MISI BULAN MEI: RAKYAT MAHU UMno BERSALIN ISI DAN KULIT

Ada segelintir pihak dalam kepimpinan UMno yang cuba mematahkan hasrat dan usaha pemimpinan UMno Peringkat Pertengahan yang menyedari Rakyat mahu Tengku Razaleigh memecahkan kebuntuan ‘demokrasi’ dan ‘malapetaka’ yang sedang menimpa UMno sekarang (dibawah pentadbiran kuku-besi Dr. Mahathir).

Mereka telah menamakan beberapa orang yang akan merosakkan UMno lagi. Selain dari Dr. Mahathir dan kelompoknya yang berKONSPIRASI (nama mereka semua orang tahu); sekarang sudah menjelma pula nama-nama seperti RAIS YATIM dan MUSA HITAM yang ikut sama berkomplot dengan memainkan peranan “sokong membawa rebah” kepada Abdullah Ahmad Bedawi.

Dalam diam-diam pemimpin Peringkat Pertengahan di Kelantan, Terengganu, N. Sembialn, Pahang dan Kedah (beberapa bahagian di Selangor, Melaka dan Perak); telah hampir sebulat suara menyokong Ku Li menentang Dr. Mahathir. Bagi mereka, alang-alang menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Mereka HANYA akan SOKONG Ku Li jika beliau sanggup menentang Dr. Mahathir. Jika jawatan lain, mereka tidak akan bersama-sama Ku Li. Itu adalah amanat. Hanya itu jalan terbaik untuk perpaduan Melayu. Bukan seperti saranan Mahathir, Abdullah atau sesiapa jua, kononnya Pertandingan membawa Perpecahan. PEMBOHONG!!

Pemimpin Peringkat Pertengahan sudah serik. Mereka memutuskan tidak mahu UMno menderita malu alah lagi. Penderitaan UMno terlalu parah. Sebab Mahathir punya angkara, seluruh orang Melayu dipandang HINA oleh seluruh kaum di negara ini. Dunia mencemek orang Melayu!! Mahathir bangga kerana ia berjaya memecahkan solidariti orang Melayu.

Bukan kerana UMno kalah teruk dalam Pemilu ke-10 yang jadi soal, tetapi kedudukan UMno yang sudah merosot dari MCA juga menjadi sebab. Ini semua adalah angkar Mahathir. Masa depan UMno telah dibaca. Bagi pemimpin Peringkat Pertengahan, komponen Melayu dalam Barisan Alternatif adalah perancangan dan agenda “mega” Mahathir untuk memecah-belah orang Melayu. Sekarang Mahathir berpaling tadah kepada komponen BN yang lain!!

Rumusan: Dibawah Mahathir yang tidak lagi beretika sebagai pemimpin yang berwibawa, UMno lumpuh. Pemilu ke-10 adalah bokti nyata. Sementara itu, PAS sudah makin menyerlah dengan sokongan padu rakyat. Tetapi bagi mereka, itu tidak menjadi kudis. Masih orang Melayu. Orang UMno yakin, sebaik-baik Presiden bagi UMno dan sebaik-baik Perdana Menteri dalam BN ialah YB Mulia TENGKU RAZALEIGH HAMZAH. Tiada yang lain melainkan beliau. Mahatahir wajar di “write-off”. Patut “dibungkus” buang!!

Asas kepastian rakyat ialah, pertamanya Ku Li sudah berpengalaman bekerjasama dengan PAS dan DAP dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Pengalaman masa lampau banyak memberi pengajaran kepada beliau untuk bekerjasama dengan PAS, DAP dan KeADILan (dan mereka adalah orang DS Anwar dalam UMno). Pengembelingan politik tanahair akan lebih bersepadu.

Kedua, Ku Li tidak nampak memusuhi PAS dan DAP seperti perbandingannya Dr. Mahathir yang tidak pernah bermesra dengan PAS (entah kenapa – mungkin ada udang sebalik batu dengan puak YAHUDI antarabangsa?); telah mencerca PAS hingga Islam turut dicerca bersekali (di PBB). Inikah dia contoh seorang pemimpin penegak Islam? Islam apa?

Dengan itu, Dr. Mahathir WAJIB menebus dosa ini. Sokongan rakyat kepada Ku Li melalui pemimpin Peringkat Pertengahan adalah cara yang sesuai dan mengikut keadaan. Mahathir akan dipaksa menebus dosanya kepada orang Melayu, orang Islam dan Rakyat!!

Ketiga, Mahathir, Musa Hitam, Rais Yatim dan Abdullah Bedawi adalah “kambing-kambing hitam” UMno yang menjadi “budak suruhan” Mahathir. Mereka terang-terang menampakkan belang dari hari kehari. Mereka adalah belukang darat yang naik kedarat apabila air surut!!

Sikap Mahathir yang sudah dikutuk rakyat dan dunia, sejarah kekejaman Musa (Memali), kepetualangan TERKINI Rais Yatim membodek Mahathir membuta tuli, dan sikap dan kekejaman Abdullah Bedawi yang sekongkol dengan Mahathir menyiksa DS Anwar dan rakyat berdemo adalah faktor yang memusnahkan mereka untuk sebarang jawatan MKT. Mereka adalah agen-agen Pro-Diktator totallitarian ala Machiavelli alaf baru: Dr. Mahathir bin Mohammad.

Muka-muka MKT yang ada sekarang akan dihapuskan dan diganti dengan muka-muka baru. Setiap kenyataan akhbar mereka sedang diperinci.

Perundingan sesama pemimpin Peringkat Pertengahan telah berjalan. Senarai baru akan diketengahkan dengan menolak muka-muka yang ada “traits” sekongkol Mahathir sebagai PERASUAH, PENYELEWENG, ZALIM, PEMBODEK KAKI AMPU dan PENJARAH KONSPIRASI dan AGEN-AGEN KURAFAT..!!

Puak pemimpin UMno peringkat pertengahan tidak ada kepentingan diri. Bagi mereka, rakyat dan parti adalah diletakkan ditempat tertinggi. Kerjasama dalam apa jua bentuk wajib dirancang demi perpaduan Melayu sejagat. Kestabilan politik berada bersama DS Anwar. Ku Li sahaja yang insaf. Dan semngat “Perpaduan Melayu” ada bersama pemimpin BA (PAS, KeADILan, dll). Itu adalah bab ke-2 selepas ini. CUMA, setelah bersih dari segala “penyangak-penyangak”..!!

Kerana Dr. Mahathir selama ini berinspirasi untuk memecah Melayu, dan ini sangat bertentngan dengan amanat rakyat dan pemimpin Peringkat Pertengahan yang mahu..”SATUKAN MELAYU”; maka Mahathir dan kuncu-kuncu akan dinyahkan. Terpaksa; demi survival orang Melayu dan mengembalikan kedaulatan dan ketuanan Melayu.

Dan, untuk itu, sokong padu supaya Ku Li berhadapan dengan Dr. Mahathir adalah maudhuk utama agenda bulan Mei ini. Pemimpin Peringkat Pertengahan sudah bersiap sedia mengahdapi “Perpaduan” untuk membuang yang keroh dan mengerat-buang yang busok. Ketuanan Melayu, maruah Melayu di tangan orang Melayu, BUKAN Mahathir atau kuncu-kuncu jembalangnya. “Malam Jahanam” untuk mereka!!

Orang Melayu mahu ketelusan undang-undang dan pentadbiran, penghakisan total gejala rasuah mega, sikap dan dasar membelakangkan kepentingan Melayu, adalah agenda utama. Mahathir dan pemimpin sekarang tidak ada kemampuan dan tidak ada niat dan nawaitu seperti itu. Tidak nampak. Sebaliknya, inilah petualang bangsa yang mengkurafatkan budaya orang Melayu. Cukoplah 18 tahun orang Melayu tertipu bontang!!

Dollah Bedawi pula, untuk kesekian kali telah menafikan keperluan dan tuntutan orang Melayu. Beliau lancang mulut mencaci-maki bahawa orang Melayu adalah “Masyarakat SUBSIDI"”.!! Hebat sangatkah Abdullah ini? Inikah pemimpin Melayu harapan orang Melayu!! Jauh panggang dari api!! Bagai kacang lupakan kulit!! Belum ‘merangkak’ dah berlari? Malang!

Musa Hitam mungkin berminat meraih simpati dan cuba memancing pengaruh untuk menduduki kerusi MKT. Adalah dinasihatkan, janganlah Musa Hitam berangan-angan Mat Jenin!! Janganlah. Hapuskan dosa kamu di Memali. Beristighfarlah banyak-banyak. Nyawa yang terkorban sedang menuntut diadili di Uaumilmahsyar…!! Tunggulah..!!

Rakyat BENCI dan MNGUTUK habis-habisan “talam dua muka” seperti Musa dan kunco-kunconya (Rais Yatim, Dolah Bedawi dan beberapa orang lagi). Mereka akan dikubor dan DITALQINKAN. Karya politik mereka di ambang maut. Kalau tidak kerana Mahathir, mereka sudah lama lingkop!! Sementara waktu masa ada, berhemahlah kalian.

Pemimpin dalam Pemuda UMno dan WANITA juga, kali ini, akan tunjukkan kepada parti bahawa semangat ANWAR masih kekal dalam UMno. Pemimpin UMno mahu Anwar dibebaskan kerana sudah terbokti beliau hanya di FITNAH oleh Konspirasi Mahathir. Mahathir adalah seorang yang TAMAK dan atas segala-galanya “MAHATHIR SEORANG PENGECUT BONTANG”..!! Ramai yang sudah GILA BABI.

Bagi Pemimpin dalam Pemuda UMno dan WANITA, Dr. Mahathir adalah seorang “oppressor dan suppressor”..!! Itu bukan sikap dan etika seorang pemimpin lagi. Mahathir dikenali dunia sebagai “loose cannon”…!! Kali ini dia akan menembak diri sendiri.

Kebelakangan ini, bersama beliau beliau ialah RAIS YATIM, Musa Hitam selain dari Abdullah Bedawi (yang sudah ‘confirmed’ terrorist) dalam UMno. Beliaulah yang bertindak sebagai “pak turut” mengarahkan FRU membelasah anak-anak Melayu yang berdemo!!

Saranan Ku Li adalah hasil pengalaman pahit masa lampau dengan meneliti perasai ‘tipu helah’ Mahathir dan sekongkolnya. Kali ini, segala “tapis” tidak akan sejarang dulu. Pelandok lupakan jerat; TETAPI jerat tidak samasekali.

Bulan Mei akan membawa PEROBAHAN TOTAL kepada UMno. Rakyat mahu UMno bersalin isi dan kulit. Melayu akan diperpadukan semula. Itu impian dan cita-cita orang Melayu.

LAWAN KU LI LAWAN!!


Amirul Hakim Hj. Osman,
Skudai. Johor Baru.