|
Koleksi
E-mail Pengunjung Penulisan Marhain Tua
From: Baharuddin Baba To: Marhaintua@hotmail.com Subject:
Artikal tak boleh buka Date: Sun, 05 Mar 2000 16:29:54 +0800
Assalamualikum
MT.
Saya telah lama mengikuti tulisan MT. Bandingkan cara penulisan, mungkin
MT telah berumur dan mempunyai banyak pengalaman dari apa yg telah disuratkan. Mungkin
sama-sama berjuang dengan arwah bapa saya. Kerana jalan ceritanya serupa dengan apa
yang emak dan bapa pernah ceritakan pada anak-anaknya. Beserta kemungkinan situa
durjana akan bermain kotor pada bangsanya, agamanya dan tanah airnya, saperti yang
pernah emak saya beritahu pada hari pertabalan nya sebagai Pie Emm 19 tahun yang
lalu. Ibu memang tak pernah sabulu dengan nya sejak dulu.
Sekarang kedua
mereka telah tiada, tetapi hasrat mereka kini cuba dicapaikan oleh anak-anaknya
melalui penerangan dan tazkirah agar berwaspada dengan boneka-boneka yang ada di
persada. Kalau meraka berdua masih ada, tentunya jiran tetangga, saudara-mara dan
sahabat handai akan berkata, "betul kata chegu dan makcik berdua,
kenapa kami tidak dapat melihat nya sabelum ini." Yang selama ini mereka-mereka
inilah telah menemplak akan ibu bapa ku berdua dengan berbagai kata dusta.
Sekarang
satu kampug dah bertukar nakhoda, Nakhoda baru yang sudah pasti membawa manusia
kejalan Allah yang diredhaii bersama-sama berjuang menegakkan Agama yang suci murni.
Begitu
berkesan akan jampi dan serapah akan orang yang de persada. Hampir semua mudah dan
telah percaya.
Ibu bapaku adalah pejuang yang sejati, bapa bersama-sama
dengan Tun Ghafar yang masih hidup memperjuangkan nasib bangsa dan terutamanya,
BAHASA dan Agama. Tetapi itu dulu, dimasa mereka terpaksa "di-paksa untuk
menerima Jawatan". Dan ibu pula, tidak berpelajaran dan tidak pernah ke
sekolah, tetapi mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi, bekerja
keras di balek tabir, menyediakan teh dan kopi, nasi dan meehun untuk para pejuang
bangsa yang tak pernah kira penat dan leteh. Memberi semangat juang kepada para
jejaka mereka. Sehingga boleh mengenal pasti yang mana intan dan belian dari
batu-batu yang bertebaran. Walaubagaimana pun ibu dapat melihat sedikit sandiwara
situa durjana dan itulah yang di katakan berulang kali kepada anak-anaknya, lihat
dan saksikan lah apa yang ibu pernah kata dari dulu hingga kini.
Dan kini ibu sudah tiada, tapi
kata-katanya saperti kata-kata hikmat pada anak-anak nya..
Tetapi, semua
senario telah berubah, cerita saperti itu sudah menjadi sejarah. Dan kini, sejarah
akan berulang. Walaupun disebalik perbezaan masa yang agak lama, asas perjuangan nya
hampir sarupa. Serba kekurangan, dari semua seginya.
Ini lah sadikit coretan
rasa, satelah membaca penuh akan ketiga puluh siri yang "MT" nukilkan.
Saya tak pandai nak berbicara panjang. mungkin dapat dimenafaatkan akan nya.
InsyaAllah.
P/S- artikal "Apabila rakyat mula resah & gelisah"
tak boleh buka, untuk perhatian!
Wassallam. anak pejuang
Jawapan MT
Saudara Baharuddin.
Terimakasih
di atas warkah anda. Syukur saya ke hadrat Illahi bahawa dalam keluarga anda ada
warisan ibubapa kamu yang sanggup menyambung semangat pejuangan orang tua. Memang,
saya seangkatan dengan ibubapamu. Malahan saya pernah berjam-jam dan
berminggu-minggu berbincang dengan Pak Ghafar ketika dia sudah tidak ada dalam
kabinet Husein Onn. Itu cerita dulu dan sekarang kita berdepan dengan cerita baru.
Kini, cerita kita ialah menentukan Bangsa Melayu tidak menjadi bangsa terpinggir di
buminya. Inilah cerita perjuangan kita yang dibayangkan oleh ibu anda dulu. Inilah
perjuangan baru yang cuba saya tanamkan semangatnya ke dalam jiwa generasi anda.
Inilah perjuangan saya setakat yang termampu menyambungkan harapan dan motivasi yang
pernah ditiupkan oleh orangtua anda dulu dan mereka yang seangkatan dengannya.
Inilah perjuangan yang termampu saya kemukakan melalui penulisan yang diharapkan
dapat menjadi perangsang bangsa agar berjiwa kental dan bersemangat juang untuk
menegakkan keadilan secara bertaqwa kepada Illahi.
Jawapan ini dikenenkan
dulu kepada para Webmasters oleh sebab masalah teknikal dan keselamatan jua.
Alangkah aibnya fenomena ini kerana kita sebagai anak Melayu serumpun bangsa
terpaksa berhati-hati berbincang akan sesuatu yang amat rapat di kalbu kita, dan
takutkan pihak diktator mengesannya?
Saya panjatkan doa dan bacakan Al
Fatihah kepada arwah ibubapa mu kerana telah berjasa besar kepada bangsanya dengan
menanamkan semangat juang kepada dada anak-anak mereka. amin!!! |