Ungkapan ini paling
relevan dilontarkan kepada Mahathir si Mahafiraun. Saya memetik ungkapan ini dari
satu dialog filem Hindi Reformasi, Phir Bhi Dil Hai Hindustani, yang diucapkan oleh
seorang pemimpin politik bertaraf menteri dalam filem itu. Beliau selain menjadi menteri,
juga perancang tuduhan jahat ke atas lawannya.
Mengapa saya menganggap ungkapan ini
paling tepat untuk Mahathir si Mahafiraun ? Sebabnya ialah kerana Mahathir adalah
satu-satunya manusia di bumi Malaysia ini yang berada ‘di atas undang-undang’
mengatasi raja-raja Melayu. Di zaman PM sebelum Mahathir, tiada PM atau menteri pun yang
kebal atau mengarahkan undang-undang berada di bawah telapak kakinya, tetapi Mahathir
adalah satu-satunya manusia paling durjana yang sanggup meletakkan undang-undang menjadi
barang permainan hawa nafsunya.
Di zaman Tun Razak dan Hussein Onn menjadi PM,
semua menteri dan rakyat menjunjung tinggi keluhuran dan kedaulatan undang-undang. Tiada
siapa yang berani memperlekeh atau meletakkan undang-undang supaya sesuai dengan selera
hawa nafsunya. Ada menteri yang kecut perut bilamana BPR mahu menyiasat sesuatu tuduhan.
Tetapi hari ini, kesemua institusi undang-undang terpaksa melutut dan merelakan diri
mereka menjadi alat kepada seorang manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan berajakan iblis
dalam tindak tanduknya.
Biarlah saya memperturunkan semula beberapa rentetan
perbuatan si durjana Mahathir meletakkan undang-undang di bawah telapak kakinya. Pertama
ialah pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 sebagai Ketua Hakim Negara atas alasan
yang direkacipta dan diada-adakan. Memang Mahathir pakar yang luar biasa dalam merekacipta
tuduhan-tuduhan jahat ke atas mereka yang tidak mahu tunduk kepada kehendaknya.
Penyingkiran Tun Salleh Abas merupakan episod pertama pencabulan undang-undang dan sistem
kehakiman negara oleh Si Mahafiraun tersebut. Dan ini juga menandakan
bermulanya episod penambahan musuh-musuh baru oleh Mahathir di luar musuh-musuh
politiknya.
Kemudian diikuti oleh krisis Perlembagaan 1993 bilamana si Mahafiraun
itu mencabar kedaulatan raja-raja Melayu. Isu kecil si Gomez yang ditempeleng oleh
Sultan Johor yang panas baran itu dijadikan batu loncatan paling keemasan untuk meletakkan
raja-raja Melayu berada di bawah telapak kakinya, selepas Ketua Hakim Negara. Selepas
episod ini, raja-raja Melayu kehilangan taringnya dan menjadi raja atau sultan bagi
persatuan bola dan hoki sahaja. Pindaan Perlembagaan 1993 benar-benar menjadikan raja-raja
Melayu seperti tunggul dan bola yang boleh diarahkan untuk mengiyakan apa sahaja kehendak
si Mahafiraun itu.
Ketundukan dua buah institusi penting negara itu di bawah
telapak kakinya menjadikan si Mahafiraun semakin galak untuk menjadikan kesemua institusi
berada di bawah kehendak hawa nafsunya. Penyingkiran Dato Ishak Baharom sebagai
Mufti Selangor pada tahun 1997 berpunca dari isu ratu cantik menyemarakkan lagi
episod permusuhan Mahathir dengan apa yang dikatakan sebagai ‘penentang’ yang
perlu dihapuskan untuk kelancaran pentadbirannya (sebenarnya kelancaran kebuasan hawa
nafsunya untuk berbuat apa sahaja). Penyingkiran Dato Ishak ini merupakan siri
penentangan dan kebencian terhadap peranan ulamak dan agama Islam dalam membersihkan
negara dari unsur-unsur maksiat. Sebelum itu, pengharaman Jemaah Al-Arqam, meskipun
akidahnya agak dipertikaikan kerana Aurad Muhammadiyah, juga sebahagian daripada
penghapusan mereka yang dianggap boleh dan bakal mengancam kekuasaannya kerana Arqam
membawakan mitos Pemuda Bani Tamimnya untuk menggulingkan kerajaan Mahathir. Perlecehan
terhadap amalan sunnah dan janggut Nabi s.aw., hukum hudud dan sebagainya menyerlahkan
lagi sikap durjana dan bencinya manusia Mahathir itu kepada apa juga unsur yang
berpunca daripada Islam. Baginya, Islam merupakan hambatan dan halangan utama yang banyak
menyekat kebuasan hawa nafsunya daripada bermaharajalela.
Saya tidak mahu mengulas
mengenai permusuhan Mahathir dengan orang-orang kecil atau yang kurang beperanan sangat
seperti isu Bahasa Kebangsaan. Kalau benda besar pun sudah ‘tiada apa dah’ nak
dicakapkan lagi, apatah lagi perkara-perkara kecil yang tidak signifikan mana.
Kemuncak
permusuhan dan kemaharajaan paling gila dan paling durjana oleh Mahathir ialah
perisytiharan perangnya ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim, timbalannya sendiri pada 2
September 1998 dahulu. Kalau dahulu beliau mengisytiharkan perangnya kepada orang atau
institusi yang berada jauh atau di luar lingkungan dirinya, tetapi kali ini timbalannya
sendiri yang menjadi mangsa.
Penyingkiran Anwar dan diikuti oleh tuduhan-tuduhan
jahat ke atasnya yang di luar kewarasan akal yang sihat merupakan kemuncak kejahatan dan
kebajingan Mahathir semenjak 18 tahun berkuasa. Tuduhan-tuduhan yang
‘meyakinkan’ yang keluar dari mulut Mahathir ke atas Anwar , menjatuhkan hukuman
sebelum mahkamah memutuskan dan memperalatkan segala instrumen kerajaan seperti
polis, hakim, media dan Jabatan Peguam Negara untuk menjustifikasikan tindakan jahatnya ke
atas Anwar merupakan siri pencabulan paling ngeri ke atas kedaulatan undang-undang negara
oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri.
Episod Anwar ini merupakan episod
paling panjang dan paling getir dilalui Mahathir. Bersebab episod Anwar inilah Mahathir
semakin rakus meletakkan segala institusi dan instrumen kerajaan supaya menurut
kehendaknya. Selepas polis dipaksa untuk mereka-reka afidavit lucah ke atas Anwar, Peguam
Negara pula dipaksa supaya menjustifikasikan segala tuduhan keji ke atas Anwar yang keluar
dari mulut si Mahafiraun itu. Maka berlakulah episod pendakwaan gila dan paling tidak
masuk akal. Manakala para hakim pula dilacurkan sebegitu rupa supaya membenarkan setiap
tuduhan yang dibuat demi memelihara “maruah” seorang Perdana Menteri.
Perbicaraan
rasuah yang tidak melibatkan satu sen pun duit oleh Anwar di bawah si hakim super bebal
dan super bangang Augustine Paul pada tahun lepas menyaksikan suatu perbicaraan mahkamah
paling pincang dan paling cacat dalam sejarah perundangan mana-mana negara bertamaddun di
dunia hari ini bilamana sang hakim menjadikan keterangan para saksi yang menyebelahi
tertuduh sebagai tidak relevan kesemuanya. Perbicaraan selama 75 hari itu yang berakhir
dengan hukuman penjara 6 tahun ke atas Anwar walaupun para peguambela Anwar memberikan
penghujahan yang teramat kukuh, membenarkan pandangan umum bahawa hakim yang ada telah
‘diprogramkan’ menurut acuan tuannya yang berada disinggahsana kuasa. Perbicaraan itu
juga telah berjaya melemahkan institusi kehakiman negara ke tahap paling hina, paling keji
dan paling bangsat sekali. Dan menjadikan kedudukan para hakim tidak ubah seperti
beruk-beruk yang diarahkan memanjat kelapa untuk mentaati perintah tuannya.
Perbicaraan
Siri Kedua, Pertuduhan Liwat ke atas Anwar yang sehingga kini masih berjalan semakin
menyerlahkan lagi tanggapan bahawa si Ariffin Jaka adalah hakim beruk yang telah
diprogramkan supaya menurut apa jua kehendak Mahathir. Sebelum pilihanraya dahulu
beliau dengan tiba-tiba memberhentikan perbicaraan dengan alasan sakit belakang yang
dibuat-buat. Padahal untuk memastikan pilihanraya itu tidak terganggu kerana faktor Anwar.
Jika saksi bercakap bohong akan dikenakan tindakan, tetapi bila Si Ariffin Jaka berbohong
apa yang patut kita buat ?
Pada tahun lepas pasukan peguambela Anwar telah pun
mengeluarkan sapina untuk memanggil Mahathir sebagai saksi. Tetapi telah dibatalkan kerana
Mohtar Abdullah, Peguam Negara yang super bangang mencabarnya. Memang dasar lidah
biawak, si munafik Mahathir ni kalau di luar bukan main angkuhnya mahu datang ke mahkamah,
tetapi bila disapina berbagai alasan bodoh diberikannya. Kebodohan Mahathir ini disokong
pula oleh si bebal Mohtar Abdullah, Gani Patail dan Azhar Mohamad dengan bantuan Ariffin
Jaka yang dungu itu.
Dalih dan sejuta alasan yang diberikan Mahathir dalam sapina
terbaru minggu lepas supaya beliau hadir memberikan keterangannya di mahkamah membuktikan
bahawa si tua jahannam itu memang tidak berani untuk mempertahankan tuduhannya ke atas
Anwar kerana hati nurani beliau sendiri berkata bahawa segala tuduhan ke atas Anwar adalah
tidak benar. Jadi, bagaimana mungkin beliau akan sanggup untuk berdepan dengan
peguam-peguam Anwar di mahkamah ? yang anehnya, mengapa si Ariffin Jaka dan Mohtar
Abdullah beriya-iya sangat untuk mempertahankan Mahathir supaya tidak hadir ke mahkamah ?
Bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawa Mahathir merupakan seorang saksi yang material
dalam perbicaraan Anwar tersebut ? Dan mengapa pula si Ariffin Jaka sengaja mencari-cari
helah untuk mengkaji dan mengkaji sapina ke atas Mahathir sebelum memutuskan ianya wajar
atau relevan tidaknya menjadi saksi? Bukankah itu hak peguambela Anwar yang menjadikan
Mahathir sebagai saksi di pihak mereka ?
Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang.
Kalau Mahathir berada di pihak yang benar mengapa beliau mencari seribu dalih untuk
mengelak dari hadir memberikan keterangannya? Manakala tindakan Ariffin Jaka
yang seolah-olah mahu melindungi dengan mengenepikan Mahathir sebagai saksi yang material
semakin menyerlahkan lagi pandangan bahawa beliau sebenarnya sedang diprogramkan untuk
mempertahankan seorang PM yang sedang dan telah mengatasi undang-undang. Beranikah Ariffin
bertindak derngan cara yang sama jika bukan Mahathir yang menjadi saksi ? Sudahlah
begitu, si Mahafiraun itu berdalih lagi yang beliau hanya akan datang ke mahkamah kalau
peguam Anwar tidak menjadikan kehadirannya nanti sebagai ‘political stunt’. Dan akan
memberikan keterangan jika keterangannya relevan dengan kes. Sikap memepermain-mainkan
mahkamah ini jelas membuktikan bahawa Mahathir memang meletakkan batang tubuhnya di
atas undang-undang. Kalau Clinton pun sanggup memberikan keterangan di hadapan
hakim, tetapi tidak untuk Mahathir.
Kesian sungguh si Ariffin Jaka. Amaran demi
amaran yang dikeluarkannya supaya tiada siapa pun yang boleh memberikan komen terhadap
perbicaraan Anwar yang sedang berjalan, langsung tidak diendahkan Mahathir. Persoalannya,
beranikah Ariffin mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Mahathir walaupun sudah
jelas sekali beliau menghina mahkamah. Dari apa yang kelihatan, baik Ariffin mahupun
Mohtar Abdullah, keduanya sama sekali sudah mati akal dan hanya mampu mengetap bibir
sahaja dengan telatah gila si Mahafiraun itu. Inilah bahananya bila manusia dipertuhankan
(untuk menurut hawanafsunya) manakala Tuhan pula dipersetankan dari merasa takut
kepadaNya.
Keberanian Mahathir menongkah arus, mencipta musuh, kemudian
melemah dan menundukkan musuh-musuhnya sememangnya mengkagumkan. Manusia ‘Maha’ itu
memang luar biasa sekali. Keberanian beliau dalam mencetuskan segala kontroversi melampaui
sempadan alam dan masa. Saya percaya andaikata Nabi s.a.w. masih hidup sampai
sekarang, nescaya Baginda juga akan ditentang hebat oleh si Mahafiraun ini. 3000 tahun
dahulu, ada seorang makhluk Allah yang bergelar Firaun yang tercatat dalam al Quran
sebagai manusia paling melampaui batas. Tanpa diduga oleh sesiapa, 3000 tahun kemudian,
lahir lagi seorang makhluk Allah yang begitu berani mengaku dirinya sebagai
MAHAFIRAUN ! Adakah dalam konteks negara ini, si Mahafiraun ini tergolong sebagai
manusia paling melampaui batas ? Jawapannya ialah YA !
Firaun Ramses di zaman Nabi
Musa a.s. dahulu mengaku dirinya tuhan. Beliau mengatasi segala peraturan dan
undang-undang di zamannya. Segala kehendak dan arahannya wajib dipatuhi. Tiada siapa yang
boleh mengatasi ‘ketinggiannya’. Jawapan bagi para penentangnya ialah penjara atau pun
maut ! Itulah Firaun zaman Nabi Musa a.s.. Kini, Mahafiraun yang muncul di negara ini
mahu mengulangi sejarah ‘kebesaran dan kekuasaan’ Firaun Ramses purba dahulu. Di bawah
kekuasaan Mahafiraun ini, semua orang mesti tunduk dan patuh dengan kemahuannya. Semua
orang perlu menjadi ‘yes man’. Semua orang perlu mengangkat dan menyanjungnya bagai
dewa dari kayangan. Barang siapa yang berani menentang, tunggulah pembalasan siksanya,
samada dipecat, dimalukan, diaibkan, dipenjara hatta dibunuh sekalipun.
Saya amat
berharap Mahathir akan membuat perisytiharan terbuka tidak lama lagi dengan ungkapan
“SIAPA YANG BERANI MENENTANG AKU – MAHATHIR SI MAHAFIRAUN INI ? HARI INI AKULAH
MAHKAMAH, AKULAH UNDANG-UNDANG ! NEGARA INI ADALAH AKU, AKU ADALAH NEGARA INI. KERAJAAN
ADALAH AKU DAN AKU ADALAH KERAJAAN. UMNO ADALAH AKU DAN AKU ADALAH UMNO !! Semua
orang perlu tunduk sujud patuh dengan kehendak aku. Lihatlah betapa hebatnya
diriku….semua musuh-musuhku telah terjelepuk di bawah telapak kaki aku dan para polis,
hakim, peguam negara, pegawai-pegawai kerajaan dan raja-raja semuanya kena tunduk patuh
tanpa soal dengan kehendak aku. I AM THE GREAT PHARAOH ! Siapakah yang berani
mencabar aku ? “
Cucu Datuk Bahaman