JADIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA UNTUK SEMUA

Islam itu adalah 'mudah' tapi syumul. Janganlah kita beratkan Islam itu sendiri. Jadikan Al Quran dan Hadis/Sunnah sebagai panduan. Ulama sebagai pewaris nabi perlu dalam membuat penjelasan tentang sebarang keraguan dalam agama. sebab mereka adalah orang yang ahli dalam bidang tersebut.Adalah membahayakan kalau kita cuba membawa pandangan kita yang berat kepada orang lain. Contohnya dalam sesetengah pandangan yang khilaf. Ataupun yang boleh membawa kepada tafsiran yang berbeza.

Islam tidak melarang perbezaan pendapat tetapi kita tidak boleh meletakkan pandangan kita ke atas orang lain. Janganlah kita berfikiran sempit sehingga tidak ada tolak ansur. Rasulullah sendiri bertolak ansur dalam banyak bidang melainkan dalam perkara yang nyata bertentangan dengan syarak. Contohnya berkenaan patung. walaupun menyimpan patung adalah haram dan boleh membawa kepada syirik. tetapi Rasulullah memberi kelonggaran kepada anak patung.

Begitu juga pada masa sekarang kita sering menimbulkan perkara2 yang kadang2 remeh tapi diberatkan sehingga bukan islam bahkan orang islam sendiri merasa islam itu terlalu berat. Islam itu memang tegas dan kita memang kena patuh pada hukum dan ajaran islam. Tapi, janganlah kita campurkan perasaan dan emosi ke dalam hukum islam. Jangan campurkan rasa atau agak-agak dalam hukum islam.

Sekali sekala orang islam mempertikaikan masalah lambang salib. Apa sahaja yang nampak bersilang dikatakan lambang salib. sehingga kita takut untuk membuat bentuk silang. kalau demikian sudahnya, seeloknya jangan sesiapapun berhenti di simpang empat, nanti dikatakan kita mengagungkan lambang salib.!! hmmm...sedangkan lambang salib mempunyai bentuk-bentuk yang nyata. dan ketara. Janganlah kita melihat satu bentuk bersilang, kemudiannya kita bayangkan bentuk salib. Itu sebenarnya salah kita bukannya bentuk silang tersebut. Bermakna lambang salib sudah berada dalam hati kita. Nauzubillah.

Begitu juga dalam perkara berzanji. Ianya merupakan satu amalan berselawat. Sedangkan Allah juga berselawat ke atas Rasulullah. Jadi adalah wajar bagi kita memuliakan Rasulullah. Di dalam berzanji, berkenaan kita menganggap Rasulullah sebagai 'cahaya', jangan kita samakan dengan Allah ataupun nama Allah. Cahaya/nur yang disebut adalah satu kiasan arab yang membentuk penjelasan berkaitan apa yang diumpamakan diri Rasulullah tersebut. Dan seharusnya itulah yang patut kita fikirkan dan fahamkan. Bukan sebaliknya. Adalah salah kalau kita memikirkan sebaliknya. Bermakna hati kita sendiri yang syirik. Bukannya ungkapan tersebut. Sama seperti lambang silang tadi.

Sedarlah, tidak dinafikan syaitan iblis cukup bijak mempermainkan manusia terutamanya orang2 yang beriman. Walaupun kita rasa kita sudah betul namum hakikatnya syaitan akan membuat kita berada dalam perasaan tersebut walaupun sebenarnya kita sudah terlanjur dan melencung. Syaitan boleh membawa kita kepada Allah dan Islam tanpa kita sedari yang sebenarnya kita sudahpun syirik. ( semoga dijauhkan, insyaAllah )

Janganlah sesiapapun merasa mereka sudah bijak dan pandai. Terus lah mempelajari Islam dan bergurulah. Janganlah kita membuat tafsiran sendiri kalau ilmu belum cukup di dada.

Wasalam. ( semoga memperolehi manfaat dari ilmu yang sedikit ini ) Ini hanya pandangan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Cyclops