MAHATHIR,MAHKAMAH,TELEKOM & MITSUI : APA DAH JADI ?
Dalam perjalanan saya ke Kuala Lumpur dengan bas
ekspres, sempat saya berbual-bual dengan seorang lelaki, berpakaian kemas, yang memanggil
dirinya sebagai Razak. Kami banyak berbual pelbagai tajuk bermula dari hal politik
hingga ke masalah ekonomi negara. Pada mula Razak teragak-agak untuk berbual panjang lebar
tentang hal politik semasa, tetapi apabila saya menunjukkan sikap 'neutral' saya dalam
persoalan-persoalan politik ini dia bercakap dengan rancak soal kepincangan yang sedang
melanda kerajaan hari ini.
Seperkara yang disebutnya ialah tentang betapa sukar
untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan kerana tidak cukup
korum,begitu juga di peringkat bahagian. Menurutnya lagi ada cawangan terpaksa mencipta
minit mesyuarat untuk di serahkan kepada bahagian. Di peringkat cawangan kebanyakan ahli
adalah terdiri daripada saudara mara belaka dan yuran ahli dibayar sama ada oleh ketua
cawangan atau ketua bahagian.
Pasal kes Mahathir pergi ke mahkamah, Razak begitu
yakin bahawa Mahathir tidak akan ke mahkamah dan pihak pendakwa dan hakim akan cuba guna
apa saja kuasa yang ada pada mereka untuk menghalang pihak pembela menyoal Mahathir
dalam mahkamah. Mengikutnya lagi,kalau Mahathir ke mahkamah akan terbongkarlah banyak
cerita-ceita lain. Penjelasan Mahathir berkaitan dengan kes DSAI ini sudah tidak
konsisten lagi. Jadi kalau Mahathir diasak oleh soalan-soalan daripada peguambela
mungkin Mahathir akan tersasul,malah boleh "breakdown" tambahnya lagi. Inilah
risiko yang UMNO dan Mahathir tidak mahu hadapi dan kredibiliti Mahathir sebagai pemimpin
sudah tergugat.
Satu lagi topik yang menarik ialah kes Telekom Malaysia Bhd. yang
telah dikatakan menerima rasuah sebanyak RM10.64 juta(300 juta yen) daripada
Syarikat Mitsui and Co. pada tahun 1997. Menurutnya lagi, kisah ini timbul apabila akhbar
Asahi Shimbun melaporkan tentang perihal pemberian rasuah kepada Telekom Malaysia
Bhd. menerusi sebuah syarikat perunding di Malaysia. Mengikut maklumat lagi syarikat
perunding itu tidak pernah wujud. Jadi soal RM10.64 juta duit rasuah ini masuk dalam
poket siapa?
Adalah dipercayai bahawa Syarikat Mitsui and Co. ini telah mendapat
kontrak menyediakan "switchboard" kepada Telekom Malaysia Bhd. telah
berjaya mendapat kontrak mengatasi beberapa buah firma terkemuka dari Eropah. Mengikut
sumber-sumber tertentu syarikat Mitsui and Co. ini suka memberi rasuah kepada
kontrak-kontrak yang diperolehi di beberapa buah negara lain. Katanya lagi syarikat ini
kerap memberi komisyen kepada orang-orang tempatan tertentu setelah memperolehi sesuatu
kontrak atau tender.
Mengikut Razak lagi,amalan begini sememangnya menjadi adat
dalam proses pemberian dan penerimaan kontrak atau tender yang dilaksanakan itu di negara
ini. Amalan pemberian rasuah memang berlaku bukan untuk kontrak-kontrak besar malah
bagi kontrak-kontrak sederhana dan kecil.
Saya juga tanya Razak apakah pihak
BPR tidak ambil apa-apa tindakan untuk menyiasat kes ini. Menurutnya,perkara ini timbul
setelah berita itu disiarkan oleh akhbar Asashi Shimbun dan pihak Telekom Malaysia Bhd.
"baru" sedar dan terkejut akan hal ini. Menurutnya lagi pihak Telekom
Malaysia Bhd. akan melakukan siasatan rapi bagi mengenalpasti siapakah dalang dalam kes
ini.
Katanya BPR patut bertindak segera, seperti yang dilakukan ketika
tuduhan bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid bahawa DSAI
telah menghimpunkan sebanyak RM 3 juta menerusi 20 "master accounts". BPR cara
tergesa-gesa membentuk pasukan-pasukan khas bagi menjalankan siasatan dengan serta merta
walaupun tuduhan yang dibuat oleh Datuk Murad Khalid itu hanya secara melulu tanpa
sokongan bukti-bukti yang kukuh. Sehingga hari ini BPR tidak pernah menyoal siasat DSAI
lagi !
Mengikut Razak BPR lazim memilih bulu bila menjalankan penyiasatan dalam
kes-kes rasuah ini. Dengan nada yang marah Razak telah menyoal apakah pihak BPR buat
tentang laporan rasuah terhadap Rafidah, Daim dan Rahim Thamby Chik. Saya mengatakan
bahawa dalam kes Rafidah pihak BPR telah menyiasat dan mendapati bukti-bukti kukuh bahawa
berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa. Malah kes Rafidah ini telah dirujuk kepada
pejabat peguam negara dan peguam negara telah bertindak untuk mendakwa Rafidah tetapi
dihalang oleh orang tertentu.
Razak mecelah cakapan saya dengan nada yang marah
mengatakan bahawa orang tertentu itu ialah Mahathir. Dia begitu marah
terhadap tindakan Mahathir menghalang sisatan terhadap Eric Chia, bekas MB Selangor, Mohd.
Md.Taib dan juga beberapa ahli-ahli kabinet yang lain. Menurutnya lagi Mahathir ini bijak
bermain politik sebegini, bagi menjaminkan "survival" karier politik
Mahathir . Mahathir sering menggunakan kelemahan-kelemahan ini untuk mengugut
rakan dan lawannya.
Setiba di Kula Lumpur, kami bersalaman dan Razak
menghulurkan "card"nya. Terperanjat apabila saya dapati bahawa Razak ini
adalah seorang tokoh koprat dan orang kuat UMNO !!
ALI ALLAH DITTA