|
ORANG MELAYU HARUS BERJUANG DALAM KERANGKA POLITIK YANG
BARU
Tempoh dekad sebelum 50-an, nilai dan keyakinan politik orang
Melayu di negara kita adalah untuk mendepani musuh bersama (common enemy) yang
dinamakan “Penjajahan”. Yang paling ketara ialah orang Melayu, dengan
keseluruhan tekad dan tenaga sama-sama ingin mengusir British. Kepedihan hidup di
zaman Jepun mengajar mereka nilai-nilai kemerdekaan.
“Mile stone” yang
sampai kini dinostalgia ialah rapat umum “Anti MALAYAN UNION”. Hari ini, Dr.
Mahathir juga seringkali menyebut-nyebutnya dengan bangga (Tak taulah samada beliau
ada bersama-sama Allahyarham para pejuang ulung kita di Selangor Club; atau cuma
satu penyedap retorika saja).
Dengan itu, lalu berkembanglah cita-cita
bersama untuk mendirikan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Harapan orang
Melayu pada waktu itu cuma satu, iaitu “mahu memerdekakan negara ini”.
Dengan
itu, terwujudlah satu harapan menggunung semoga rakyat akan mengembeling dayausaha
fisikal dan mental untuk mengisi Kemerdekaan. Pengembelingan itu disealirkan dengan
tuntutan Pembangunan (harus ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas).
Tetapi,
setiap zaman membawa nilai berbeda. Era zaman penjahan membawa tumpuan rakyat
berhadapan dengan perjuangan Kemerdekaan. Diperingkat selepas mencapai Kemerdekaan
pula, terlahir tuntutan politik, ekonomi dan sosial yang berbeda-beda..
Tanpa
disedari kepimpinan Melayu di zaman awalan Kemerdekaan itu, orang Melayu terlalu
lama berkhayal menikmati manisnya nostalgia pekikan Kemerdekaan di Stadium Merdeka
itu. Ramai yang terlalai dan terlali. (maaf – kita harus memandang kedalam diri
secara kritis).
Dengan tercetuslah Peristiwa Mei 13, maka banyaklah mata
tercelik, terbuka buntang!! Maka bekejar-kejaranlah mereka mencari perlindungan
kerana sinaran cahaya keras yang terus memanah mata yang baru tercelik.
Dengan
itu, terwujudlah satu resolusi rakyat bagi membendung perkara yang jelas dan kerap
menjadi masalah, iaitu aspek ‘Ekonomi dan Pengagihan’ kekayaan negara.
Maka
terciptalah satu Dasar yang sangat murni. Dinamakan ia Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dalamnya terkumpul segala harapan rakyat, khususnya orang Melayu. Kerana orang Melayu
yang memerlukan pertolongan bagi peningkatan taraf sosio-ekonomi, maka
dipersetujuilah tanpa bantahan. Amat bagus. Itulah dia konsep Perpaduan Nasional
terulung!
Dengan terwujud dan dipersetujui bersama Dasar Ekonomi Baru itu,
diharap pengendalian yang rapi dijangka akan menyelesaian permasalahan rumit itu;
sekiranya ia dilaksanakan melalui satu daya dan kesungguhan yang matang.
Walaupun
segala-galanya nampak seolah-olah menjurus kepada keinginan untuk menjaga
keseimbangan, tetapi keprihatinan seorang pejuang anak bangsa, iaitu Sdr. DS Anwar
Ibrahim telah memberi beliau suatu kesedaran dan keinsafan. Beliau nampak (mungkin
ramai orang politik seangkatan dengan beliau tidak nampak atau pura-pura tidak
nampak); wujud faktor-faktor negatif yang memungkinkan inspirasi rakyat itu akan
gagal juga.
Dengan itu, beliau menyarankan keseimbahan pembangunan fisikal
dan material wajib diselarikan dengan kekuatan ciri-ciri penghayatan keugamaan
(khususnya Islam). Diyakini dengan itu, rakyat sendiri akan terlepas dari kesulitan
menjaga keseimbangan yang dinilai bermoral dan tidak bermoral.
Memang ini
memerlukan keyakinan diri yang kental dan usaha yang sangat gigih. Lebih-lebih lagi,
dalam gejolak manusia mengejar kebendaan dan kepentingan diri; beliau pasti
mengundang banyak musuh.
Namun, harapan rakyat terhadap prinsip kepimpinan
Sdr. Anwar itu amat jelas dan disokong penuh. Hajat baik dan unggul Anwar itu telah
disambut baik dan cuba dihayati rakyat banyak (khususnya orang Melayu). Seluruh
rakyat menyokong penuh penghakisan beberapa penyakit masyarakat yang buruk-buruk
seperti Rasuah, Penyelewengan, Kerakusan, Kehilangan pedoman objektif bernegara,
dengan harapan ia akan terhakis – walaupun diakui amat payah.
Malangnya,
apa yang berlaku kemudiannya amat menyedihkan. Anwar terperangkap diantara dua
“forces” yang berpanca. Di satu pihak ialah mereka yang ingin memperaktikkan
Rasuah, Penyelewengan, Kerakusan dan lain-lain keburukan. Di satu pihak pula adalah
sebaliknya. Yang akhir ini lah yang mendapat sokongan rakyat tetapi malang sekali ia
bertentangan pula dengan keinginan puak yang pertama.
Akhirnya kepanikan
mereka yang berdosa itu terus merancang untuk membuat honar. Mereka kian kehilangan
pedoman. Mereka terlalai dan terlali sekali lagi. Mereka lupa objektif bernegara.
Jika bagi Sdr. Anwar, musuh bersama sebenar itu ialah Rasuah dan Kronisma; malangnya
bagi sekelompok opportunis itu menganggap sebaliknya: BAHAWA musuh sebenar mereka
ialah ANWAR per se!!
Anwar berdegil melaungkan REFORMASI sebagai enjutan
mengembalikan maruah Dasar rakyat dan Negara. Kita merasa dan dapat melihat beliau
benar-benar berusaha untuk menyiratkan supaya cita-cita bernegara harus dicapai dan
kemudian mesti dipelihara dengan usaha bersungguh-sungguh. Sewajarnya lah mesti
bermula dari “Kepimpinan Melalui Teladan”.
Malangnya, ada pihak dalam
kelompok “Kepimpinan Melalui Teladan” itu yang menerajui puncak kuasa. Mereka
lebih arif bermainkan ‘kayu tiga’. Kelompok orang ini telah menciptakan
"hantu" bernama neokolonialisme-imperialisme. Mereka mencipta cita-cita
agung, kununnya untuk menjadikan negara salah satu pusat budaya dan kekuasaan dunia.
Malangnya orang itu ialah Dr. Mahathir, Perdana Menteri dan Presiden parti terbesar
UMNO – rakan kongsi, rakan seperjuangan Anwar.
Dr. Mahathir bermati-matian
mencipta pelbagai VISI umpama orang sedang berkhayal. Sumber rakyat dipergunakan
tanpa hemah, ketepatan waktu dan keperluan. Banyak yang dilaksanakan tanpa
mempedulikan cita-cita bersama yang sewajarnya yang memihak kepada rakyat. Banyak
sumber rakyat yang dihamburkan dengan mewarnakannya indah-indah bahawa itu lah dia
“Pembangunan ekonomi” (mungkin baginya, tapi tidak bagi rakyat).
Idealnya,
Pembangunan dalam sebuah masyarakat demokratis, seharusnya mensyaratkan struktur dan
institusi eksekutif negara wajib berbentuk “vertikal”, iaitu dari bawah keatas.
Maksudnya, keperluan rakyat harus membentuk rencana dan rancangan Pembangunan; bukan
sebaliknya. Malangnya, bagi Dr. Mahathir itu lah dia “My Way” yang
diagung-agungkannya.
Maka wujudlah semula nilai-nilai pemerintahan
“kolonialisma” seolah-olah rakyat mewarisi struktur dan institusi penjajahan
yang sudah lama dilemparkan. Kini norma-norma penjajah itu telah dipakai semula.
Akhirnya, dengan sendiri terciptalah satu drama “horor”. Dengan kuasa mutlak
yang licik, masyarakat makin dilanda ketakutan dan terjelmalah segala bentuk
kejutan-kejutan paranoid.
Masyarakat hanya berpeluang untuk berinteraksi
(dalam sektor ekonomi) berasaskan kronisma saja. Akibatnya, seluruh golongan
keusahawanan rakyat yang kecil-kecil (Pertanian, Nelayan, IKS, kontraktor kecil,
dll) makin terpinggir. Mereka tidak berkesempatan untuk berinteraksi secara alamiah
untuk merevolusikan keupayaan masing-masing. Ramai yang hidup segan mati tak mau.
Dengan itu, kembalilah orang Melayu ketampuk dan ketahap lama – merintih didalam
gugatan suasana pacuan ekonomi moden yang mendesak.
Walaupun tempoh 30 tahun
DEB itu berlangsung, dan walaupun komuniti majmuk di negara kita hidup bersisian
(neighbourhood) didalam unit politik yang sama; tetapi amat jelas mereka masih
terpisah. Umumnya, mereka hanya berinteraksi dalam sektor sosial dan dalam ekonomi
“jual-beli”.
Sebagai contoh, individu orang Melayu berinteraksi dengan
kaum lain hanya sebagai pemilik warung, sebagai buruh-buruh atau eksekutif rendah.
Kita tidak nampak mereka berinteraksi dalam konteks sebagai pedagang dan ahli
korporat pesendirian. Majoriti orang Melayu tetap sebagai penonton, tidak lebih dari
itu.
Majoriti golongan orang Melayu terpinggir. Kononnya mereka disebut
sebagai kaum punya Ketuanan bangsa; tetapi itu cuma dipermukaan saja. Kerana, Dasar
yang cenderung kepada Kronisma dan Nepotisma itu cuma memboleh interaksi sekolompok
mereka yang berjaya saja. Sebaliknya mereka yang diluar kelompok memang tidak
dimungkinkan.
Hematnya, pintu dan jendela menuju kedalaman interaksi yang
lebih menyeluruh dan aktif telah ditutup rapat dan dilapis oleh pelbagai
permasalahan yang berasaskan keinginan lebih kaya dan lebih bersepakat sesama
sendiri.
Golongan Melayu yang kaya (kroni yang berjaya dan ahli politik yang
mewah) juga sudah melupakan tanggungjawab. Maka wujudlah satu transformasi dasar
ekonomi yang lebih baru iaitu dari Dasar Ekonomi Baru kepada DASAR EKONOMI
BARU(A)..!!
Nampaknya, usaha Anwar terputus ditengah jalan. Beliau disekat
secara lahiriah. Tetapi mujur baik, dengan pertolongan Allah swt. kita nampak
sekarang, Kerajaan PAS (BA) di Terengganu dan Kelantan sedang memulakan satu usaha
yang cuba merobah keadaan ini. Ini adalah selaras dengan konteks apa yang
dierjuangkan oleh Anwar, iaitu KEADILAN.
Walaupun rumit dan sulit (kerana
sistem lama itu terlalu rosak dan merosakkan); namun usaha permulaan Kerajaan PAS
yang berkewajipan itu adalah contoh dayausaha positif. Kita nampak, walaupun mereka
melangkah setapak demi setapak kehadapan, tetapi halatuju itu adalah jelas dan
telus.
Jika kebaikan itu yang mereka mahu, maka itulah yang mereka dapat.
Hematnya, mereka merancang menentukan bahawa struktur dan peradaban ekonomi selaras
dengan peradaban Islam itu lebih adil dan saksama. Jelaslah sekarang bahawa orang
Melayu wajar berhijrah dan berjuang dalam kerangka politik yang baru itu. Orang
Melayu harus memahami keperluan ini.
Kita doakan semoga mereka berjaya.
Prof.
Dr. Mohd. Azil Sazuli, Ph.D (Cantab), London. Bertugas di IPTA. KL |