RAKYAT MESTI SEDIA TERIMA KENYATAAN
|
ANWAR AKAN TETAP DIPENJARA!!! |
Saya merupakan salah seorang pendakwa yang terlibat dalam pendakwaan
ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim semenjak kesnya mula dibicarakan pada tahun
lepas. Tujuan saya menulis di sini ialah kerana tidak tahan lagi dengan tekanan jiwa
yang saya alami semenjak melakukan tugas yang benar-benar dipaksakan ke atas kami.
Jiwa saya benar-benar tertekan dan berada dalam dilema kerana saya sendiri selaku
orang yang mengenali secara dekat Dato Seri Anwar semenjak beliau masih TPM dahulu
mengetahui bahawa beliau memang TIDAK bersalah. Inilah akibatnya apabila politik
negara bertukar menjadi politik mafia.
Saya terpaksa dan dipaksa melakukan
pendakwaan keji ini kerana kaki dan tangan saya telah dirantai dengan rantai besi.
Orang awam yang tidak memahami undang-undang pun boleh mengetahui dengan jelas
bahawa segala keterangan dan penghujahan yang dikemukakan oleh pasukan peguam Dato
Seri Anwar begitu kukuh, tetapi oleh kerana hakim yang mengendalikan kes rasuah dan
liwat DSAI itu juga telah diikat tangan dan kaki mereka, maka kami terpaksa
melakukannya walaupun terlalu berat dan begitu berdosa rasanya. Saya terlalu lemah
untuk menghadapi ini semua.
Saya berharap rakyat tidak akan terkejut apabila
DSAI akan dijatuhi juga hukuman penjara kerana ‘kesalahan’ liwatnya itu.
Sebenarnya, untuk pengetahuan semua, segala fakta-fakta yang kami hujahkan di
mahkamah itu semuanya kosong dan hampas. Kami terpaksa memerah otak siang dan malam
untuk memenuhi nafsu PM yang mahu memastikan DSAI mesti dikenakan hukuman penjara
juga. Segala rayuan yang dibuatnya pasti akan ditolak. Kami sebenarnya mendapat
arahan secara langsung dari “orang-orang atasan” untuk memastikan supaya tuduhan
PM ke atas DSAI itu tidak akan sampai memalukannya (PM).
Setiap hari dan
malam sebelum tidur, jiwa saya memberontak dan menjadi tidak tenteram. Saya merasa
benar-benar berdosa kerana terpaksa membuat kerja-kerja kotor sebegini walhal saya
tahu DSAI bukanlah manusia yang keji dan jahat seperti yang dituduh oleh para
konspirator itu. Tetapi apa yang boleh saya lakukan ? Tangan dan kaki saya diikat
dengan rantai besi. Walaupun saya tidak redha sama sekali tetapi saya terpaksa juga
melakukannya. Saya berharap suatu hari nanti saya akan sempat memohon ampun dan maaf
dengan DSAI dan keluarganya sebelum ajal datang menjemput. Ya Allah, ampunilah
segala dosa-dosa aku.
Mr X, Jabatan Peguam Negara, Bangunan Bank
Rakyat, Kuala Lumpur. |
Nota webmaster: Email ini telah diterima beberapa bulan lalu. Ianya
disiarkan bagi rakyat menilai apakah dakwaan yang terkandung dalam email ini benar atau
sebaliknya. Sama-samalah kita menilainya apabila hukuman ke atas DSAI diputuskan nanti ...
|