Walau apa pun alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa bagi mengelakkan Mahathir
daripada menjadi saksi ke mahkamah, ia tidak akan mencukupi untuk menebus kehilangan
kredibiliti Mahathir di mata rakyat. Terdapat persoalan-persoalan yang mengganggu fikiran
tentang persekongkolan aktif pasukan pendakwa dalam usaha menghalang Mahathir hadir
sebagai saksi.
Antaranya:-
1. Mahathir dikehendaki hadir sebagai saksi
pembela, bukannya saksi pendakwa. Pendakwa sepatutnya tidak campur tangan dalam menentukan
siapakah saksi yang hendak dipanggil oleh pembela. Ini suatu perkara baru dalam sejarah
kehakiman di Malaysia.
2. Pasukan pendakwa sebelum ini telah memanggil beberapa
saksi yang telah mengaitkan nama Mahathir semasa memberikan keterangan di mahkamah. Antara
yang paling penting ialah pengakuan (baca: pembohongan) Haniff Omar. Kehadiran Haniff Omar
di mahkamah hanyalah untuk mengatakan satu perkara sahaja: bahawa dia ada memberitahu
Mahathir pada tahun 1993 mengenai apa yang didakwa sebagai ‘kecenderungan’ Anwar
terhadap homoseksualiti (sic).
3. Kalau Ghani Patail boleh menyatakan di mahkamah
bahawa kesaksian Mahathir adalah tidak relevan (dan yang demikian Mahathir tidak harus
memberi keterangan di mahkamah) kerana Mahathir tidak menyaksikan sendiri kejadian liwat
itu; maka mengapa pula kesaksian Haniff Omar dianggap relevan? Adakah Haniff Omar berada
di tempat kejadian? Ghani Patail telah membuat satu kenyataan yang paling bangang dan
menggelikan hati mengenai alasan mengapa Mahathir tidak perlu dipanggil menjadi saksi.
Saya petik apa yang beliau katakan sepertimana yang terbit dalam akhbar The Star 18 Feb
2000:-
(Quote) 'There is also no evidence shown that the Prime Minister is a
material witness in the sodomy act. He was not at the scene.' (Unquote)
Soalan
saya: Kalau syarat kesaksian ialah bahawa saksi berada di tempat kejadian, Anwar telah
lama bebas daripada kezaliman ini. Haniff Omar tidak ada di tempat kejadian. Ummi Hafilda,
Khairuddin Abu Hassan, Musa Hassan malah semuanya tidak ada di tempat kejadian…. !
Alangkah bangang dan mengaibkan bagi seorang pendakwa raya untuk mengeluarkan komen
sedemikian.
4. Dalam keterangannya Haniff Omar telah pun mengheret nama Mahathir.
Kegagalan membawa Mahathir ke mahkamah akan mewujudkan ‘missing link’ kepada
keterangan Haniff Omar itu. Intipati kepada isu ini ialah sama ada benar Haniff Omar ada
menemui Mahathir dan memberitahunya mengenai ‘kecenderungan’ Anwar tersebut. Saya amat
yakin bahawa apa yang dikatakan maklumat oleh Haniff Omar kepada Mahathir itu adalah suatu
PENIPUAN. Mahathir harus disoal oleh peguambela Anwar bagi membuktikan penipuan ini
Apakah
yang membuatkan saya begitu yakin bahawa kisah pertemuan Mahathir-Haniff ini sebagai dusta
dan konspirasi semata-mata?
Tidak susah untuk membuktikannya kerana kita hanya
perlu membelek berita-berita yang disiarkan akhbar mulai daripada 2 September hingga 24
September 1998. Untuk memudahkan pembaca merujuk maklumat-maklumat ini, sila rujuk kepada
laman web Straits Times Singapura yang memberikan ruangan khas mengenai kes yang
melibatkan Anwar mulai 1 September 1998 hinggalah sekarang. Berikut adalah laman-laman wab
yang relevan:-
Laman web induk/indeks disusun secara kronologi:-
http://straitstimes.asia1.com.sg/anwar/anwarmth98.html#Sep
Sila
beri tumpuan kepada berita-berita mengenai Anwar yang tersiar antara 3 Sept. hingga 24
Sept. 1998
Laman web pada tarikh-tarikh yang relevan serta petikan daripada
berita-berita yang tersiar (huruf besar oleh saya - Penulis):-
1.
http://straitstimes.asia1.com.sg/anwar/anwar4_0904.html
[Catitan: Kenyataan
Mahathir ini terbit pada 4 Sept. 1998. Ia menyebut bahawa Mahathir hanya mengetahui
salahlaku seks Anwar pada tahun 1997]
(Quote)
FOR NEARLY A YEAR, Prime
Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad refused to believe that his hand-picked successor
was involved in immoral sexual activities.
He scolded a Cabinet minister and chased
him out of the office for bringing news of unnsubstantiated allegations and gossip.
When
a widely-circulated poison-pen letter detailing his deputy's inappropriate behaviour was
making the rounds, HE ORDERED THE POLICE to arrest its author and others believed to be
behind it.
Publicly, HE RUBBISHED the allegations and told delegates at the Umno
general assembly last year to stop believing slander.
THE TURNING POINT CAME when
several people, INCLUDING HIGH RANKING EXECUTIVE OF A PUBLIC LISTED COMPANY, came forward
with allegations about Datuk Seri Anwar Ibrahim's homosexuality and philandering ways.
They
put their names to affidavits despite being warned by police that they could be charged
under the Internal Security Act (ISA).
TO SATISFY HIMSELF, Dr Mahathir SPOKE TO
EACH OF THE SEVEN WITNESSES ALONE, hoping to pick out discrepancies in their testimonies.
Said
the aide: "He was shocked at the vivid details and their unwavering decision to stick
to their stories despite being challenged."
One witness alleged that the
Deputy Prime Minister had unnatural sex with him.
Another said his wife became the
target of Datuk Anwar's amorous advances.
THESE SAME WITNESSES recounted their
stories on TUESDAY NIGHT at a hush-hush gathering of chief ministers and mentris besar at
the Prime Minister's official residence….
Dr Mahathir told his inner circle that
it was untenable for "someone who has been groomed to be the leader of Malaysia"
to have these tendencies.
So untenable that HE CANCELLED HIS TRIP TO THE
NON-ALIGNED MOVEMENT meeting in South Africa this week because he could not stand the idea
of appointing him as the Acting Prime Minister.
(Unquote)
2.
http://straitstimes.asia1.com/anwar/anwar1_0909.html
[Catitan: Mahathir membuat
kenyataan yang terbit pada 9 Sept. 1998 bahawa dia mendapat tahu mengenainya melalui
'penyiasatannya sendiri' dan juga penyiasatan polis. Ambil catitan bahawa penyiasatan
polis hanya bermula pada kira-kira bulan Jun 1998 apabila Anwar membuat laporan polis
mengenai kes fitnah buku 50 Dalil, sementara 'penyiasatan sendirinya'/pertemuan dengan
Azizan dll hanya dibuat lama setelah tarikh tersebut. Tetapi perlu diingatkan bahawa
konspirasi meminggirkan Anwar telah bermula lama sebelum itu, iaitu apabila pemecatan
Yunus Said, Johan Jaafar, Nazri Abdullah serta perlantikan Daim dalam MTEN. Insyaallah
saya akan menulis menerangkan dengan lebih detail mengenai kisah konspirasi ini, yang
sebagai akibatnya Mahathir amat takut sekiranya perkara itu dibangkitkan dalam mahkamah.
Ini kerana Mahathir tidak mungkin dalam 'reconcile' cerita-ceritanya yang saling
bertentangan, dan ini merupakan satu daripada 'the weakest spot' Mahathir dalam episod
pemecatan Anwar]
(Quote)
He had explained to the party faithful that for a
long while he did not believe the allegations of sexual impropriety against his deputy. In
fact, he had even lashed out against those who spread such slander last year.
BUT
EVIDENCE FROM POLICE INVESTIGATIONS and his own personal probe convinced him otherwise. He
did not disclose the evidence and appeared hesitant to repeat the allegations of
homosexuality and sexual wrongdoing in front of a packed hall, saying "that it is not
a pleasant thing to say even".
(Unquote)
3.
http://straitstimes.asia1.com/anwar/anwar1_0910.html
[Catitan: Dalam temuramah ini
yang keluar dalam akhbar pada 10 Sept. 1998 (tulisan huruf besar oleh saya) Mahathir kata
yang dia mula mendapat tahu mengenai salahlaku seks Anwar pada tahun 1997] (Quote)
Q:
Anwar has denied the allegations against him, but when did you start to receive
information of his misconduct?
A: THE MORAL MISCONDUCT HAS BEEN GOING ON FOR QUITE
SOME TIME BUT I ONLY KNEW ABOUT IT RECENTLY. But to deny that, even President (Bill)
Clinton denied (allegations against him). Who would ever admit that he is bad, that he
does bad things?
Q: SINCE WHEN HAVE YOU THOUGHT ANWAR IS NOT SUITABLE?
A:
ONLY RECENTLY.
Q: WHAT ABOUT LAST YEAR?
A: LAST YEAR there were accusations
(against Anwar). I said it was a lie. It was deliberately done by people who wanted to
bring down my deputy. I totally rejected the accusations. I did not even read (the
letter). Now with the crystal clear evidence, I cannot reject anymore.
(Unquote)
4.
http://straitstimes.asia1.com.sg/anwar/anwar1_0923.html
[Catitan: Kenyataan yang
bercanggah dengan semua kenyataan awal ini dibuat oleh Mahathir dan keluar dalam akhbar
pada 23 Sept. 1998. Di sini buat pertama kali Mahathir memberitahu yang beliau TELAH
DIBERITAHU mengenai salahlaku seks Anwar pada tahun 1993 lagi!]
(Quote)
Dr
Mahathir also revealed that allegations of his protege's involvement in homosexuality
emerged several years ago when the former Inspector-General of Police Tun Haniff Omar
mentioned it. Like many Malaysians today, the Prime Minister said that he thought it
ridiculous. Even when the talk resurfaced last year, he dismissed it as an attempt by some
people to end Datuk Seri Anwar's career.
(Unquote)
Kesimpulan daripada
laman-laman web tersebut adalah seperti berikut:-
1. Kenyataan-kenyataan akhbar
mulai 3 Sept. - 24 Sept. 1998 itu menunjukkan yang Mahathir begitu konsisten dalam
keterangannya bahawa ia mendapat maklumat mengenai salahlaku seks Anwar PADA TAHUN 1997.
Ketika itu beliau tidak percaya. Bagaimanapun, apabila perkara itu ditimbulkan semula pada
tahun 1998, dan beliau sendiri menemui saksi-saksi yang terlibat, barulah beliau percaya
dan terpaksa mengambil tindakan.
2. Apabila Mahathir terus diasak, beliau terpaksa
menambahkan ‘ajinomoto’ kepada keterangannya dengan mengheret nama Haniff Omar sekali.
Ini beliau lakukan pada 22 Sept. 1998 dan keluar dalam akhbar pada 23 Sept. 1998, tanpa
beliau menyedari bahawa versi tokok tambah ini telah merosakkan plot asal ‘novel’
busuk beliau. Hari itu, Mahathir kata yang beliau telah diberitahu tentang salahlaku seks
Anwar semenjak 1993 lagi. Orang yang memberitahunya ialah Haniff Omar. Keesokannya Haniff
Omar ‘mengiyakan’ kenyataan Mahathir. Haniff sekali lagi menyatakan perkara yang sama
di mahkamah. Maka kini adalah giliran Mahathir untuk diperiksa oleh pasukan pembela
tentang BILA SEBENARNYA BELIAU MENDAPAT TAHU MENGENAI SALAHLAKU SEKS (sic) ANWAR? 1997?
1993? Tidak mungkin kedua-duanya benar. Mahathir boleh saja memberitahu mahkamah bahawa ia
terlupa mengenai pemberitahuan Haniff Omar itu, tetapi kelupaan terhadap perkara yang
sebegitu ‘lethal’ kepada musuh politiknya adalah sama sekali tidak logik
Saya
yakin bahawa Mahathir tidak mungkin akan dapat ‘reconcile’ kedua-dua versi di atas
apabila disoal oleh pasukan pembela kelak. Ghani Patail amat menyedari akan ‘liabiliti
besar’ yang terpaksa ditanggungnya jika Mahathir disoal oleh pasukan pembela nanti.
Sebab itulah ia bermati-matian mahukan supaya Mahathir ditolak sebagai saksi. Mahathir
juga menyedari mara bahaya yang sedang menantinya di mahkamah. Maka di sebalik keberanian
pura-puranya bahawa dia ‘akan hadir ke mahkamah’, di belakang tabir beliau mengarahkan
pasukan pendakwa supaya mengelakkannya dengan apa cara sekali pun. Kesan kehilangan
kredibiliti beliau bukan sekadar melibatkan impak kesaksian di mahkamah, malah menjangkau
hingga ke medan politik. Rakyat, malah ahli-ahli UMNO sendiri sedang memerhatikan dengan
teliti saat tumbangnya kredibiliti Mahathir yang tidak akan dapat dielakkannya itu.
Kaitan
Kesaksian Mahathir dengan Haniff Omar
Tulisan ini tidak akan lengkap jika saya
tidak menganalisa kredibiliti manusia yang bernama Haniff Omar kerana dalam episod
‘Haniff memberitahu Mahathir’ ini ‘it takes more than one person to conspire’.
Saya
pernah menulis sedikit sebanyak mengenai Haniff Omar dalam salah satu laman reformasi
semasa beliau mula memberikan keterangan di hadapan Hakim (?) Augustine Paul. Semenjak
itu, saya terus menerus membuat pemeriksaan terhadap ‘rekod’ beliau sepanjang beliau
menjadi KPN. Berdasarkan analisa saya, saya menyimpulkan bahawa Haniff Omar adalah seorang
PENDUSTA BESAR : DULU KINI DAN SELAMANYA. Beliau terbukti telah banyak kali diperalatkan
oleh orang-orang politik tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu pula. Ironinya, salah satu
konspirasi yang beliau terlibat ialah usaha untuk menjatuhkan Mahathir yang dirancang oleh
Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri di zaman Hussein Onn. Dan nampaknya beliau masih jauh
daripada bertaubat atau belajar daripada sejarah!
Berikut adalah laporan mengenai
analisa saya terhadap beliau, untuk membuktikan dakwaan saya di atas:-
Kes Tiga
Abdul (Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Abdul Samad Ismail)
Mengikut data
peribadi (resume) Haniff Omar yang boleh diperolehi melalui laman web
http://www.asiapac.net/client/client/mfa/database/who_who/mohaniff.html, beliau telah
dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 8 Jun 1974. Beliau kekal sebagai KPN selama
hampir 20 tahun sehinggalah beliau bersara pada 15 Jan 1994.
Salah satu peristiwa
penting yang terjadi di zamannya ialah kes penangkapan tiga Abdul di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Abdullah Ahmad yang pada ketika itu menjawat jawatan
Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Alam Sekitar telah ditangkap pada 2 November 1976
di bawah ISA. Tarikh penangkapan beliau ini boleh dirujuk kepada laman web
http://www.asiapac.net/client/mfa/database/who_who/ablamad.html.
Turut ditangkap
pada ketika itu ialah Abdullah Majid, iaitu Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat dan
Abdul Samad Ismail dari kumpulan The New Straits Times. Ketiga-tiga Abdul ini didakwa
terlibat dengan aktiviti subversif komunis dan menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Semasa
dalam tahanan, antara perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Abdul-Abdul ini ialah:-
i.
membuat 'pengakuan dan taubat' di televisyen mengenai 'penglibatan' mereka dalam aktiviti
subversif komunis yang mengancam keselamatan negara.
ii. setelah membuat
'pengakuan' tersebut, mereka telah menarik balik 'pengakuan' berkenaan melalui satu surat
peguam yang dihantar kepada pihak berkuasa ketika itu.
Setelah mereka dibebaskan
dari tahanan ISA beberapa tahun kemudian, Abdul-Abdul ini kemudiannya telah dilantik oleh
kerajaan untuk menjawat jawatan-jawatan penting negara - satu keanehan yang maha luarbiasa
bagi mereka yang pernah didakwa sebagai bekas aktivis komunis.
Abdullah Ahmad telah
dilantik menjadi Wakil Khas Malaysia di Bangsa-bangsa Bersatu pada 2 Mei 1996. Abdul Samad
Ismail pula telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara serta mendapat tempat semula di
Kumpulan NST dengan segala keistimewaan dan kelumayanannya. Saya tidak pasti apa yang
terjadi kepada Abdullah Majid kerana yang terakhir saya mendengar mengenainya ialah beliau
menderita sakit.
Buku-buku yang ditulis oleh kontemporari tiga Abdul ini semasa
dalam ISA memberikan versi sebenar tentang apa yang berlaku ketika itu: bahawa terdapat
satu KONSPIRASI dalam UMNO yang melibatkan antaranya seorang menteri dan timbalan menteri
UMNO, yakni Ghazali Shafie yang dipanggil oleh Abdullah Ahmad sebagai 'Perdana Menteri de
facto' ketika itu (Menteri Dalam Negeri), Sanusi Junid (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan
KPN ketika itu, yakni Haniff Omar. Ghazali Shafie bercita-cita hendak menjadi Perdana
Menteri, sementara Haniff Omar hanyalah 'alat politik' semata-mata bagi mencapai matlamat
politik Ghazali Shafie.
[Hatta setelah pencen pun nampaknya Haniff Omar masih terus
dengan antiknya, sepertimana yang dapat kita lihat sekarang dalam kes Anwar Ibrahim.
Bezanya kini beliau menjadi alat kepada Mahathir! Hakikatnya: HANIFF ADALAH SEORANG
PENDUSTA - DULU, KINI DAN SELAMANYA!]
Kassim Ahmad (yang malangnya kini telah sesat
politik dan akidahnya akibat menolak kesahihan dua ayat terakhir Surah at-Taubah: rujuk
buku beliau 'Hadis, Jawapan Kepada Pengkritik' terbitan Media Indah Sdn. Bhd., 1992, hal.
60) yang ditahan bersama Abdul-Abdul ini di Kamunting, telah menulis dalam bukunya
'Universiti Kedua' [terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. (1983)] seperti berikut:-
(Quote)