Tiba tiba kempen cetusan rasa di adakan. Dengan tiba tiba juga kesetiaan rakyat perlu
dipersoal dan dibuktikan dengan menyertai kempen yang dianjurkan oleh Menteri Penerangan.
Tidak cukup setia nampaknya rakyat Malaysia sehingga perlukan pengukuhan dan pengulangan
kempen.
Cukup menarik dan cukup lucu ialah cara atau modus operandi kempen yang
selama ini di cetuskan oleh Menteri Penerangan dan para experts yang berada dalam
Kementeriannya. Setelah berjaya menghancurkan status dan taraf profesionalisme badan
penyiaran kerajaan seperti RTM demi memperkukuhkan parti kini rakyat dikerah sekali lagi
untuk menyertai kempen Cetusan Rasa.
Yang lucu dan pandir memang banyak kalau nak
dibariskan perihal mentaliti ketua kementerian ini. Bukan saja lucu dan pandir malah
membazir dan membuang masa pun ada. Pendek kata segala gala yang bodoh tetapi bersalutkan
pandai dan resmi semuanya ada.
Kita ambil contoh Kempen Cetusan Rasa. Mulanya
dilancarkan di Angkasapuri dan objek utama ialah mengedarkan buku buku besar dan tebal
yang sudah tentu kos pengeluarannya cukup tinggi kerana mutu kulit dan kertasnya cukup
elok. Buku tersebut akan dibawa keliling supaya setiap orang boleh menyatakan Cetusan
Rasanya. Tidak ada bezanya seperti Guest Book dalam mana mana homepage. Tetapi yang ini
cukup mahal! Yang dah tentu untung ialah yang mengambil kontrek mencetak buku.
Kemudian
ciri ciri Pak Pandir tersebut dilanjutkan ke dalam medan cyber. Kerana tidak faham akan
nature of the net audience, maka jadilah Ruangan Cetusan Rasa anjuran Kementerian
Penerangan di kempen.gov.my satu medan bantahan dan maki hamun rakyat terhadap segala
gejala korupsi kebangsaan. Bukan ini sebenarnya yang diharapkan oleh Menteri tersebut.
Anda tentu tahu apa yang ingin beliau tonjolkan nanti kepada PM. Sudah tentulah kata kata
muluk , pujian dan sanjungan. Itulah bahan makanan rohaninya selama ini. Jika tiada dipuji
maka semakin lemahlah segala tubuh dan anggotaku.
Semua kempen yang dilancarkan
oleh Menteri Penerangan Malaysia adalah semata mata bertujuan untuk meng'prop'-up imej
Mahathir. Perhatikan simbol lambang M dalam huruf besar. Erti M di kaitkan dengan istilah
MESRA..tetapi rakyat yang pandai tahu huruf M besar yang ditampal di van dan kenderaan
RTM/Penerangan adalah merujuk kepada Mahathir.
Kempen SEMARAK dulu (Setia Bersama
Rakyat), selepas itu Kempen Bela Negara, Cinta Negara ...kesemua kempen kempen ini adalah
kempen yang membutakan visi rakyat. Kempen yang memperbodohkan rakyat dan membazirkan wang
rakyat. Rakyat tidak menjadi lebih pandai dengan kempen kempen begini, sebaliknya rakyat
menjadi bodoh seperti katak dibawah tempurung. Sekiranya anda harus bergantung kepada
media seperti RTM (TV & Radio) untuk mendapatkan maklumat....anda akan menjadi manusia
yang amat ketinggalan zaman. Anda akan berfikiran seperti orang dizaman feudal. Bila
nampak rombongan berpakaian kuning dari kejauhan, anda akan terus hentikan semua kerja dan
standby untuk sujud dan laungkan Daulat Maha Daulat Maha.