Demokrasi pada dasarnya adalah
mengandung pengertian bebas berorganisasi dan memperjuangkan kepentingan golongan. Kerana,
ia adalah diantara perkara yang sedikit-sedikitnya boleh dijadikan sebagai asas politik
sesebuah negara untuk terus berkembang. Contohnya: India dianggap dunia sebagi sebuah
negara demokrasi terbesar.
Dari pengamatan dan sekelumit pengertian diatas, tampak
kepada kita bahwa memang banyak lembaga politik-ekonomi-sosial yang telah kita ciptakan
dinegara kita ini. Malangnya, kita namak juga banyak yang disekat dan disalah-laksanakan
oleh pemimpin Kerajaan; hingga ia tidak berfungsi seperti di negara demokrasi yang sudah
mantap.
Kerana itu dalam usaha pengamalan Demokrasi cara kita di Malaysia,
demokrasi di bidang politik, pentadbiran, undang-undang dan sosial sewajibnya adalah hak
yang menjadi "Kekuatan Rakyat". Melaluinya, rakyat akan mampu menyalurkan
harapan maupun keinginannya. Soalnya, bagaimana sekarang dibawah kempimpinan UMNO dan Dr.
Mahathir?
Sekiranya Kerajaan UMNO/BN terus menerus menyekat dan menindaklanjuti
aspek "demo rakyat" melalui pelbagai sekatan, dan sistem hukum dan perundangan
dikuasai pula oleh “mafia”, media massa pula tidak puas dan gelisah dengan pelbagai
frustrasi (umpamanya penyekatan terhaadap HARAKAH, DETIK, dll); sebenarnya Kerajaan
Mahathir sedang menyemai tumbuhnya benih-benih “people power”.
Pernyataannya
ialah: Apakah pemimpin negara dan panutan bangsa masih memiliki cukup empathy terhadap
rakyatnya, sehingga bertindak TIDAK sesuai dengan harapan mereka? Jika terus-menerus
rakyat dinafikan hak, apakah hubungan rakyat dengan Kerajaan UMNO/BN akan terjalin lunak?
Secara
pengamatan yang kritis, krisis yang lebih mengkhawatirkaN ialah krisis moral dan krisis
kepercayaan terhadap politik yang diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN pimpinan Dr. Mahathir.
Harus
sangat-sangat kepimpinan UMNO/BN belajar dari parti kelompok Barisan Alternatif khusunya
parti PAS yang menerajui Kelantan dan Terengganu. Mengapa kepimpinan PAS diterima baik dan
sangat disegani rakyat banyak?
Jawapan yang mudah tapi jelas ialah: Parti itu (BA)
memperakukan “Kekuatan Rakyat” itu sendiri. Itu adalah benar dan sangat benar!! PAS
menghayati sejarah perjuangan bangsa Melayu. Sebaliknya, UMNO hanya bercerita tetapi tidak
menghayati. Mereka menodai sejarah lampau dan mencipta sejarah tidak diperkenan oleh orang
Melayu.
Jawapan yang pasti ialah: UMNO akan kecundang. UMNO akan ditolak. UMNO akan
dilumpuhkan rakyat sendiri.
Tentu pemimpinan UMNO masih ingat kembali di tahun
1948, peri Malayan Union digagalkan rakyat. Tidakkah itu satu-satunya insiden yang
menunjuk secara langsung betapa kekuatan rakyat sedemikian dahsyat HINGGA sukar dilawan
dengan kekuatan fisik penjajah Inggeris?
Jadi sekarang, pertanyaan selanjutnya:
Bagaimana mungkinnya UMNO dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya yang mulai
dibencii rakyat (khusunya orang Melayu) dapat bertahan untuk melaksana dan mengendalikan
transformasi dan reformasi yang dijadi asas pergolakan rakyat sekarang?
Timbul
soal: Apakah Regim Mahathir mampu secara damai dan lancar, tetapi cepat menerima apa yang
diperjuangkan rakyat? Tambahan pula, Regim ini sudah jauh terlajak melakukan kesalahan
besar seperti Penyelewengan dan Rasuah, Kezaliman ketas Sdr Anwar dan keluarga (contoh
terdekat), penyiksaan keatas para demo, Kerakusan pembolotan hasil negara oleh pemimpin
UMNO dan BN, menafikan hak orang Melayu, dll.
Seperti yang dapat kita pelajari dari
negara-negara demokrasi lain; hak rakyat terletak dalam pemberian keperluan mereka yang
jelas. Melalui Pilihanraya yang telus tanpa ada target-target pengumpulan suara dengan
tujuan melakukan sesuatu yang “undemocratik”, kemungkinannya amat jelas bahawa fungsi
Kerajaan itu tidak akan efektif.
Kerana itu, kemungkin besar para pemimpin UMNO
sendiri akan memberi satu petanda baru kepada kepimpinanyang ada sekarang, iaitu: Dr.
Mahathir akan dinafikan keinginannya untuk "Presiden UMNO Seumur Hidup".
Diharap
Dr. Mahathir akan bersedia dari sekarang!!
Prof. Dr. Mohd. Azil Sazuli, Ph.D
(Cantab), London.
Bertugas di IPTA. KL