Bab 1 MENCARI
GELIGA DALAM GELITA
Namun, mamak tongkang terus garang, kerana sudah tidak ada sekelumit sesalan kepadanya
akan dosa yang ditanggung selama itu. Saluran jantung yang dicuci beberapa kali, getaran
dada yang berdenyut dengan bantuan bateri, fungsi telinga yang semakin tuli bukannya
ingatan yang sesuai untuk bersedar diri. Dia seolah-olah tidak peka akan semua itu kerana
lagak bodohnya yang diberikan keutamaan telah menguasai dirinya. Yang penting sekali
diktator tua ini sudah menongkat langit seolah-olah langit tidak akan runtuh selagi dia
masih bernyawa dan bateri di dada masih utuh.
Bab 2 MENCARI
GELIGA DALAM GELITA (2)
Mamak Tongkang akan ke Cuba dan amat sedar bahawa
sudah ada satu konspirasi besar yang mahukannya mengundurkan diri. Inilah waktunya yang
dia mesti berada di kubu sendiri. Tetapi, apakah daya. Janjinya untuk berada di Havana
bersua muka dengan seorang lagi diktator tua dan raja kelentong Amerika Tengah terpaksa
ditunaikannya. Hanya satu jalan sahaja lagi yang ada padanya untuk menentukan dia masih
lagi berkuasa dan masih lagi berbisa. "Huru-hara..........!". Ya, kalau
huru-hara boleh dicetuskan sepeninggalannya di luar negara, sudah pasti dia dapat
memulihkan kuasa yang semakin terhakis daripada jawatannya..
Bab 3
MENCARI
GELIGA DALAM GELITA
Dengan nama
Allah SWT dan demi masa; saya mengajak seluruh anggota polis tidak kira apa pangkatnya dan
apa warna kulitnya dan tidak juga kira apa anutan agamanya, marilah kita tegakkan keadilan
dan kembalikan kebenaran dalam budaya hidup kita. Marilah kita tentang cengkaman
permerintah diktator. Marilah kita sama-sama tebus maruah bangsa kita yang tercemar
disebabkan kerakusan seorang diktator tua yang sudah hilang arah. Tebuslah keaiban
tindakan polis di Memali. Tebuslah keaiban tindakan polis terhadap Dr. Anees dan terbuslah
keaiban tindakan polis terhadap Anwar Ibrahim. Tebuslah keaiban yang ditanggungi oleh
orang kita Melayu di masjid negara April yang lalu. Yang lebihnya kita berserah saja
kepada Allah. Lupakanlah arahan Mahathir di April 14 dan 15 ini. Marilah kita sama-sama
mencari kegemilangan geliga di celah-celah kegelitaan itu. Bab
4 MENCARI
GELIGA DALAM GELITA
Gerakan
liberasi rakyat kali ini adalah untuk memperingatkan Mahathir bahawa masanya sudah tiba.
Tempoh luput kepimpinannya sudah lama berlalu. Eloklah dia bersiap sedia menghadapi rakyat
dengan segala rendah diri. Rakyat adalah tuannya. Rakyat akan menentukan tempoh luputnya.
Mahathir harus sedar akan hakikat ini. Rakyat yang akan berkumpul nanti bukannya wakil
Barisan Alternatif ataupun Barisan Nasional. Setiap insan yang akan berkumpul nanti adalah
rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.
Bab 5
MENCARI
GELIGA DALAM GELITA Bab 6 GELITA
14 - SATU RENUNGAN Taktik menghasut rakyat akan berlakunya
huru hara kini
memakan tuannya. Rakyat yang berdemonstrasi secara aman telah mengikut arahan
ketuanya tanpa mengganggu ketenteraman dan merosakkan harta awam. Demikian patuhnya rakyat
yang berdemonstrasi sehinggakan TV kerajaan terpaksa menayangkan 'filem lama di mana tong
sampah dibakar dan tayar buruk berasap' yang lama tersimpan di arkib filem. Bab
7 MENGEJAR
GELIGA DI HUJUNG GELITA Kini
rakyat yang hidupnya semakin tertekan sudah pun bersatu untuk menentang pemerintahan
Mahathir secara aman. GELITA 14 yang memperingati pemerintahan yang zalim telah digerakkan
dengan penyerahan satu Memorandum kepada yang di Pertuan Agong. Barisan rakyat yang aman
itu sepatutnya diberi ruang untuk menyerahkan Memo itu tanpa perlunya sebarang lesen.
Kerana sikap itu adalah tanda hormat para pemimpin kepada rakyatnya. Lagi pun kebebasan
berdemonstrasi adalah satu kebenaran yang termaktub dalam perlembagaan negara.
|