MUNGKIN DR. MAHATHIR TIDAK PEDULI ITU LAGI

Semua orang merasa, memang ada ruang perasaan yang kosong dalam masyarakat Malaysia di saat menyambut 42 tahun Kemerdekaan Negara tahun lalu. Jalur Gemilang seolah-olah seperti berkibar tidak semegah tahun-tahun silam. Kemerdekaan yang patut disambut meriah, tidak nampak dirayakan sehebat yang dijangka.

Bukan hanya karena suasana krisis ekonomi yang mengurangi kemeriahan peringatan itu. Memang ada beberapa persoalan masalah yang mengganggu dalam hati rakyat.

Lazimnya, kita memperingati hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun penuh kesedaran. Tapi kali itu, suasana dalam hati masyarakat Melayu khususnya, merasa bahawa seolah-olah mereka bersama-sama orang-orang yang sedang mencabul hak asasi mereka. Mereka sedang mengerang dalam kerusuhan hati dan ketidaktenagan jiwa yang kian memuncak.

Seolah-olah bagi majoriti rakyat, apakah makna Kemerdekaan itu jika pemimpin yang berteriak MERDEKA itu menafikan hak mereka? Rakyat kian mempersoalkan demokrasi yang makin meranap dalam laungan MERDEKA. Persolan itu makin wujud dan menghebat hingga menjadi persoalan akar yang berkrisis melanda ego “berbangsa” rakyat disaat itu.

Ketika perasaan rakyat inginkan satu kedamaian mulai meluntur, Regim Mahathir seharusnya mulai melakukan tindakan pasti untuk mencegah dengan membuka jalan bagi proses demokrasi dan keutuhan undang yang adil. Tetapi itu tidak nampak. Tidak ada!

Tindakan represif Regim Mahathir kebelakangan ini terus berjalan dengan menggunakan kekerasan pula. Kebebasan murni makin tidak jelas dan kian kabur; hingga melindungi kejahatan dan kebusukan yang tersembunyi dengan sengaja. Keadilan dan proses pengadilan yang sewajibnya independen (supaya mampu menembus sifat arogan pentadbirannya) masih menjadi-jadi. Peranan dan hak rakyat tidak nampak terpelihara.

Kesemua ini menyebabkan rakyat makin mempersoalkan, siapa sebenarnya memerentah mereka. Adakah mereka benar-benar Merdeka? Benar-benar Merdeka bagaimana?

Kelompok elit politik yang bergelar pemimpin Kerajaan pula makin tamak tidak ada perasaan sehaluan dengan rakyat. Mereka tidak responsif (jauh sekali dari akomodatif) terhadap fenomena yang berkembang dalam masyarakat (khususnya orang Melayu). Mereka seolah-olah tidak membuka mata atau memasang telinga.Malah, mereka makin jauh sekali dari menangkap realiti iklim sosial dan desakan rakyat khususnya orang Melayu.

Mereka mempersoal isu-isu Ketuanan Melayu, perakuan regim Mahathir terhadap Kedaulatan Raja Berperlembagaan, isu Pendidikan dan tanggungan Kerajaan, isu Kemuduhan awam, isu yang menjadi Dasar pengagihan ‘kek negara’, isu pembangunan orang Melayu dalam keusahawanan dan ekonomi, dll.

Rakyat makin menuntut supaya Regim Mahathir bersifat pragmastis dan dinamis. Rakyat menuntut supaya difahami apa yang sedang menjadi tujuan bersama rakyat. Ketika dunia terus berkembang maju, rakyat merasa Regim ini telah menyorot jauh ke zaman Feudal yang 500 tahun tertinggal kebelakang.

Kelengahan Regim ini memahami kemahuan rakyat menerbitkan pergeseran yang kian meruncing. Pastinya, keadaan itu akan membahayakan keseluruhan energi rakyat untuk dinamis. Dr. Mahathir dan sekuncunya tidak nampak menghormati hak asasi rakyat, walaupun demokratisasi rakyat adalah kunci peningkatan kesejahteraan negara yang sangat tinggi. Ia seharusnya adalah prioriti.

Dalam rangka itu, maka pendekatan-pendekatan yang bertentangan dengan hak asasi rakyat makin di pelecehi dengan pelbagai tekanan. Sebagai Dasar: seharusnya, ia wajib segera ditinggalkan; kerana, semua itu hanya akan meruntuhkan jiwa dan keluhuran rakyat terhadap Kerajaan yang mentadbir mereka.

Hal yang seharusnya digarap sebagi faktor terpenting (dalam usaha memantap dan meningkatkan penghormatan rakyat terhadap kerajaan) ialah rasa kebangsaan di masa depan. Sikap rasional dan kewibawaan kerajaan dimata rakyat harus jadi dukungan kedua-dua pihak. Malang sekali: Dr. Mahathir sebagai ketua Kerajaan tidak mampu, malah sudah memusnahkannya.

Rakyat sudah mulai mengukur. Penghabis kata, rakyat tidak menyukai beliau dan Regimnya lagi. Rakyat sudah muak hingga rasa benci yang meluap-luap makin nyata. Rakyat menuntut Mahathir menjelaskan kayu ukur untuk mengukur sejauhmana mandat rakyat terhadap kepimpinannya. Lebih-lebih lagi, perkembangan politik yang bergolak di seluruh negara sedang mengalami saat-saat perubahan dan krisis keyakinan yang drastik terhadap kepimpinan beliau.

Bukan rungutan rakyat itu tidak berasas. Masalah Korupsi, Nepotisma, Kronisma, Kezaliman dan Ketidakadilan, Kuku-besi ugut-mengugut, Pembohongan yang berterusan, sifat berlindung dibalik lalang sehelai, penipuan-bontang, dll. adalah real. Ia telah menelanjangi keserakahan Regim Mahathir.

Kerakusan kuasa beliau, kezaliman dan ketidakadilan makin mencengkam hati rakyat. Kerana demo adalah asas-asas bantahan yang halal, langsung ia menyebabkan demo-demo rakyat makin menghebat. Itu TIDAK boleh dianggap mudah.

Kepercayaan masyarakat dalam negeri maupun di luar negeri juga telah mulai luntur; lebih-lebih kerana sistem dan proses menerap kepercayaan dan keadilan telah hampir-hampir lumpuh dalam tempoh setahun yang lalu. (lihat pandangan NGO Hak Asasi dunia). Kritik-kritikan rakyat makin tedengar. Dan kritikan itu menunjuk ke satu hala, iaitu Regim Mahathir sudah jadi Regim “Buangan”.

Makin nampak bahawa persoalan kecil tadi telah mengembang menjadi persoalan politik yang membesar. perpecahan dikalangan rakyat selama ini adalah karena kesalahan dalam memahami semangat Kemerdekaan rakyat tersebut.

Dr. Mahathir tidak harus menenangkan keadaan dengan mengatakan kununnya ekonomi sedang tumbuh dan meningkat. Kerana rakyat di negara ini bukan “tikus-tikus” lapar yang cuma akan diam bila jatuh kedalam guni-guni beras. Rakyat negara ini adalah terjumlah rakyat yang telah mencapai tahap minda yang bertamaddun tinggi dan terpelajar. Mereka sudah melihat perkembangan dunia maju dan membandingkan.

Jika selama ini politik amnya telah mampu memperkokoh kesatuan rakyat menegakkan sebuah negara maju dan membangun; karenah Mahathir dan sekongkolnya dalam tempoh beberapa tahun ini telah meranapkan kesatuan itu, maka kemajuan itu sudah mulai tidak mendapat menyertaan rakyat.

Isu ketidakadilan di bidang politik, ekonomi, undang-undang dan sosial (hak asasi) telah mengancam kewibawaan Regim Mahathir. Akar dari permasalahan yang timbul selama ini adalah hasil dari salahurus bidang-bidang tersebut.

Ketidakadilan itu telah menyebabkan luntur dan hilangnya rasa solidariti rakyat untuk mendukung UMNO/BN seterusnya. Malahan, makin nampak UMNO sendiri sedang menjurus kehancuran yang sulit untuk dibaiki (walaupun Mahathir sudah tidak ada). Gejala penentangan terhadap UMNO (bukan saja terhadap Mahathir) sudah makin nampak. Itu jelas.

Sikap primordial (fundamental) yang memperlihatkan kesulitan individu dan masyarakat untuk mendapat perlindungan hak, kian ketara (kebelakngan ini). Kedegilan regim ini tidak mau melihat persoalan teras itu sebagai masalah yang membahaya politik negara seluruhnya; telah menyebab rakyat sudah berpaling muka dari parti kerajaan pimpinan Mahathir (UMNO/NM) kesatu arah lain. Pilihanraya ke-10 dapat dibaca.

Pasti, satu hari yang terdekat, para mempimpin UMNO sendiri akan merasa desakkan rakyat itu adalah benar. Kerana, kebenaran tadi merupakan hal mendasar (yang selama ini tidak disadari atau sengaja tidak mau difahami oleh para pemimpin Mahathir dan kuncu-kuncunya), jika dibiarlan semangat tadi pasti luntur (yang mana ia tidak seharusnya begitu). Maka waktu itu Mahathir akan terdedah dengan keadaan yang sangat-sangat membahayakan kedudukan politiknya dan UMNO/BN juga.

Dalam waktu begitu panjang (lebih 30 tahun), makin jelas bahawa parti PAS sudah berjaya melaksanakan satu urutan pendidikan politik yang berkesan dan berwibawa hingga mampu membangun semangat, kesedaran dan keinsafan, memberi harapan kepada orang Melayu. Sementara, UMNO pula sudah makin payah meyakinkan orang Melayu.

Apa yang seharusnya paling mencurigakan UMNO/BN (lebih-lebih lagi Mahathir sendiri), Rakyat bukan-Islam dan bukan-Melayu juga sudah mulai memahami pengertian pentadbiran Islam. Contoh keserasian rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Kelantan dan Terangganu makin merosakkan imej pentadbiran UMNO/BN yang mengendalikan Kerajaan Pusat. Perbedaannya maskin terpampang, walaupun cuba dipenyap oleh sorotan media perdana Kerajaan UMNO/BN. Mobiliti rakyat mengizinkan mereka melihat sendiri.

Sementara itu, wakil-wakil Barisan Alternatif di Parlimen dan Negeri sedang bekerja keras menunjukkan prestasi yang amat cemerlang. Rakyat makin merasai nikmat “menukar Kerajaan” (re: Terengganu, yang terakhir setakat ini).

Seperti yang dikatakan tadi, walaupun dimisalkan Dr. Mahathir sudah tidak menerajui UMNO lagi, parti itu tidak akan dapat meraih keyakinan orang Melayu; kerana: Kayakinan memerlukan jangkawaktu laluan proses pendidikan yang amat panjang sekali!! Mungkin UMNO makin terlambat jika Mahathir tidak juga disingkirkan Mei, 2000 ini.

Entahlah. Kita tunggu dan lihat dulu! Mungkin Dr. Mahathir tidak peduli itu lagi.

Prof. Dr. Mohd. Azil Sazuli, Ph.D (Cantab), London.
Bertugas di IPTA. KL