RELEVANKAH MAHATHIR KE MAHKAMAH?

Nampaknya begitu sukar bagi Hakim Ariffin Jaka untuk membuat keputusan samda memanggil Mahathir ke mahkamah atau tidak. Walaupun sapina sudah dikeluarkan sejak bulan Oktober 1999, sehingga kini belum jelas samada Mahathir akan ke mahkamah atau tidak walaupun ramai orang menjangkakan Mahathir tidak akan sama sekali muncul di mahkamah menjadi saksi kes liwat DSAI. Mulanya Hakim A.J menyatakan beliau akan mebuat keputusan pada hari Khamis 17/2/2000 kemudian ditangguh keesokan harinya dan kemudia ditangguh lagi kepada minggu hadapan. Tidaklah dapat diketahui samada permainan tangguh-menangguh ini akan berterusan. Adakah ianya berlaku kerana Hakim A.J belum mendapat ilham atau wahyu dari empunya badan.

Dalam satu kenyataan akhbar, Mahathir menyatakan kesediannya untuk memberi keterangan di mahkamah namun begitu beliau mepersoalkan kerelevanannya. Beliau tidak mahu perkara itu dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak tahu banyak mengenai kes tersebut dan kata beliau lagi semua bukti telah pun diberikan oleh saksi-saksi di mahkamah. Peguam Karpal memberitahu mahkamah bahawa Mahathir sudah pun menutupkan kes tersebut. Akibatnya Hakim A.J telah memberikan "gag order" kepada Mahathir. Mahathir sebenarnya telah berpuluh kali mengatakan beliau akan ke mahkamah dan bersedia memberi keterangan, malangnya katanya lagi pihak mahkamah tidak memanggil beliau ke mahkamah. Kini apabila sapina sudah pun dikeluarkan, beliau mula berdalih. Inilah sebenarnya permainan politik.

Persoalannya sekarang relevankah Mahathir ke mahkamah? Sebenarnya Mahathirlah sepatutnya menjadi saksi pertama. Bukankah semasa beliau memecat DSAI dahulu beliau telah memberitahu dunia bahawa beliau telah menjalankan siasatan sendiri dan beliau mempunyai bukti-bukti kukuh. Beliau tidak perlu menunggu siasatan pihak polis. Kenapa sekarang beliau kata beliau tidak tahu banyak. Jadi semasa beliau memecat dan menghukum DSAI dahulu semata-mata kerana mendengar cakap-cakap kosong pihak-pihak yang cemburukan kecemerlangan dan ketegasan DSAI. Semasa siasatan, beliau mendengar sendiri penjelasan Azizan dan Ummi. Setelah kes ini dibawa ke mahkamah kemudiannya, seperti yang kita semua ketahui tarikh kejadian liwat telah berubah dua kali.

Jadi apakah Azizan berkata benar sewaktu memberi penjelasan kepada Mahathir sebelumnya. Atau adakah mahathir begitu bodoh sehingga terlalu mempercaya cerita seorang pemandu yang dungu seperti kata Hakim A.J. Kalau benar begitu, negara kita berada dalam keadaan merbahaya kerana seorang Perdana Menteri yang senang dipengaruhi. Mahathir sepatutnya ke mahkamah secara sukarela kerana jika tuduhannya itu benar maka rakyat akan kembali memberi sokongan kepadanya. Sebaliknya kalau beliau tidak muncul di mahkamah walaupun atas keputusan hakim, rakyat pasti berkata ianya atas arahan Mahathir dan rakyat akan lebih yakin bahawa DSAI mangsa konspirasi kejam kerajaan BN/UMNO.

Namun begitu, saya seperti juga DSAI dan berjuta-juta rakyat Malaysia yakin, MAHATHIR tidak sama sekali akan muncul di mahkamah selagi ia berkuasa. Saya akan berpuasa nazar jika Mahathir akan ke mahkamah dan saya harap kita semua berpuasa mengikut ajaran agama masing-masing. Saya juga du'a kan agar DSAI diselamatkan oleh ALLAH. AMIN.

Semangat Jebat
Kuala Lumpur