Perjumpaan Tuan Guru Haji Hadi Dengan Mokhtar Abdullah

Dalam lawatan Mokhtar Abdullah (Peguam Negara) ke Terengganu semalam (20/2/2000) dengan tidak semena-mena Tuan Guru Haji Hadi menceritakan satu kes fitnah yang berlaku dizaman
pemerintahan Saidina Omar Al-Khattab kepada Mokhtar Abdullah.

Didalam kes tersebut seorang wanita menuduh seorang lelaki melakukan perzinaan terhadap beliau. Lelaki tersebut menafikannya tetapi wanita tersebut mengeluarkan bukti yang terdapat pada pakaian beliau yang penuh dengan kesan-kesan air mani yang kononnya kepunyaan lelaki tersebut. Setelah melihat bukti tersebut maka Saidina Omar r.a. pun mendapati lelaki tersebut bersalah.

Walaubagaimanapun belum sempat Saidina Omar r.a. menjatuhkan hukuman, Saidina Ali r.a. meminta satu cebok air panas lalu disirami air panas tersebut keatas kesan-kesan air mani yang terdapat pada pakaian wanita itu. Setelah disirami dengan air panas maka didapati kesan-kesan yang terdapat pada pakaian wanita tersebut adalah kesan telur dan bukannya kesan air mani!!!

Maka terbuktilah bahawa wanita tersebut melakukan fitnah terhadap lelaki tersebut dengan mengada-adakan bukti palsu.

Mokhtar Abdullah pun tersengeh-sengeh dan menceritakan pasal kaedah moden yang menggunakan ujian DNA.

Walaupun DNA terbukti kepunyaan orang lain tetapi di Malaysia pertuduhan boleh diubah-ubah, bukan begitu Mokhtar? Janji boss suruh kes tersebut menyebelahi dia, Mokhtar pun ikut aje....
pokoknya MALAYSIA BOLEH!!!!!


Salam dari airmata penyu