counter.bloke.com

USAHA MENYEKAT MINDA RAKYAT

Terlebih dahulu saya memohon maaf di atas keterlewatan Minda Mingguan menemui anda kali ini. Ini bukanlah disengajakan lantaran kesibukan waktu yang dilalui. Saya percaya hampir semua webmaster bersetuju dengan alasan ini. Walau pun demikian ia bukan satu alasan untuk menghentikan jihad ini dengan sengaja. Ia cuma terlewat ... barangkali ada hikmahnya.

Saya menerima mesej yang jelas dari Marhain Tuan, penulis tetap di kolum Minda dan Budi. Biarpun Hello Jakarta tidak mengundang di laman Minda Rakyat bukan ertinya perjuangan terhenti. Mungkin kerana masa yang terbatas, saya kurang berkesempatan melayari laman web rakan seperjuangan reformasi yang lain. Jika tidak tentu saya berjaya mendapatkan Hello Jakarta dari laman yang saudara maksudkan.

Isu minggu ini hebat tentang pencalonan pemilihan kabinet baru UMno Mei ini. Kehebatan itu sengaja diwar-warkan untuk menutup beberapa isu utama. Umpamanya kes perbicaraan Rahim Nor pada 14 Mac. Begitulah cara UMno berpolitik setelah membataskan pergerakan harakah dan menggantung tak bertali majalah Detik. UMno pantang sekali dikritik, tetapi amat gemar mengkritik. Bahkan kritikan itu sehingga menzalimi.

Pembatasan majalah akhbar atau laman internet adalah satu percubaan menutup minda rakyat daripada berkembang. Benar!! jika minda rakyat terbelenggu mengikut alunan rentak media perdana maka skop politik akan dapat dikuasai dan menjadi begitu sempit, sebagaimana tafsiran pemimpin UMno bahawa hanya UMno mampu mentadbir negara ini.

Minda Rakyat berterima kasih kepada anda para netter yang tekun untuk mengikuti perkembangan laman ini selanjutnya. MR tahu anda dari seluruh lapisan masyarakat, terutama mereka yang masih di institusi pengajian tinggi di negara ini. MR dapat mengecam lapisan bakal pewaris kepimpinan alaf baru. Mereka terdiri daripada yang mencintai Islam dan perjuangan jihad. Sekatan ke atas mahasiswa/i yang gemar memantau laman reformasi juga adalah antara isu yang mesti diperbesarkan. Bukan sekadar membataskan Harakah, sekatan untuk menggunakan kemudahan internet sudah dimulakan di beberapa IPTA di negara ini.

Antaranya mungkin di pelopori oleh Prof. Dr. Mohd. Fauzi Basri, Naib Canselor UUM, Sintok. Beliau antara karat biru UMno, justeru mendapat didikan awal oleh bapa seorang bekas SC. Kg. Belanja Kiri, Parit yang menjadi tempat kelahiran beliau sudah pun menerima Ustaz Mohd Basir Rahmat sebagai Ahli Parlimen Kawasan Parit dan Dr. Faizol Fazli sebagai ADUN Belanja. Anihnya Dr. Fauzi Basri masih angkuh dengan keUMnoannya.

Perbuatannya yang bersekongkol dengan agenda pemerintah yang zalim menerima tentangan segelintir pelajar yang berani di UUM, Sintok. Lantaran sudah lali dengan cara yang sekular, Prof. Dr. Mohd Fauzi Basri yang bertanggungjawab memanjangkan pinjaman pendidikan mahasiswa/i, kerapkali 'cuai' dan alpa dalam tugasannya. Beliau lebih gemar melihat kesalahan anak didiknya dari melihat kelemahan dirinya sendiri.

Prof. Dr. Mohd Fauzi Basri lupa asal usulnya dan kehidupan melarat siswa-siswi hari ini. Beliau lupa di zaman persekolahannya, beliau terpaksa melalui keperitan kehidupan sebagaimana mereka lalui   waktu ini. Justeru itu janganlah dengan sewenangnya menzalimi mereka dengan menyekat wang pemberian pinjaman pendidikan atas apa jua alasan.

Saya pasti Prof. Dr. Mohd Fauzi gemar berbudi. Namun janganlah disebabkan nila  setitik akan menjadi rosak susu sebelanga. Perbuatan seumpama Prof. Dr. Fauzi   di atas meskipun kecil, namun ia amat  besar di sisi para siswa dan siswi. Rungutan itu jelas sampai ke meja MR dan sedikit sebanyak perlu disentuh kali ini.

Ia untuk satu kelainan setelah disogok (hingga termuntah) pencalonan kabinet baru parti UMno di bawah kepimpinan Mahazalim. Jika diamati ... memang manusia tak malu untuk meminta dirinya dicalonkan sebagai apa saja yang tidak layak baginya!

Polong Cyber
13 Mac 2000