|
MAHATHIR BEGITU GEMENTAR TERHADAP GLOBALISASI, MENGAPA?Minggu lalu Minda Rakyat menulis perkara yang tidak menyentuh soal globalisasi. Isu kematian Fendi masih diperkatakan oleh penduduk sekitar daerah Perak Tengah, walau pun isu ini sudah padam dari arkib media perdana. Walau pun begitu, saya tidak dapat mengelak dari menulis sesuatu tentang kematian. Kematian adalah sesuatu yang pasti, tidak dapat tidak suatu hari kita akan bertemu dengan kematian. Namun apakah kematian kita sesuatu yang dinantikan oleh sesiapa atau ditangisi oleh insan semua? Maklumbalas di Laman Reformasi Mahazalim berhubung undian 'di manakah Mahathir layak dikebumikan' secara 'direct' membawa erti bahawa kematian Mahathir memang dinantikan. Ia bukan menjadi sesuatu yang disegani lagi untuk seseorang meluahkan perasaan yang membungkam di hati angkara kezaliman yang mencengkam seluruh kehidupan ini. Hinggakan sudah ada yang berani mahu mengkebumikan Mahathir di Kerralla, India. Justeru itu semakin gementar Mahafiraun bercakap tentang globalisasi. Mengapakah Mahafiraun itu begitu gementar? Beliau hanya seorang Perdana Menteri, bukan ahli korporat atau perniagaan? Jika benar beliau prihatin terhadap golongan korporat dan ahli perniagaan sehingga beliau begitu membenci globalisasi ekonomi, mengapa beliau tidak prihatin terhadap rakyat marhain yang terkapai-kapai antara globalisasi dengan sesuap nasi?
Mahafiraun dikatakan akan mengetengahkan keraguan negara-negara membangun terhadap kesan
globalisasi pada sesi ke-10 Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai
Perdagangan dan Pembangunan (Unctad X) di Bangkok minggu depan. Soalnya adakah percakapan
yang dirancang oleh Mahathir itu mengambilkira kepentingan rakyat Marhain? Mengapa
Mahafiraun begitu beriya-iya mempertahankan sekatan terhadap ekonomi agar ia tidak menjadi
sesuatu yang global?
Ku Li kata, tanpa pertandingan dan perubahan pada pemilihan parti Mei ini, Umno boleh menjadi beku dan mati. Soalnya apakah Mahafiraun itu peduli Umno mati atau tidak. Ku Li menambah memang sudah menjadi lumrah alam perlu berlaku perubahan, kerana pokok pun mati dan akan berganti. Nampaknya minda dan pendangan Ku Li mewakili sebahagian ahli Umno lain, yang mempunyai selera yang berbeda. Tidak sebagaimana yang diwar-warkan oleh Majlis Tertinggi UMno. Tidak sama seperti yang dilaungkan oleh pimpinan seperti Rais Yatim, Hishamuddin Hussein dan Rafidah Aziz. Selera Ghaffar Baba juga tidak sama. Ini semua ada kaitannya dengan kematian. Apabila menyedari bahawa semakin lama kematian semakin mendekatinya, Mahathir menjadi semakin cemas. Pegangan dan penguasaan kroni dan suku sakatnya dalam ekonomi negara masih terbuai dan tergawangan. Belum berpijak lagi di bumi nyata walaupun sudah acapkali beliau meyakinkan pemulihan ekonomi, namun pasaran saham masih beku dan kaku. Seperti tidak meyakinkan. Apa lagi mahu bercakap sesuatu yang global. Globalisasi bererti Mahathir akan melepaskan segala penguasaannya terhadap perubahan ekonomi negara. Cengkaman diktatornya terhadap ekonomi akan lucut sedangkan kerugian yang dialami oleh kroni dan suku sakatnya masih belum tertebus. Kematian pula semakin hampir. Mahathir semakin cemas. Harga barangan di pasaran terus meningkat. Harga tiket bas juga meningkat. Harga tambang teksi semakin meningkat. Apa lagi di musim perayaan sebegini. Apakah Mahathir mahu bercakap soal ini? Media mencanangkan sambutan tahun baru Cina berlangsung dalam keadaan meriah. Tetapi harga makanan 'istimewa' orang-orang Cina juga sudah meningkat. Dari RM2 - RM3 sekilo sebelum pembunuhan 'beramai-ramai' kira-kira setahunn lalu akibat wabak JE, kini harganya di pasaran sudah mencapai RM10 sekilo. Malahan menjelang hari sambutan tahun baru ia meningkat ke RM15 sekilo. Hampir semua harga barangan di dalam negara sudah meningkat naik. Ini adalah ekoran langkah kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji perkhidmatan awam April ini. Semakin meningkat harga barangan bererti semakin tipis peluang kita membeli sesuatu barangan. Ini sama dengan kita perlu mengecilkan nafsu dan mengimpiskan perut. Ertinya kematian semakin menjadi nyata. Kematian semakin mencengkam sesiapa. Jika majoriti rakyat Marhain akan menghadapi kematian disebabkan kebuluran, maka apakah alternatif yang lebih wajar selain Mahathir perlu dikorbankan agar nasib rakyat marhain terus mendapat pembelaan. Tat Kean, Selamat Menyambut Tahun Baru! Polong Cyber |