|
SAHLAH UMNO SUDAH KEHILANGAN TARING UNTUK MENGGIGIT LAGI
PENGURANGAN edaran HARAKAH adalah petanda paling jelas bahawa Kerajaan UMNO/BN telah
terlalu terdesak dan terhimpit. Menyekat pembaca yang terdiri dari ahli-ahli PAS
(selari dengan peraturan) bukanlah hak Kerajaan UMNO/BN. HARAKAH memuatkan ulasan
logik dan efektif yang mengasuh mendidik anggota dan penyokong parti.
Tetapi
adalah sesuatu yang benar bahawa hanya dalam HARAKAH saja terdapat ulasan yang mampu
membuka minda dan membawa hujah yang rasional, berbanding dengan akhbar perdana
sogokan UMNO/BN.
Sekatan itu amat anih. Pertama, kerana HARAKAH tidak memberi
kesan untuk mempengaruhi pengundi dalam pilihanraya lagi. Kerana, pilihanra ke-10
sudah berlalu, dan yang ke-11 diagakkan kira-kira 5 tahun lagi.
Tetapi, ramai
yang beranggapan bahawa ia adalah ditujukan kepada puak UMNO yang akan membuat
pemilihan MKT UMNO pada bulan Mei 2000 ini. Ditakuti puak UMNO sendiri akan
terpengaruh dengan hujah dalam HARAKAH itu.
Jika itu benar, maka ini jelas
menunjukkan satu hakikat bahawa pucuk pimpinan UMNO telah begitu melemah
kebelakangan ini hingga mengkhuatiri pempimpin peringkat bawahan parti itu telah
dicurigai oleh pemimpin atasan mulai membenci kelompok pemimpin yang menerajui UMNO
yang menerajui Kerajaan.
Mungkin HARAKAH dicurigai akan mempengaruhi minda
pemimpin UMNO peringkat bawahan yang makin begitu rapuh taat setia mereka terhadap
UMNO yang semakin goncang dan kacau-bilau.
Sekali lagi, jika itu benar, maka
sahlah UMNO ditadbir oleh orang-orang yang sudah hilang keyakinan diri, ketandusan
wibawa dan kehilangan hujah untuk menegakkan ‘benang basah’ pemimpin tertentu.
Hematnya ini adalah satu insiden yang paling memalukan sekali bagi sebuah parti yang
terbesar (kununnya) di negara ini.
Kita ingin bertanya lagi, mengapa Kerajaan
UMNO/BN melakukan penyekatan sehodoh itu terhadap kebebasan akhbar di negara yang
menuju era penyebaran maklumat secara meluas? Apakah mereka merasa tersangat
tersepit hasil dari sebuah edaran seperti HARAKAH yang terbit hanya seminggu dua
kali?
Adakah pemimpin UMNO atasan menganggap bahawa HARAKAH boleh
mempengaruhi minda penyokong UMNO? Jika mereka beranggapan begitu, mereka adalah
tersilap besar. Apa yang sedang berlaku ialah, pemimpin UMNO/BN sendri yang
menerajui Kerajaan sekarang telah begitu terpesong dari matlamat pentadbir negara
yang amanah. Hingga, pemimpin UMNO bawahan sudah muak dan jelak dengan propaganda
mereka yang tawar-hambar – bercakap ‘tidak serupa bikin’..!!
Rakyat
melihat keburukan karenah pemimpin UMNO yang mempengaruhi mahkamah, polis dan
jabatan Peguam Negara hingga Dr. Mahathir telah beberapa kali berjaya mengelak dari
mematuhi undang-undang dan sapina yang menuntut beliau bersikap anak jantan menjadi
saksi perbicaraan DS Anwar sepenting itu.
Keseluruhan rakyat termasuk
penyokong UMNO melihat karenah pemimpin UMNO itu. Itu bukan fitnah tetapi adalah
kenyataan yang telah menarik perhatian dunia luas.
Rakyat juga tahu dan faham
sangat, kes RASUAH dan Penyelewengan secara terbuka yang dilakukan oleh pemimpin
UMNO/BN dalam kerajaan. Hampir semua kes-kes jenayah RASUAH yang melibatkan menteri
UMNO/BN telah disapu kebawah tikar. Dr. Mahathir adalah antara salah seorang yang
turut terperangkap. Tetapi beliau bersikap membatu!!
Beberapa siri kekejaman
dan kezaliman terdampar bagai tulisan ditembok luas membentang. Apakah ini mahu
ditutup oleh Kerajaan UMNO/BN?
Apakah ini dapat diselindungi dari mata
rakyat? Apakah mereka berfikir rakyat dan pemimpin UMNO yang lain tidak
mengetahuinya dari sumber-sumber lain selain dari HARAKAH?
Secara logik,
sewajarnya Kerajaan UMNO/BN mengusulkan HARAKAH ditambah edaran kepada setiap hari.
Dengan itu, pembaca akan menjadi jemu. Mungkin ramai yang tidak sempat membaca
keluar setiap hari kerana mengejar edaran esoknya. Dengan itu, keberkesanan maklumat
yang dipaparkan akan terbantut.
Sebaliknya, dengan edaran sekali dua minggu,
bermakna ramai yang akan memberi tumpuan kepada setiap patah perkataan dalam rencana
pilihan yang termuat dalam HARAKAH. Kesannya, perdebatan sesama mereka akan lebih
mendalam dan terperinci hingga mampu membentuk pemikiran mereka
Tetapi,
keputusan Kerajaan UMNO kerap menyusahkan diri mereka sendiri. Ini terbokti lagi
dengan keputusan “tidak mempertandingkan” kedua-dua jawatan MKT itu. Hari ini,
UMNO makin terperesuk didalam delima hingga beberapa veteran UMNO sendiri sudah
bangkit mengkritik keputusan itu. Ini amat bahaya kepada UMNO.
Mungkin UMNO
sedang bergerak kearah kehancuran secara beransur-ansur. Tetapi, ramai yang hairan
(termasuk pemimpin UMNO sendiri), apakah dengan menyekat edaran HARAKAH UMNO akan
selamat dari sebarang elemen penentangan dari dalam batang tubuh UMNO sendiri?
UMNO
makin nampak ditadbir dan diterajui oleh pelaku-pelaku yang baru ‘tanggal pusat’
dan ‘tumbuh gigi’. Mungkin, bulan Mei ini, UMNO akan memilih sejumlah pemimpin
yang sudah matang, bersifat gentlemen dan punya keyakinan diri.
Bagi komponen
Barisan Alternatif, perjuangan menegak kebenaran adalah perjuangan yang berterusan.
Mungkin puak UMNO sudah kehilangan taring untuk menggigit. Hingga, mereka tidak
mungkin menggigit sesama sendiri lagi.
Haji Musa, Alor Setar - KEDAH |