Assalamualaikum WW.
BULAN Mei tahun 2000 ini sedang dinanti oleh banyak
penganalisis politik tempatan dan antarabangsa dalam hubungkait pergolakan politik negara
ini. Mereka yang sudah meneliti perkembangan selepas pilihanraya ke-10 tentu mahu melihat
apakah perkembangan selanjutnya kepada kepimpinan UMNO setelah parti itu jatuh sedemikian
teruk berbanding dengan komponen BN yang lain.
Satu “Undercurrent”
Dr.
Mahathir nampak sudah mulai gelisah (jikapun tidak gelabah) dengan ledakan dalam UMNO yang
makin menghangat-bahang. Apa yang menggusarkan beliau bukan saja dari rungutan penyokong
UMNO dan BN diperingkat rakyat, tetapi juga dikalangan pemimpin dan kepimpinan di
peringkat bawahan UMNO dan BN sendiri. Seolah-olah, telah terbit satu gelombang bawah
dasar (undercurrent) sedang bergolak hebat mempersoalkan kesesuaian beliau menerajui
UMNO/BN seterusnya.
Diakhir-akhir ini, sanggahan terhadap Dr. Mahathir adalah jelas
berputar dari pengistiharan “Tidak ada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan”.
Kununnya keputusan itu diperakukan Majlis Tertinggi UMNO (MKT) sebulat suara. Tetapi
pemimpin UMNO bukan-ahli MKT yakin bahawa keputusan itu adalah andaian meleset saja.
Sebetulnya, keputusan itu adalah hasil ugut-paksa Dr. Mahathir sendiri.
Dengan itu,
bantahan kepimpinan UMNO hampir menyeluruh hingga ke akar umbi parti. Itu masalah besar
yang tidak wajar diremehkan semudah itu.
Mahathir Tersepit
Dr. Mahathir
selaku Presiden parti dan Perdana Menteri merasa bahang paradigma rakyat (khususnya orang
Melayu) yang kian tidak yakin dengan kepimpinan beliau. Bagi penyokong dan kepimpinan UMNO
pula, jika stigma “diktator” dan “tidak islamik” yang diejekkan kepada Dr.
Mahathir tidak dikikis-hapus; maka bahaya yang pasti menimpa UMNO/BN ialah parti itu akan
terus melemah dengan kemungkinan besar akan kecundang habis-habisan terkubur ditalqinkan
dalam pilihanraya ke-11 nanti.
Tekanan dari pelbagai pihak yang menginginkan beliau
(Dr. Mahathir) berundor nampaknya tidak dipedulikan langsung oleh Mahathir. Dengan itu,
kepimpinan UMNO sendiri diketahui umum sedang sepakat untuk “mengundorkan” Mahathir
dengan cara selari dengan amalan Perlembagaan parti, iaitu dengan memaksa supaya
diwujudkan Pertandingan.
Sebagai sebuah parti behaluan demokrasi, tuntutan itu pula
tidak semudah itu dinafikan oleh sesiapa. Bukan saja ia satu tradisi dalam amalan
demokrasi, malah dalam keadaan UMNO yang kian jauh menyimpang dari asas-asas demokratis;
tuntutan pemimpin UMNO bawahan adalah sejajar dengan manifestasi rakyat. Maknanya,
“Pertandingan” itu baik untuk UMNO!!
Hasilnya, mau atau tidak, MKT harus
menarik balik keputusan “tidak ada pertandingan” itu jika mahu keyakinan rakyat
diraih-kembalikan. Soal siapa menang atau kalah bukan ukuran lagi. Yang wajib ialah
“mesti adakan pertandingan”. Dr. Mahathir wajar akur demi kesenambungan UMNO/BN dalam
arus perdana masa depan politik UMNO sendiri.
Peningkatan Imej Diri
Mungkin
Dr. Mahathir akan terus beretorik dengan pelbagai ragam dan tingkah, mengadakan pelbagai
taktik dan cara untuk mengalih pandangan pemimpin UMNO.
Hari ini pun beliau makin
giat berusaha merencanakan peningkatan imej diri dan politik beliau melalui perlantikan
beberapa penyokong taksub beliau ke Kabinetnya, perlantikan ke jawatan S/U politik,
memilih siapa yang wajar sebagai MB, ADUN, dll.
Tetapi yang paling menjijikkan
ialah beliau cuba merancang siapa yang harus diangkat dan jatuhkan dalam pemilihan WANITA.
Kununnya itu adalah berasaskan demokrasi. Sementara, Ketua PEMUDA pula tidak
dipertandingkan. Ini membuatkan kepada orang hingga banyak yang bertanya sambil membaca
apa sebenarnya agenda Mahathir.
Akhirnya, rencana Mahathir makin terhidu; bahawa
beliau pada rohani dan jiwa bukanlah seorang yang demokratik. Dengan itu imej beliau
sebagai pemimpin yang demokratik dengan sendirinya luruh-luntur di mata pemimpin UMNO. Ini
menyebabkan asakan untuk menyingkirkan beliau sebagai Presiden parti makin bersemarak ke
akar umbi kepimpinan UMNO. Justeru, dengan itu rakyat dan pengundi juga.
Kehebatan
BA
PAS, sebagai komponen parti yang paling berjaya dalam BA, telah menunjukan
keupayaan petadbiran dan penggubal Dasar yang makin cemerlang. Manifesto mereka telah
menjadi pergantungan rakyat di negeri-negeri yang ditadbir (Kelantan dan Terengganu). Dan,
mereka yang berwajib sebagai wakil rakyat telah menunjukkan prestadi kemampuan yang tinggi
dengan memberi khidmat kepada rakyat majmuk di negeri-negeri terbabit.
Sementara
itu, wakil-wakil BA di negeri (Kedah, Pahang, dll) dan khususnya di Parlimen ternyata
sangat aktif memperjuangkan keperluan rakyat. Para wakil rakyat BA telah menunjukkan
prestasi sebagai orang-orang perjuangan yang mewakili rakyat. Mereka bersuara lantang,
penuh dengan sanggahan dan berdebat berbekalkan fakta-fakta benar dan nyata, dan berani
menghadapi cabaran penuh dedikasi. Atas segala-galanya, mereka menunjukkan rasa
tanggungjawab yang sangat ketara.
Berbanding dengan wakil UMNO, mereka cuma mampu
menunjukkan imej “persekongkolan” dangkal yang memalukan. Contoh terkini ialah
perdebatan antara YB Datuk Fadhil Mohd Noor dengan puak wakil UMNO mengenai isu kenyataan
Dr. Mahathir “Kalau laksana Hudud orang Melayu tidak akan maju sebab tidak ada kaki dan
tidak ada tangan, orang Cina akan maju" Itu. Yang paling menjijikkan rakyat ialah
kemungkinan besar YB Datuk Fadhil akan dihadapkan ke Jawatankuasa Terpilih Parlimen.
Jika
itu sikap wakil UMNO yang berpendidikan (eg. Dr. Jamaluddin Jarjis); apakah imej
perjuangan Islamiah UMNO yang hendak ditonjolkan? Jangan sebutlah dulu isu “Fatwa”
yang hendak dibesar-besarkan oleh Hamid Osman itu. Jika diteruskan juga, UMNO akan bungkas
bagai sebatang kayu tumbang yang landa taufan ganas – akan terjungkit hingga ke urat
tunjang!!
Mengharap Guruh di Langit
Dengan perlantikan Datuk Dusuki Ahmad
sebagai S/U Politik beliau, semua orang nampak Dr. Mahathir mengaharap Dusuki sebagai
dahan untuk bergantung bagi mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada ketokohan Mahathir
sebagai pemimpin Melayu dan Islam. Dengan itu, diharapkan rakyat Kelantan dan Terangganu
akan terpukau dengan keupayaan Dusuki.
Jika benar begitu, malang sangatlah Mahathir
kerana mengharapkan “guruh dilangit”. Imej Dusuki sendiri sudah sekian dekad
terbenam-merudum. Apa yang paling menyulitkan tugas Dusuki ialah: Mahathir sendiri tidak
langsung mencerminkan sikap, perilaku dan pertuturan seorang yang menghayati Islam dalam
pentabdirannya (dalam UMNO dan Kerajaan).
Tugas menerap semula imej Mahathir yang
telah rosak seteruk itu untuk ditingkatkan sebagai pejuang Islam bukan urusan semudah itu
yang layak dilakukan oleh Dusuki seorang. Malah, jika dikumpul semua ulamak pro-UMNO
sekalipun, belum tentu akan setanding dengan penghayatan Islam yang telah diboktikan dan
terbokti dan terus-menerus diperjuangkan oleh kepimpinan PAS selama lebih 30 tahun ini.
Contoh
yang jelas: Selagi kes Fitnah keatas DS Anwar tidak diselesaikan dengan saksama dengan
Mahathir sendiri tidak mengangkat tangan mengakui kesilapannya dan menarik balik fitnah
beliau (dan memohon ampun-maaf kepada semua pihak, khusu kepada Anwar dan keluarga)
dikhalyak umum (disaksikan oleh rakyat dan dunia); imej “Islamik” Mahathir akan TETAP
merudum untuk selama-lamanya.
Perlantikan Dusuki makin membuatkan Kerajaan dan
kepimpinan PAS tersenyum lebar!!
Kesimpulan
Memang bulan Mei ini bulan
‘puaka’. Bulan itu akan menentukan apakah UMNO akan mampu merobah imej parti itu untuk
dihayati oleh sebahagian orang Melayu yang tersisa menyokongnya, atau sebaliknya. Jika
UMNO tidak merobah diri, masakan Allah swt akan merobah UMNO!! Wallahu ‘alam!!
Haji
Musa
Alor Setar, KEDAH