KOLEKSI EMAIL PEMBACA MINDA DAN BUDI 2
From: "Zack Zorro" <babylonspider@hotmail.com>
Assalamualaikum....
saudara
yang budiman,
Boleh tak saudara e-mailkan kepada saya setiap tulisan/rencana
saudara itu ke dalam e-mail saya. Saya sebenarnya saya amat tertunggu-tunggu tulisan
saudara. Pagi ini saya membaca tulisan saudara bertajuk 'ADA GENDANG ADALAH
TARIANNYA'. Saya terasa terkilan kerana saya tak dapat tulisan itu dalam e-mail saya
seperti yang selalu saudara e-mailkan kepada saya. walaubagaimanapun saya dah
savekan kedalam fail saya. Saya amat mendoakan agar saudara akan sentiasa mendapat
ilham dari ALLAH SWT dalam membuat penulisan yang hebat. Boleh tak saudara e-mailkan
kepada saya semua tulisan/rencana yang saudara pernah tulis dalam website reformasi
itu kepada saya kerana saya ingin nak compilekannya kedalam CD. Saya amat berharap
supaya saudara dapat mempertimbangkannya.
Saya juga berharap supaya saya
boleh menjadi salah seorang rakan maya yang baik kepada saudara.
Wassalam.
Saudara, Terimakasih. Sebenarnya
saya sedang menghubungi saudara melalui cyberkafe kerana komputer saya kena hack
dengan dahsyatnya. Namun, setiap yang baik itu datangnya daripada Allah semata-mata.
Kita mesti bersabar. Saya ingin mencadangkan kepada saudara disebabkan maslaah yang
saya alami sekarang ini saya ingin mencadangkan agar saudara membuka beberap website
yang menyimpan segala arkib penulisan saya dengan amat baik sekali. Saya amat bangga
dengan niat ikhlas mereka itu.
Saudara boleh buka Tranungkite di laman
Penulis Cyber. Di Laman Reformasi Pendidikan terdapat hampir semua penulisan saya di
bawah tajuk 'Titipan Marhaintua'. Di Laman Mindarakyat2.tripod.com ada satu arkib
penulisan saya di bawah Minda dan Budi. Bukalah semua laman web ini dan kumpulkanlah
penulisan saya itu. Semuanya dikhazanahkan kepada bangsa dan negara.
Semoga Allah memberkatai saudara seisi
keluaraga. Wassallam.
From: Jamil Haji Harun <jamilh@pc.jaring.my>
Terima
kasih dari saya dan semoga tulisan saya itu dapat mengisi kekosongan jiwa reformasi
...kepada semua rakyat yang cinta dan dahagakan keharmonian sila lah lakukan niat
saudara dengan izin....... Alhamdullilah yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu
dari saya......
Assalamualaikum..
Saudara,
Terimakasih dengan warkah anda. Saya menjawabnya daripada Kafesyber kerana komputer
saya pun kena hack sekali lagi. Kalau ada sumbangan yang lain, silalah hantar terus
kepada website yang sedang menyiarkan penulisan saudara itu. Memang bangsa kita
memerlukan input daripada saudara. Selamat berjuang. |