Mahathir jugalah yang menafikan fakta-fakta undang-undang yang adil untuk berlaku saksama kepada rakyat. Tangan beliaulah yang menyebabkan Konspirasi itu terus-menerus berleluasa. Kerana itu, orang Melayu hidup dalam hina dan dimalukan satu dunia.

Kecurangan Mengaibkan

Berapa ramai rakyat yang membantah kecurangan itu. Sebaliknya mereka telah diheret ke mahkamah, sementara si pelaku rasuah dan jenayah yang mengkejami rakyat itu berwenang-wenang diberi perlindungan oleh Mahathir sendiri. Cuba tengok Rahim Nor, Rafidah, Daem, dll (termasuk Mahathir sendiri).

Dalam lawatan beliau itu, Dr. Mahathir Mohamad berkata “Calon-calon UMNO dalam pilihan raya umum akan datang akan dinilai dari segi kesediaan mereka berjuang kepada agama, bangsa dan negara”. Kununya UMNO akan kembali kepada perjuangan asalnya untuk membela ketiga-tiga perkara itu dan bukannya berjuang untuk kepentingan individu-individu tertentu. Mahathir berkata, “Kita hendak kembali kepada perjuangan UMNO yang asal”.

Kita tanya sekarang, “Apakah faedahnya Mahathir beretorik palsu dengan memutuskan bahawa UMNO tidak kira siapa jadi calon, dan akan disokong asalkan dia boleh berjuang untuk agama, bangsa dan negara”.

Tidakkah itu satu kenyataan yang mensahihkan tanggapan rakyat bahawa selama ini Kerajaan UMNO/BN telah terlalu jauh melencong tidak memperjuangkan tuntutan rakyat? Jika benar begitu, sewajarnyalah Mahathir sendiri dibuang jauh..jauh..!! Jika ada wakil rakyat UMNO/BN yang tidak memperjuangkan agama, bangsa dan negara, Mahathir adalah “Bapak Penegah” perjuangan itu.

Rakyat makin bijak berfikir. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuaikah? Apakah Datuk Dr. Affifuddin Omar tidak layak? Apakah Musa Ahmad yang tidak terpilih oleh sesiapa lebih layak sebagai Menteri Pendidikan. Apakah Hamid Osman yang tersingkit bontang “paling” layak menerajui Pusat lslam? Apakah Mustapa Mohammad layak jadi Penasihat Ekonomi (yang tidak terpilih oleh rakyat) sementara Daem menjadi Menteri (semua orang siapa) yang dinasehati beliau pula?

Atau layakkah penjenayah politik seperti Aziz Shamsuddin dianggap Mahathir sebagai lebih berguna kepada masyarakat (berbanding Affifuddin) sebagai Timbalan Menteri Pendidikan? Adakah Mahathir sedang merancang untuk menerap “budaya penjenayah’ dikalangan muda-mudi melalui Aziz?

Semakin nampaklah Dr. Mahathir sendiri terperangkap dengan kata-kata sendiri bila beliau dilaporkan sebagai berkata, “Kita tidak seharusnya setia kepada orang tertentu, bukan perjuangan UMNO”.

Jika yang dimaksudnya ialah DS Anwar Ibrahim, rakyat PASTI akan menjawab: TIDAK, 1000 kali TIDAK!!. Jika orang tertentu ialah Mahathir sendiri, jawapannya, “YA!! Rakyat sudah lama bosan-muak kepada Mahathir. Beliau wajib disingkirkan, dihumban dalam longkang busuk..!!”

(sambung)

Haji Musa,
Alor Setar – KEDAH.