SIAPA SERANG SIAPA?

1 Mac - Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO menasihatkan mereka yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan UMNO Mei ini tidak menyerang peribadi lawan bagi mengelakkan perpecahan parti. Dalam perkembangan terbaru, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mendakwa bahawa beliau bukan 'Habibie' dan mengikut telunjuk Dr. Mahathir semata-mata.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau bukan pemimpin alternatif kepada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan tidak berhasrat sama sekali untuk menyaingi kepimpinannya.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu berkata, beliau adalah timbalan kepada Perdana Menteri dan tidak pernah berasa hina menyandang jawatan nombor dua kerajaan itu. Abdullah sebaliknya menganggap ia satu penghormatan kerana dapat bekerja membantu seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

''Kalau saya di'Habibie'kan hanya kerana saya rapat dengan Dr. Mahathir, itu semua tidak betul.'' tegas, Abdullah semalam. Abdullah seterusnya berkata, ''Timbalan tetap timbalan. Saya percaya anggota UMNO tidak akan mudah diperbodoh-bodohkan dengan dakwaan ini,''.

Kenyataan Abdullah itu ditujukan kepada siapa? Apakah pihak pembangkang yang mengeluarkan kenyataan itu? Kenyataan Abdullah selanjutnya menjelaskan dari manakah sumber 'serangan' itu.

''Jangan ada peristiwa yang memalukan parti. Mereka yang menawarkan diri bertanding jangan menyerang peribadi lawan. Akibatnya nanti, apabila selesai pemilihan, susah nak satukan parti.

''Manusia akan terguris hatinya kalau dihina dan dicerca,'' katanya. Dari kenyataan Abdullah  itu rakyat dapat menilai bahawa hanya UMno yang mengamalkan budaya memfitnah dan tergamak memburuk-burukkan sesama ahli terutama menjelangnya setiap pemilihan agung UMno.

Justeru itu tidak hairanlah jika pada pemilihan tahun 1998, DSAI menjadi mangsa konsfirasi sesama ahli setelah Presiden UMno merasa kedudukannya terancam pada pemilihan kali tersebut.

Hanya ahli UMno yang sanggup memakan 'daging saudaranya' sendiri!!