SUDAH LUPA BAGAIMANA MAHU BERCAKAP BENAR..!!

Dr. Mahathir memang sudah lama merasa kemelut yang sedang terjadi dan sedang menjadi-jadi dalam UMNO sekarang. Berkali-kali beliau meminta kenyataan benar dari beberapa orang terdekat dengan beliau. Malangnya jawapan diterima kurang lebih sama, iaitu MEMBODEK tak putus-putus!!

Ada yang kata: kami akan sokong Datuk Seri Presiden. Biar kami berputih tulang, namun kami tidak akan melupakan budi baik Datuk Seri. Kami akan sokong. Ada pula yang kata dibelakang-belakang: kalau bukan Dr. Mahathir yang tolong bagi kontrak, hari ini saya tak cium akan jadi sorang jutawan.

Malah yang lebih dhaif dan paling karat berkata: “Kalau bukan Datuk Seri Presiden yang bagi besi dan kayu, tak ada lah JEMBATAN baru aku merentang sungai. Dah lama aku tenggelam dibawak arus, disambar buaya katak…!!

Macam-macam dakwaan yang didengar. Muak! Muak Mahathir mendengar. Bukan itu yang dia mahu. Dia mahu fakta.Dia mahu logik. Dia mahu yang bernas dan telus. Dia mahu satu pengungkaian kebenaran.

Tetapi Mahathir lupa. Bahawa, selama 18 tahun UMNO telah dipimpinnya, selama itu pula UMNO dan keseluruhan pemimpin parti dirancang supaya “Jangan bercakap BENAR”. Mereka diamanatkan mesti belajar bohong. Dan akhirnya, pemimpin UMNO mesti pakar jadi orang-orang pembohong, pemfitnah dan belajar zalim.

Umpama sekawan anjing-anjing, jika tuannya mengajar makan taik, kalau ditegah oleh tuanya sekali pun, paling kurang dihidu juga. Begitu ibarat yang paling pemimpin UMNO yang sudah ‘masak ajar’ itu (maaf jika andain itu kasar sedikit – tapi memang tepat!!)

Kandungan mesej itu sudah lama jadi budaya dan membudaya dalam UMNO. Jika ada yang tidak membudayakannya, orang itu akan dilempar keluar tingkap…jauh-jauh. Kalau degil, pandanglah apa jadi kepada DS Anwar, Affifuddin, Fauzi Rahman.

Berapa orang sudah cuba-cuba “murtad” dengan membudayakan ketelusan. Tetapi, akhirnya akan disepit “buah” hingga menjerit melenting-lenting. Kalau nak contoh, lihat saja Zahid Hamidi. Akhirnya, sanggup tebal muka dan melutut bagai ‘si Apek’ menyembah “Tok Pekong”!!

Dalam suasana budaya UMNO yang sudah mendarah-daging seumpama itu, pasti pemimpin UMNO sudah lupa bagaimana hendak bercakap benar. Jika sekarang “bercakap benar dan jujor” yang Mahathir mahu, maka samalah seperti mengharap YB-YB Datok Nik Aziz, Datok Hj Hadi Awang atau YB Datok Fadhil Noor bercakap BOHONG. Begitulah perbandingannya.

Maka termaklumlah berita perihal Dr. Mahathir memanggil beberapa orang MB dan wakil rakyat ke pejabat beliau di Putera Jaya. Kali itu, baliau berharap mereka akan memberi fikiran secara terbuka. Maka ramailah yang cuba menepis jawapan supaya si “Datuk Seri” itu tidak tersinggung hati.

Adat Melayu memang begitu. Bak pepatah Melayu purba, “Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar”. Sebelum bercakap gigit lidah dahulu. Kalau sakit, bermakna sakitlah hati orang. Apathlagi terhadap seorang Ketua. Bunyinya senang, tetapi mempraktikannya kepalang sulit.

Apa tidaknya, yang menjadi masalah bukan Parti, tetapi pemimpinnnya. Jadi, selagi pemimpinnya masih juga “Dr. Mahathir”, disitulah letaknya punca masalah sebenar. Tetapi siapa mahu bercakap setelus itu? Terbayang di kepala mereka mata-lebam Anwar.

Pun terbayang juga diruang mata mereka setebal mana fail Rasuah dan Penyelewengan mereka yang tersimpan dalam kabinet si “Datuk Seri” itu. Teringat kepada mereka, cerita 20 orang ADUN Kedah yang masuk bilik waktu ditemuramah oleh si “Datuk Seri” itu; apabila keluar muka mereka pucat lesi di toreh tak berdarah. Akhirnya, Osman Arop tersingkir jua!!

Sewaktu berjalan pulang, bercakap seorang MB kepada seorang rakan sejawatnya, “Kalau saya cakap yang benar, masakan PM akan setuju. Kalau saya katakan ‘beliau adalah punca kelumpuhan sokongan rakyat kepada UMNO’, masakan saya akan sampai ke rumah sebagai MB!!”. Rakan itu mengangguk.

“Habis bagaimana ikhtiar?” balas rakannya.

Setelah sejenak terdiam, maka ia bersuara semula, “Hantar saya surat layang! Suruh saja PM baca HARAKAH atau Majalah DETIK. Atau malam-malam, minta beliau luangkan masa melayari LamanWeb Reformasi yang bercambah-cambah. Itulah suara rakyat. Itu lah ketelusan..!!”

Menjawab rakan-bualnya, “Malangnya HARAKAH cuma untuk ahli-ahli saja. Dan DETIK sudah dibatalkan. Tulisan LamanWeb Reformasi kononnya tidak ada kredibiliti…!!”

Menjawab pemandu yang memutar selekoh, “Kalau macam tu YAB, biarlah Dr. Mahathir terjun gaung…!!”

Kereta meluncur laju. Namun masalah ‘ketelusan’ tidak kunjung selesai. Kerana, UMNO bukan lagi Parti yang berhaluan ‘penyelesaian’.

Pancilok Info
‘Doom Office’, Putera Jaya.