|
SIAPAKAH YANG MEMBINA 'EMPAYAR' PERPECAHAN?MINDA MINGGUAN kali ini akan menyingkap peritiwa qurban dalam ertikata sebenarnya. Dalam masa yang sama seruan korban bertalu-talu, bagaikan paluan kompang laksana menyambut kedatangan pengantin baru, merdunya dipukul dan dicanai oleh pimpinan BN. Paluan ini bertambah hebat bunyinya apabila diadun oleh mata pena media perdana, sehingga seolah-olah perpecahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini ditaja oleh parti pembangkang. Dalam ucapannya kelmarin PM Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia patut melupakan fahaman sempit dan meninggalkan pendapat kepimpinan selain dari seruan pemimpin kerajaan. Ini katanya pemimpin kerajaan mengajak rakyat kepada perpaduan dan kemajuan. Apakah perpaduan hanya ditaja oleh kerajaan?. Sekali lagi Mahathir mendedahkan dirinya kepada kritikan. Mahathir membayangkan kelemahan dan kedangkalan ilmuan agamanya sehingga menafsirkan korban itu sama seperti kita menyerahkan barang kesayangan kita kepada orang lain. Tafsiran Mahathir terlalu lemah. Justeru itu jika seorang gadis menyerahkan kegadisannya kepada pemuda yang dicintainya semasa dalam alam remaja apakah itu juga dikatakan 'korban'? Jika mendalami tafsiran Mahathir ia sememangnya sebuah pengorbanan!! Juga pemimpin-pemimpin BN yang lain mengambil kesempatan korban untuk menyelar rakyat dan parti pembangkang terutamanya PAS. Tanpa menyebutnya sekalipun, rakyat tahu bahawa kata-kata Mahafiraun itu bertujuan menyindir PAS kerana Mahathir jelas berdendam dengan PAS. Apabila pemberita bertanya apakah maksud kata-kata beliau bahawa meninggalkan fahaman kepemimpinan yang lama dan kolot itu dikaitkan dengan PAS, Mahathir hanya menjawab, siapa maka cili dia rasalah pedasnya! Minggu ini saya akan memaparkan sebuah tragedi berhubung dengan korban. Amat malang seruan korban apabila dipolitikkan menjadi satu tragedi yang 'hamis' dalam sejarah umat Islam negara ini. Mungkin kejadian yang saya paparkan ini juga berlaku di merata tempat di bahagian lain di negara ini. Tetapi siapakah yang sudi mencungkil dan menulis kebobbrokkan serta membuka pekong di dada. Pendedahan akaun beberapa orang menteri dan Ahli Parlimen sebagaimana yang berlaku di Melaka sepatutnya mendapat satu pujian kerana mendedahkan usaha sekolompok manusia menggunakan kekuasaannya untuk kepentingan diri mereka sendiri. Jika DSAI menggunakan kuasanya dipenjara 6 tahun dikatakan melakukan rasuah kuasa, sewajarnya yang menyeleweng sedemikian menerima hukuman lebih berat lagi ... seumpama 60 tahun! Penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan BN bermula dari kepimpinan tertinggi hingga ke peringkat bawahan. Yang mendapat gelaran dari BN/UMno cuba menunjuk kuasa dan belang mereka. Lihatlah apa yang terjadi kepada kes Rahim Noor, membelasah DSAI dan cubaan membunuh hanya dipenjara RM2,000 dan belum lagi dipenjara walau telah diputuskan selama 2 bulan. Bagaimanapun saya tidak akan mengulas panjang mengenai isu ini, tetapi marilah kita hayati sebuah email yang sampai ke meja saya mengenai penyalahgunaan kuasa masjid oleh segelintir pemimpin UMno tempatan, sehingga akhirnya mereka bertelagah sesama sendiri dan memecahbelahkan masyarakat. Kejadian ini merupakan kejadian benar. Penulis meminta nama dan masjid berkenaan disiarkan untuk tatapan umum, namun saya berpendapat perlu merahsiakan dengan tepat memandangkan untuk mengelakkan perpecahan menjadi lebih besar:
Demikian satu kisah benar yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Jika Mahathir dan kepimpinan BN melaung-laung dan meraung-raung mengatakan PAS dan para pemimpinnya cuba memecahbelahkan masyarakat, apa yang berlaku di dalam paparan email di atas adalah sebaliknya. Dalam hubungan ini manakah berita yang patut dipercayai; samada Mahathir atau saudara yang menulis berkenaan. Dalam kejadian di atas, percubaan memecahbelahkan masyarakat jelas dari puak UMNo. Mereka cuba memulaukan jemaah yang lain, sehingga apa yang berlaku sebaliknya mereka pula di'pulau'kan secara tidak langsong atau dalam keadaan bersahaja oleh jemaah kariah masjid berkenaan. Memang terlalu bingung untuk kita menyelesaikan masalah tamak kuasa dan keegoan para pemimpinan UMno/BN. Ketamakan itu jelas dari pucuk kepimpinan sehingga ke akar umbinya. Ia menepati Kepimpinan Melalui Teladan sebagaimana yang pernah dilaung-laungkan oleh Mahathir dahulu. Saya sudi menerima email kisah sebegini untuk paparan di masa hadapan. Marilah kita buktikan bahawa siapakah yang sebenarnya telah membina empayar dalam masyarakat, sehingga terjadinya perpecahan dan berpuak-puak. Mahathir perlu menghentikan sandiwaranya serta merta. Mahathir tidak akan mampu menipu rakyat marhain yang lain, sekalipun berjaya menundukkan anggota MT UMno atau anggota kabinetnya. Mereka mengangguk di hadapan Mahathir hanya untuk mengelakkan 'tekanan' dan kesusahan yang mereka terima akibat durhaka kepada Mahathir. Mendalami ertikata korban sebenar, jika tiada antara ahli atau pemimpin UMno yang mahu mengikuti langkah Jebat durhaka kepada rajanya, apakata jika rakyat marhain bertindak sebagaimana Jebat mahu membebaskan si Tuah yang dipenjara 6 tahun atas kesalahan membela rakyat dan mendedahkan petualang yang menjadi lanun; yang dengan sewenang-wenangnya merompak harta rakyat!!! Takbir!!
Polong Cyber
|