LUKISAN-LUKISAN NGERI DITEMBOK BERDAKI, BERLUMUT-LUNAU

Hampir tiga dekad Aziz Shamsuddin menjadi S/U Politik kepada beliau, kini Dr. Mahathir mengharapkan satu kelainan dari Datuk Dusuki Ahmad. Bagi Dusuki pula, menjadi S/U politik bukan suatu peningkatan taraf kepada beliau.

Dulu beliau hampir-hampir bergelar YB Menteri penuh, tetapi sekarang cuma dipanggil “Datuk Supol” saja. Walaupun itu turun pangkat, demi kepentingan “perut”, segala-segalanya perlu ditelan. Dalam politik jika tak tahan pahit mana datang manisnya. Begitulah karenah politik “cari makan”.

Dari segi tugas, segala-galanya biasa. Tetapi dari segi fungsi, Dusuki umpama tukang cat tembok yang berdaki tebal, berlumut dan berlunau. Dalam gambar, memang tembok itu gah tersergam. Tetapi bila dihampiri, tembok itu memang “tembok berdaki hodoh”.

Kalaulah Dr. Mahathir diumpamakan tembok itu, bahagian yang paling ketara kepada Dusuki ialah muka Mahathir. Memang muka Mahathir sungguh-sungguh seperti “Muka Tembok”!!

Dan dimuka Mahathir yang seperti “muka tembok” itu lah tercontengnya pelbagai carut-marut dan kutuk-makian rakyat. Dimuka itu juga terlukis wajah-wajah tukang Fitnah yang paling keji dan mengaibkan.

Dusuki pasti merasa gerun apabila Mahathir menyeringai – samada gembira atau kesakitan. Akan nampak kepada Dusuki raut-raut wajah seorang al-gojo “tukang salib” di zaman jahiliah. Muka itu amat pembengis dan tidak menaruh kesihan belas. Mungkin dalam mimpinya, Dusuki terbayang bagaimana Anwar dibaham oleh ‘anjing suruhan’ Mahathir: si Rahim “mad-dog” itu.

Pening…pening Dusuki sebentar. Tetapi, itulah ‘job hazard’ yang bakal ditanggungnya. Dia telah melafazkan sumpah taat setia akan bertugas untuk menjadi tukang cat si “muka tembok” itu. Dan, fungsi beliau mesti dilunaskan supaya muka tembok itu kelihatan indah, murni dan cantik bagai purnamasari.

Dusuki teringat bagaimana karekter dan sifat Aziz Shamsuddin. Beliau memang terkenal dengan kesamsengannya. Dia adalah peracang dan perencana. Dia pantas bertindak tanpa gangguan. Bagi Aziz, membujor lalu melintang patah. Baginya tidak ada yang haram melainkan halal. Falsafahnya mudah – walau menganiaya, berkonspirasi atau membunuh sekalipun; jika itu tugas ia wajib dilaksanakan.

Bagi Aziz itu adalah sebahagian dari ‘job discriptions’. Demi survival, ia harus bertindak seumpama itu. Hari ini tembok tadi sudah penuh dengan pelbagai contengan dan gambar rajah yang ngeri-ngeri.

Dusuki harus melakukan sumpama itu juga. Jika Islam menegah, maka beliau harus mencari ayat-ayat yang ‘membolehkan’. Jika Islam mencegah, maka dicari ayat-ayat yang membenarkan.

Maka bermulalah sesi cat-mengecat Dusuki selepas beliau mengangkat sumpah di Putera Jaya pada 23 Februari. Maka terlihat Dusuki mengangkat berus dan mengenakan tempekan lapisan cat pertama. Katanya:

“…….Dr. Mahathir mahu orang Melayu menjadi contoh kepada umat Islam yang lain. Perdana Menteri mahu orang Melayu menghayati tuntutan Islam sebenarnya serta menegakkan kebenaran. Matlamat meningkatkan martabat orang Melayu sebagai umat Islam merupakan matlamat sebenar perjuangan Mahathir. ..”

“…..Dusuki dilaporkan, merasai benar keikhlasan Dr Mahathir ingin memastikan bahawa Islam itu bukan sahaja agama yang benar tetapi juga agama yang dapat membangunkan bangsa dan negara…….”

Aduhai! Lapisan cat “undercoat” pertama sudah ditempek. Memang cantik, memang indah. Sementara itu, riaksi orang ramai berbagai ragam. Bukan semua sedungu yang disangka Dusuki.

Tergambar wajah DS Anwar yang tersingkir oleh sebuah KONSPIRASI politik yang terancang melalui satu FITNAH yang paling aib dan menjijikkan dalam sejarah peradaban Islam di negara ini. Beliau dituduh, dibicara dan dihakimkan oleh Dr. Mahathir sendiri. Kemudian beliau didera dengan sezalim-zalim penderaan atas arahan Mahathir.

Amat mengaibkan umat Islam di negara ini, Mahathir adalah pembohong sebesar-besar pembohong dengan berkata Anwar mencederakan diri sendiri. Si “anjing gila” yang membaham Anwar hingga separuh mati hingga hari ini masih dilindung rapi oleh Mahathir. Orang masih teringat bagaimana racun Arsenik menjalar kesegenap sarap dan rongga Anwar.

Akhirnya, mahkamah yang mengadili Anwar bukan pula mahkamah syariah walaupun Anwar adalah seorang Islam.

Apakah yang lebih “tidak Islamik” dari sikap Mahathir sendiri yang berdegil mencari 1001 helah untuk mengelak dari menjadi saksi yang menetukan kebenaran dan kesahihan kesalahan Anwar yang mungkin akan dihukum 20 tahun penjara? Apakah benar Mahathir “menghayati tuntutan Islam sebenarnya serta menegakkan kebenaran” seperti yang sebut oleh Dusuki?

Tanya Dusuki sekarang: Adakah “muka tembok” Mahathir Mohammad yang sehodoh itu boleh dicat lagi? Tidakkah elok jika dibiarkan saja reput sementara menanti ia runtuh??!!

Mohd. Azmi Sharifuddin
IPTA – KL