|
KEMATIAN: ANTARA YANG DINANTI DAN DI TANGISIMarilah kita mulakan perbicaraan kita kali ini dengan berselawat dan beristighfar. Kita mulakan dengan keinsafan bahawa kehidupan ini akan ke penghujung jua akhirnya. Minggu ini juga kita gemar berbicara tentang mati. Bukan sekadar menangisi pemergian seseorang yang kita sayangi dalam hidup ini, sebaliknya ada yang berdoa mengharapkan sebuah kematian. Tidak anih begitu. Kita digalakkan berdoa, "Ya, Allah ya Tuhanku, Engkau hidupkanlah aku jika kehidupan ini baik bagiku, dan engkau matikanlah aku jika sesungguhnya kematian itu baik bagiku". Kematian datang dan pergi. Ada kematian yang ditangisi dan ada kematian yang dinanti. Kematian itu ditangisi seandainya yang pergi itu insan yang hampir dan kita sayangi. Keperibadian, keilmuan dan takwanya kepada Allah amat kita hargai. Namun itu sekadar simpati dan bukannya berlebihan. Sebaliknya ada berita kematian yang membuatkan hati kita berasa lega. Hilang segala keresahan yang melanda. Mungkin jika yang pergi itu insan durhaka, penzalim dan pemusnah kepada segala kehidupan. Insan yang bermuka-muka Islam berhati Yahudi. Insan yang durhaka kepada Allah, kepada Nabi. Insan yang mencerca ulama. Insan yang memperlecehkan Islam sebagai 'addin' yang melengkapi semua bidang kehidupan. Insan yang hatinya kepada dunia dan enggan kepada akhirat. Mungkin jika insan itu seorang yang penting kepada kita tetapi melingkari kehidupan kita. Tidak mampu kita singkirkan dengan mudah kerana beliau menguasai kita. Menekan kehidupan kita. Menzalimi hati nurani kita. Maka insan sebegini, berita kematiannya kita sambut dengan menarik nafas lega kerana pemergiannya melepaskan ikatan kezaliman, meleraikan segala penindasan, membuka ruang keadilan dilaksanakan. Amat menyentuh hati saya untuk berbicara dalam Minda Mingguan kali ini apabila saya menerima email ini yang saya sisipkan di sini untuk perhatian dan renungan anda semua. "Saudara Webmaster, Izinkan saya berbicara tentang perbuatan orang kampong terhadap ahli Parlimen Parit, Ustaz Mat Basir. Saya mengenai beliau bukan baru. Malahan saya adalah bekas anak muridnya. Ketika itu saya menuntut di sebuah sekolah menengah di bandar Parit. Ustaz Mat Basir seorang yang pendiam tetapi periang. Keperibadian beliau amat disenangi oleh semua guru di sekolah tersebut. Selang dua tahun Ustaz Mat Basir bertukar ke salah sebuah sekolah menengah ternama di bandaraya Ipoh. Selama saya mengenali Ustaz Mat Basir, beliau memiliki keperibadian tinggi. Ilmu ugama yang dimilikinya disebarkan secara diplomatik dan beliau amat berhati-hati, bimbang menyentuh perasaan dan hati insan lain. Sikapnya itu membuatkan beliau disenangi. Beliau juga gemar memakai songkok hitam dan sentiasa bercakap atas dasar Islam. Setelah beliau bertukar saya dan Ustaz terpisah begitu lama. Tiada khabar berita. Berbelas tahun lamanya perpisahan itu akhirnya pertemuan bertaut kembali apabila saya mendapat tahu beliau sudah menjadi ahli Parlimen dan kemenangan itu tidak pernah saya duga kerana beliau bertanding di atas tiket PAS. Ini bercanggahan dengan pendirian seluruh ahli keluarganya yang amat 'pekat UMNOnya'. Wak San Jawa siapa tak kenal di kampong itu. Malahan tiada kecuali walau seorang pun dari kalangan keluarganya yang merestui Ustaz Mat Basir bertanding atas tiket PAS. Tapi Ustaz Mat Basir disukai oleh penduduk Islam bukan dibenci oleh anggota keluarganya yang teramat pekat UMNOnya. Mereka amat rindu mendengar ucapannya. Bacaan Quranulkarim yang seringkali diperdengar mengubat kerinduan mereka pada insan itu. Ayat suci yang diperdengar hingga menusuk kalbu. Seringkali yang terluka, terubat kelukaannya. Mereka menitiskan airmata keinsafan apabila mendengar ucapan beliau yang mengajak kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Penduduk Perak Tengah dari Tanjung Belanja hingga ke Lambor semuanya kenal dengan Ustaz Mat Basir. Justeru itu tidak hairanlah beliau menang dalam pertandingan itu walau pun memang diketahui pilihanraya umum negara penoh dengan kekotoran dan tipu helah. Kini Ustaz Mat Basir adalah seorang ahli Parlimen. Beliau gemar melawat ke serata kampong dalam daerahnya bertemankan dua ADUN yang berada dalam Parlimen Parit. Dr. Faizol Fadzli dan Kapten (B) Usaili. Mereka pernah menunggang motor secara berasingan membuat lawatan ,menemui rakyat terutama yang tinggal di pendalaman seperti Titi Gantung yang belum menerima kemajuan jalanraya. Jalan sawah di situ masih berlumpur dan amat sukar dilalui dengan kenderaan besar melainkan motosikal. Tiada salahnya Ustaz Mat Basir menyempurnakan bacaan Talqin Affendi. Abu Hassan Affendi adalah seorang pendakwah. Beliau lulusan Universiti Pakistan dan baru pulang ke pangkuan negara sekitar 10 tahun lalu dalam usia paling muda. Affendi yang dituduh sebagai 'penjenayah' dan perompak adalah mustahil bagi keluarganya, mahupun sahabat handainya. Termasuk saya yang mengenali Affendi sejak dibangku sekolah walaupun kami bukan seusia kami pernah bermain sepadangan. Bermain bola sepak di hari cuti sekolah. Affendi juga teman saya. Kami mengenali hati budinya. Kami tidak menerima hakikat yang seorang warak seperti Affendi adalah seorang perompak yang dikehendaki. Beliau ditembak dengan kejam oleh anggota polis yang kununnya bertugas menjaga keselamatan negara. Disisi kami, Affendi adalah syahid pendakwah yang mati dalam perjuangannya. Hari itu hari Jumaat menurut perkiraan orang tua-tua, walau pun ianya petang Khamis. Malam Jumaat Affendi akan disemadikan. Jasadnya sudah dimandi dan akan disembahyangkan. Ustaz Basir mengimamkan para jemaah yang hadir. Ustaz Basir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Ustaz Basir bacakan talqin untuk didengari oleh mereka yang mengiringi Affendi. Sungguh sayu suasana petang itu. Masing-masing yang hadir tidak dapat menahan airmata dan menerima hakikat Fendi sudah pergi. Fendi disayangi keluarga dan sahabat handainya. Fendi disenangi oleh rakan seperjuangan. Tapi Fendi sudah pergi. Ustaz Basir iringi pemergian Fendi hingga ke liang lahat. Mengapa Ustaz Basir dituduh bersubahat dengan perompak?. Mengapa Ustaz Basir dianggap shbahat dengan penjenayah? Ustaz Basir seorang Ahli Parlimen yang berwibawa. Saya percaya tiada seorang ahli parlimen UMNO yang mampu melakukan apa yang Ustaz Basir lakukan hari itu terhadap jenazah Fendi. Hamid Othman, Yusuf Nor. Wan Mokhtar jauh sekali. Memang UMNO tidak memiliki ahli Parlimen yang bertaraf ulama. UMNO bukan mahu ulama. Ulama mereka buang jauh-jauh. Namun di sekitar suasana perkampongan UMNO heboh mengatakan Ustaz Basir bersubahat dengan penjenayah. Termasuklah kalangan ahli keluarga Ustaz yang 'pekat UMNOnya' itu. Mereka menghina Ustaz Basir dengan perkataan paling hina pernah didengarinya. Ustaz Basir memang seorang yang penyabar. Perjuangannya menerima tentangan keluarga tapi beliau yakin dengan perjuangan PAS. Maka beliau tampahkan iktikad dan perjuangan untuk membela Islam. Kata Ustaz Basir hanya PAS yang mampu dan ikhlas berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia. Saya kagumi Ustaz tetapi amat bersimpati dengan beliau. Kepada penduduk Kg. Sadang, Sungai Korok, Pasir Gajah dan Tangjung Dedalu, hentikanlah menghina Ustaz Basir begitu. Fendi sudah pergi. Ustaz Basir hanya menunaikan kewajipannya sebagai seorang Islam. Lagipun Fendi bukan manusia hina. Beliau juga seorang ustaz. Beliau hafiz. Ilmu Fendi sungguh mendalam tentang Islam. Tapi Tuhan lebih menyayangi Fendi. Fendi sudah pergi. Hentikanlah fitnah dan penghinaan terhadap Fendi, juga terhadap Ustaz Basir Rahmat. Saya minta webmaster sampaikan pesanan ini kepada seluruh warga Parit. Insaflah, bertaubatlah!! Mr. Canggih Demikiaanlah berakhirnya satu episod dalam sejarah penghidupan hari ini. Nampaknya benarlah sebagaimana yang pernah kita war-warkan bahawa kematian Abu Hassan Affendi Mohd Hamzah yang pernah dituduh perompak dan penjenayah itu sebenarnya syahid. Demikian kematian yang kita tangisi. Minggu ini 'berita kematian Mahathir' menghiasi Laman-laman Reformasi. Walau pun berita itu tidak benar, namun hakikatnya ramai yang menarik nafas lega 'kununnya' Mahathir sudah pergi. Bukan semudah itu tuduhan dibuat. Ia mungkin satu perencanaan insan yang bermuka Islam, berhati Yahudi. Apa lagi mahu menggambarkan buruknya PAS dan buruknya perjuangan Islam, melainkan wadah itu 'kununnya' dihiasi api fitnah. Sebenarnya fitnah paling besar ialah 'perencanaan yang memburuk-burukkan perjuangan Islam'. Fitnah yang memburukkan ulama dan tuan guru. Tak perlu dicanang atau dihebohkan. Allah tahu niat anda. Bertaubatlah!!! Polong Cyber |