|
ULAMAK UMNO SEDANG DIPERANGKAP “KEBENDAAN & NAFSU”
Jika di zaman Penjajah, kita dapat lihat segelintir orang Melayu dilantik
menjadi pemimpin semata-mata kerana mereka ‘sebulu’ dengan Penjajah. Hari ini:
Tidakkah Mahathir Mohammad juga bersikap sama seperti penjajah hingga orang Melayu yang
bergelar Pemimpin adalah terdiri dari pilihannya sendiri? Dalam kebingungan, si tolol
seperti Ibrahim Ali pun digelar Menteri!!?
Malangnya, yang cerdik telah terpukau
dengan gejala “emas sebahara” hingga mudah diugut dan perkutak-katikkan mengikut suka.
Kepalanglah Rasuah dan dungunya orang Melayu. Mujur bukan semua!!
Kita TIDAK
menyangka Abdullah Bedawi dan Hamid Albar sanggup berbohong sekongkol dengan Yahudi. Kita
tidak sangka Najib Tun Razak melupakan perjuangan gigih arwah ayahnya.
Makin kita
tidak percaya Hamid Othman, Yusof Nor, Hamid Zainalabidin, Zainal anak Melor, Wan Mokhtar
ulamak UMNO – bermati-matian memujukkan rakyat memperakukan “yang mungkar sebagai
benar..!! “ Sekarang Duski Ahmad masok kantong pula. Dusuki adalah mangsa terkini.
Hari
ini terbuka seluruh pekong UMNO “BARU”. Rupa-rupanya UMNO “Baru” telah
diperalatkan oleh Mahathir Mohammad dengan menggunakan “Barua-baruah” terpilih!! Maka
jadilah UMNO “Baru” sebagai UMNO “BARU(A)”. Alangkah jijiknya pekong ini menempek
muka 10 juta orang Melayu!! Satu dunia mentertawakan orang Melayu..!!
Mahathir
(yang berketurunan sama se darah dan se kulit dengan Raja Mandeliar dan si Kitul)
mengimbau umat dunia di PBB mencemuh orang Melayu dan penganut Islam di negara ini!!
Bagaimana
tidak? Saban hari – sejak setahun yang silam, Mahathir Mohammad (Presiden UMNO Baru (a)
dengan ceria, megah dan bongkak-sombong mencerca orang Melayu, mempersendakan ugama Islam
anutan orang Melayu. Orang Melayu diperkononkan lagi, bahawa orang Islam di negara ini
adalah fundamentalis totok hingga sanggop membuang TV ke sungai..!!
Apa yang
dimaksudkan Mahathir membawa pengertian kepada umat bertamaddun dunia bahawa orang Melayu
di negara ini tidak lebih dari “semang-jakun” yang serba mundor, tidak punya budaya,
masih kuno tanpa kemampuan menghayati tamaddun walaupun telah 42 tahun Merdeka!!
Padan
juga Mahathir mahu jadi Presiden UMNO sampai mati, sebab orang Melayu TIDAK mampu
mentadbir diri dalam satu Barisan!
Itulah sikap “betrayal” seorang Perdana
Menteri yang diagung-agung DAN dilanti-sanjung oleh pemimpin UMNO “Baru(a)”. Maka
tepatlah kata pemikir: “There is no home for a leader who betrayed his people. His faith
hangs on the mercy of those whom he betrayed”.
Kerana itu, orang Melayu telah
mengalih keyakinan supaya PAS/BA memperjuangkanlah KEMERDEKAAN kita buat kali Ke-2. Hanya
PAS/BA yang mampu menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIAMAN ini!
Selamatkanlah
Bangsa, Negara dan Ugama kita.
Haji Musa, Alor Setar – KEDAH.
|