Assalamualaikum w.b.t
KP amat tidak bersetuju dengan isu mana-mana jemaah yang menunaikan haji tanpa melalui Tabung Haji akan dilucutkan kewarganegaraan. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan prinsip serta keadaan semasa yang mana ianya tidak wajar dilakukan sebegini.
Jika dilihat dari sudut perundangan, sesuatu akta ataupun arahan baharu yang dikenakan kepada mana-mana warganegara sewajarnya dilakukan mengikut saluran undang-undang setelah diperbahaskan di Parlimen.
Isu kewarganegaraan ini bukanlah hak mutlak Tabung Haji atau Menteri Yang Tidak Tahu Malu (HAmid othMAN). PIhak Imigresen pun tidak berhak sewenang-wenangnya menetapkan keputusan tanpa melalui semua saluran perbahasan. Anyway jika pihak kerajaan ingin juga melucutkan kewarganegaraan rakyat atas isu ini maka KP dengan ini mencadangkan bahawa kewarganegaraan seorang kerabat diraja Malaysia dilucutkan juga kerana dia didapati melawat negara Israel tanpa dibenarkan.
Isu berkaitan Jemaah Haji ini telah berlanjutan sejak bertahun lamanya. Seorang rakan baik KP (bekas pegawai kanan Tabung Haji) pernah berkata kepada KP yang dia terpaksa meletakkan jawatannya kerana tidak mahu bersubahat untuk meluluskan pemergian jemaah haji atas kuota Menteri Yang Tidak Tahu Malu (HAmid othMAN) walaupun jemaah tersebut sepatutnya mengikut giliran.
KP merasakan adalah wajar Tabung Haji dirombak sepenuhnya mengikut cara ini.
Tabung Haji tidak wajar membuat keuntungan kerana ianya melakukan kerja-kerja fiisabilillah.
Cukuplah Tabung Haji membuat sedikit lebihan didalam kos urusannya. Tidak boleh lebih dari itu kerana ianya boleh menjadi RIBA.
Tetapkan kuota 1000 atau 2000 jemaah sahaja yang pergi buat kali kedua atau lebih
Dapatkan kuota yang lebih untuk Malaysia. Bukannya Kerajaan Arab Saudi tidak beri visa lebih.
Tabung Haji jangan TAMAK. Semua urusan ingin dibolot. Urusan Haji pun masih tidak boleh uruskan dengan baik, tapi mahu jaga urusan UMRAH?
Tabung Haji jangan sekat jemaah yang ingin pergi dengan mana-mana agensi (sebab zaman nabi bukannya ada Tabung Haji, tapi jemaah boleh juga pergi dengan teratur)
Tabung Haji tidak wajar menaikkan nilai bayaran kerana kononnya untuk menampung kos. Ini kerana jika 70 ribu lebih penyimpan akan tetapi yang boleh pergi cuma 22 ribu so Tabung Haji tidak rugi walau sesen pun.
Urusan Tabung Haji mestilah telus. Jika pihak Tabung Haji masih berkeras dan cuba meminta pihak kerajaan melucutkan kewarganegaraan jemaah maka dengan ini KP mengisytiharkan PERANG dengan kerajaan Malaysia dan Tabung Haji.
We will see you all in Court (Me, my family and friends will sue our government on this matter) See you all in PADANG MAHSYAR....
Salam Islah Dari Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS) http://members.xoom.com/ketuaperusuh Liechtenstein, Utara Austria