KOLEKSI
REAKSI PEMBACA PENULISAN PANJANG MT
NOTA WEBMASTER: Saya alu-alukan tulisan dan komen saudara mengenai penulisan yang panjang ide penulis laman ini, Marhain Tua. Sementelahan beliau sudi untuk melayan anda, sila kemukakan sebarang reaksi, ide dan pendapat supaya dikongsi bersama. Alamatkan email saudara terus kepada beliau di alamat seperti yang tertera di Ruangan Minda dan Budi ini. Polong Cyber From: "mizu mizu" To: marhain tua Subject: Artikel yang baik Date: Sun, 20 Feb 2000 14:30:20 GMT Assalamualaikum.. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha saudara menulis banyak artikel sejak kebelakangan ini. Saya merupakan salah seorang pelanggan tetap laman reformasi dan sentiasa tak lupa membaca artikel tulisan saudara..Artikel-artikel yang saudara tulis banyak memberi idea-idea yang berguna kepada saya khasnya dan kepada orang ramai amnya. Artikel-artikel saudara banyak membuka minda rakan sekerja saya (saya merupakan seorang guru) yang masih lagi terlena oleh persekitaran. Sudah banyak rakan-rakan saya yang sedar dari tidur yang panjang akibat dari usaha saya dan rakan-rakan mencetak dan mengedarkan di sekolah (untuk guru sahaja), dan hasilnya lebih kurang 85% daripada rakan sekerja saya sudah sedar dan menyertai gerakan reformasi..cadangan saya ialah teruskan usaha saudara dan hasilkan lebih banyak artikel-artikel yang lebih membuka minda dan mengajak kita berfikir sekian selamat maju jaya Jawapan MT Hai mizu-mizu.Terimakasih dengan e-mail anda. Saya sungguh bersemangat dengan sikap jugan yang anda bayangkan. Sebenarnya setiap yang baik dalam tulisan saya itu datang daripada Allah swt. Cacat-celanya datang daripada saya. Maklumlah kadang-kadang saya menulis dengan setengah mata terpejam. Namun kita janganlah lupa akan peranan ayng dimainkan oleh para webmasters. Saya sungguh menghormati mereka walaupun tidak seorang pun yang saya kenal. Mereka menjadi sahabat saya di alam cyber sahaja. Dengan hal yang demikian, saya ingin mengajak sadara membuka Laman RPN dan lihat Arkib khas 'Titipan Marhaintua', Laman Mindarakyat (Minda & Budi), Tranungkite (Penulis cyber). Di sana banyak lagi tulisan saya yang mungkin saudara tidak sempat membacanya. Buatkanlah potokopi dan edarkan kepada wakil rakyat yang terdekat dan juga orang ternama yang saudara kenal. Insya Allah, satu semangat kesedaran akan terpancul untuk mereka bersama kita berjihad ke jalan Allah. Sekian. Salam Hormat. Semoga Allah sentiaa memberkati anda sekeluarga. Amin!
From: "izzuddin"
Saya juga berharap
saudara akan terus menyumbang buah fikiran yang berguna, untuk saya cetak dan
sebarkan pada rakan-rakan yang tak berkesempatan dan tiada kemudahan internet.
Insya-Allah, Allah akan membantu kita, yakinlah kepadaNya, dan kita perlu terus
berusaha. Semoga kita berjaya hendaknya.
Terimakasih dengan kiriman e-mail
saudara itu. Yang baik itu datangnya daripada allah. Cacat-cela dalam penulisan saya
itu datangnya dari diri sendiri.Cuma ada dua permintaan dari saya (a) Usahakanlah
dengan kawan-kawan membuat potokopi sebanyak mungkin akan artikel itu dan kirimkan
kepada oran-orang yang berpengaruh terutama sekali wakil-rakyat yang anda
kenal. (b) kalau anda buka Laman Reformasi Pendidikan (Titipan Marhaintua),
Mindarakyat(Minda&Budi) dan juga Tranungkita (Penulis Cyber) terdapat arkib
penulisan saya yang tersusun rapiatas usaha para Webmaster. Arkib ini telah disusun
dengan baik sakali secara professional. Usahakanlah membuat salinan dan edarkanlah
kepada pihak yang anda fikirkan boleh dipengaruhi secara berdikit. Saya menulis
secara berjihad ke jalan Allah. Para webmasters pun berjihad ke jalan Allah juga.
Saya kira saudara juga menulis kepada saya dan mengedarkan tuisan saya itu secara
berjihad juga. Insya allah satu hari nanti kita akan bersua muka dan tersenyum sinis
mengenangkan liku-liku hidup missi berjihad ini. Sekian. Salam Hormat. Semoga Allah
bersma saudara, sentiasa. Amin! From: Joe Manir To: marhain tua Subject: Orang Melayu dayus? Date: Sat, 19 Feb 2000 02:17:53 -0800 (PST) Kehadapan MarhainTua, Assalaamu 'alaikum, Saya terbaca salah satu article Tuan yang mengandungi istilah 'Melayu' dan 'dayus'. Izinkan saya memberi sedikit pendapat: Secara total untuk bangsa Melayu ini, sebahagian besarnya, saya bersetuju dengan pendapat itu.
Saya berpendapat ini semua adalah ekoran
negara dan juga pemikiran yang pernah dijajah (dan masih di- eksploitkan oleh 'orang
asing' secara begitu halus -- mungkin inilah harap2nya 'orang asing' yang selalu
diucapkan oleh P.M.). Jawapan MT
To: Joe Manir.
Sekian. |