|
SEDIKIT PENJELASAN MENGENAI SYI’AH
Memandangkan PAS telah beberapa kali dituduh Syi’ah disebalik itu pula Arqam yang
merupakan salah satu firqah Syi'ah ditonjol-tonjolkan semula oleh Kerajaan UMNO-BN , maka
berikut adalah percubaan dari saya untuk memberi sedikit penjelasan mengenai fahaman
Syi’ah.
Syi’ah dalam Bahasa Arab bermakna gulungan, puak atau kumpulan.
Orang-orang Syiah berpegang kepada Rukun Iman (tapi 7 dan bukan 6) dan Rukun Islam.
Kepercayaan mereka bahawa Sayidina Ali bin Abu Talib ialah orang yang berhak menyandang
jawatan Kalifah sesudah Rasulullah s.aw. wafat telah melahirkan berbagai dogma dan konsep
kepercayaan yang menggugat aqidah dan membuat orang-orang Syiah jauh terpesong .
SEJARAH
KELAHIRAN SYI’AH
Fahaman Syi’ah dipelupori oleh Abdullah bin Saba, saorang
pendita Yahudi dari Yaman yang telah memeluk Islam disekitar tahun 30 hijrah, ia-itu di
akhir zaman pemerintahan Khalifah Ketiga Islam,.Khalifah Uthman bin Affan. Bekas pendita
Yahudi itu, Abdullah bin Saba berasa terhina apabila berpindah ke Madinah dan tidak diberi
penghargaan yang dikehendakkinya dari Khalifah Uthman. Apabila berlaku bantahan terhadap
pemertintahan Khalifah Uthman yang dituduh mengamalkan dasar pilih kasih bila jawatan
tinggi dalam pemerintahannya disandang oleh kaum kerabatnya dari Bani Umaiyah, maka
Abdullah bin Saba tampil sebagai salah saorang pemimpin pemberontakan tersebut. Kemuncak
pemberontakan tersebut adalah pembunuhan Khalifah Uthman pada tahun 35 hijrah.
Menurut
sesetengah ahli sejarah Islam, Abdullah bin Saba sebenarnya masuk Islam dengan tujuan
jahat, ia-itu untuk menimbulkan kekacauan dikalangan kaum muslimin dari dalam setelah
orang Yahudi gagal merosakkan Islam dari luar.
Abdullah bin Saba telah mengeluarkan
hadith-hadith rekaannya sendiri untuk mengapikan pemberontakan menentang Khalifah Uthman.
Dari hadith-hadith palsu inilah lahirnya fahaman Syi’ah terutamanya hadith mengenai
kononnya Saiyidina Ali telah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjadi Khalifah
pertama. Hanya Sayidina Ali dan keturunannya sahaja yang layak memegang jawatan Khalifah. Hadith
palsu ini menjadi asas Konsep Imamiyah (Rukun Ketujuh) fahaman Syi’ah.
Berdasarkan
Hadith-hadith palsunya, Abdullah bin Saba menaburkan fitnah bahawa Khalifah Pertama
Saiyidina Abu Bakar, Khalifah Kedua Umar, dan Khalifah Ketiga Uthman adalah penentang
wasiat Rasulullah dan perampas jawatan Khalifah dari Sayidina Ali.
Fahaman Syi’ah
mulanya hanya satu aliran, ia-itu Syi’ah Ali yang dipelupori bekas pendita Yahudi
Abdullah bin Saba. Kini gulungan Syi’ah telah berpecah kepada 22 firqah (aliran). Yang
terbesar antaranya dari segi bilangan pengikut adalah Syi’ah Saba’iyah, Syi’ah
Kaisniyah, Syi’ah Imamiyah, Syi’ah Ismailiyah, Syi’ah Zaidiyah, Syi’ah Qaramithah.
“KONSEP
IMAMIYAH” SYI’AH SEBAGAI RUKUN ISLAM KETUJUH
Yang terpenting dalam ajaran
Syi’ah yang membedzakannya dari Ahlussunnah wal Jamaah adalah "konsep
Imamiyah". Konsep ini dijadikan Rukun Iman ketujuh oleh semua firqah Syi’ah dan
sesiapa yang tidak menerimanya dianggap kafir.
Mengikut konsep Imamiyah ini gelaran
Khalifah (Ketua Negara) diubah menjadi Imam. Imam hanya boleh dilantik oleh Rasulullah
s.aw. dan kaum Muslimin tidak berhak memilih Khalifah atau Imam. Mengikut ajaran Syi’ah
jawatan Khalifah atau Imam hanya boleh dipilih oleh Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w.
telah mewasiatkan Sayidina Ali untuk mengantinya sebagai Imam setelah Rasulullah wafat.
Sebagai waris Nabi, Sayidina Ali terus menerima wahyu dari Allah SWT. Sayidina Ali pula
tidak mati dan seperti Nabi Isa s.a.w. beliau di bawa kelangit. Yang mati adalah gantinya.
Seperti Nabi Isa s.a.w juga, Sayidina Ali akan diutuskan lagi kepada manusia sebagai Imam
Mahdi untuk menghapuskan kezaliman dan kesesatan manusia.
Mengikut kepercayaan
Syi’ah, sementara menunggu Sayidina Ali muncul kembali di dunia, roh beliau sebagai Imam
Syi'ah yang pertama berpindah-pindah dari jasad beliau kepada jasad 11 orang Imam (ada
firqah Syi’ah menerima hanya 7 Imam). Ini yang dikatakan konsep Imam 12 (atau konsep
Imam 7 bagi sesetengah firqah Syi’ah). Adalah jelas dan nyata bahawa kepercayaan
mengenai roh Sayidina Ali boleh berpindah dari satu jasad kepada satu jasad yang lain
bukan dari I’tiqad Islam tetapi kepercayaan agama lain seperti Hindu dan Buddha. Imam
yang ke-12 ( atau 7) bernama Muhammad bin Hasan al Mahdi dipercayai tidak mati tapi ghaib
(konsep Imam Ghaib). Sayidinna Ali dipercayai akan muncul kembali ke dunia dalam jasad
Imam yang ke-12, Imam Mahdi yang ghaib itu. Ini di panggil I’tiqad Ar-Rajah oleh orang
Syi’ah.
Inilah sebabnya banyak pemimpin2 Syi’ah seperti pemimpin Arqam di
Malaysia, Ashaari, menonjolkan diri mereka sebagai Imam Mahdi.
Seperti yang telah
disebut awal tadi, "Konsep Imamiyah" (merangkumi konsep 12 Imam dan Imam Ghaib
–Imam Mahdi atau Ar-Rajah) sebenarnya adalah Rukun Iman yang ketujuh bagi semua firqah
Syi’ah. Kita semua tahu Rukun Iman yang disabdakan oleh Rasulullah adalah enam (6)
sahaja, tetapi bagi Syi’ah ditambah satu lagi (Konsep Imamiyah) menjadi tujuh (7).
Imam
Syi’ah akan terus menerima wahyu dari Allah. Imam ke-12 yang ghaib itu pula terus
menyampaikan wahyu-wahyu tersebut pula kepada beberapa pemimpin (Imam) Syi’ah yang hidup
dizaman kita ini (Khomeini dianggap salah satu darinya) dan akan terus menyampaikan wahyu
–wahyu kepada pemimpin-pemimpin Syiah hinggalah muncul kemabli Sayidina Ali dalam jasad
Imam Mahdi.
Di bawah konsep Imamiyah ini juga Imam Syi'ah adalah orang-orang yang
ma’sum atau bersih dari sebarang dosa kerana Imam adalah pengganti Nabi s.a.w. Maka Imam
Syia’ah tidak boleh ditegur atau dibantah. Fatwa atau hukum yang mereka keluarkan wajib
di patuhi sepenuhnya kerana mereka terus menerus menerima wahyu.
SYI’AH MENOLAK
HADITH-HADITH BHUKARI, MUSLIM DLL.
Orang Syi’ah menolak hadith-hadith yang
terkumpul semasa Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman kerana ketiga-tiga Khalifah ini
dianggap berdosa sebab telah merampas jawatan Khalifah (Imam) dari Sayidina Ali.. Oleh
demikian walau pun majoriti umat Islam berpegang pada hadith-hadith riwayat Imam Bukhari,
Muslim, An Nasa’i, Ibnu Majah, Abu Daud, Termidzi dan lain-lain, orang-orang Syi’ah
hanya menerima hadith-hadith yang dikumpulkan dalam kitab ‘al Kaafi” oleh ulamak
Syi’ah Muhammad bin Ya’ub al Kulini.
Bermacam lagi konsep-konsep baru yang
menjadi kepercayaan Syi’ah seperti Konsep Taqiyah, Kawin Mutaah, dan pencantuman
(reunion) Allah dengan makhlok (pelupornya adalah Al-Arabi dari Mesir dan kepercayaan
‘reunion” ini menjadi asas pegangan gulungan tarekat.
Semata-mata kerana Allah
SWT.
Tarabulsi
|