WALAUPUN Dr. Mahathir mengulas bahawa dia tidak ada halangan datang ke mahkamah untuk
memberi keterangan, tetapi hakikat sebenarnya beliau jelas dan terang bagai bersuluh di
siang hari: sebenarnya Dr. Mahathir enggan seenggan-enggannya untuk diletakkan ke kandang
saksi dan disoal dengan soalan-soalan yang dapat menjelaskan kesahihan kes tuduhan keatas
DS Anwar.
Kesaksian beliau bukan saja dapat memberi Hakim yang arif menentukan
keputusan yang adil, tetapi atas segala-gaanya, Rakyat negara ini dan dunia seluruhnya
akan mengenal:
1) siapa Mahathir sebenar dan sejauhmana beliau selama ini berkata
benar atau seorang pembohong besar,
2) adakah beliau seorang pengkhianat, seorang
penyangak yang cenderung memutar-belit lidah,
3) adakah beliau seorang yang wajar
dijadikan pemimpin lagi atau layak dicampakkan saja dalam tong sampah untuk dihumbankan ke
dalam incinerator untuk penghapusan terakhir.
Rakyat sudah muak dengan karenah
dolak-dalik cakap tak serupa bikin Dr. Mahathir. Hari ini dia cakap lain, esok cakap lain.
Sikap itu memberi petanda jelas lagi ketara bahawa beliau adalah seorang yang tidak ada
pegangan dalam hidup; cuma untuk menanti hari terakhir (maknanya: menanti mati!!).
Sekarang
nampak jelas bahawa Hakim dan Pendakwa telah membuat “perasai kebal” dengan hujah
dangkal lagi amat bebal untuk menafikan tuntutan peguambela DS Anwar meminta kesaksian Dr.
Mahathir dikandang saksi di mahkamah. Itu adalah tuntutan yang halal dan sah dari segala
segi.
Membaca hujah mereka (peguambela), tidak ada sebarang alasan yang boleh
menafikan hak mereka (peguambela) itu. Dari segi undang-undang dan proses pengadilan,
kesaksian Dr. Mahathir adalah terlalu penting dan samasekali tidak boleh dipertikaikan.
Dr.
Mahathir adalah orang telah bertindak sbagai penuduh, pembicara dan hakim sekali gus
hingga membawa keputusan DS Anwar teraib dan tersingkir dari semua jawatan dan hak beliau
sebagai seorang bebas. Kewibawaan beliau tercemar hebat, dan jiwa serta kesejahteraan
beliau dan keluarga terseksa.
Dr. Mahathir adalah manusia yang membawa
sedahsyat-dahsyat angkara keatas diri DS Anwar. Yang anihnya, proses mahkamah belum
bermula, tetapi Dr. Mahathir telah menubuhkan mahkamah sendiri bersama-sama juri pilihan
beliau yang boleh diugut untuk menghukum Anwar.
Dalam peradaban manusia yang
bertamadun, Dr. Mahathir wajib bertanggungjawap keatas apa yang disebutnya dengan lidah
dan dilakukannya dengan tangan.
Jika Dr. Mahathir seorang manusia yang berakhlak
(walau sebesar zarah sekali pun); beliau harus tidak bersikap seorang bacul dan pengecut
bersembunyi dibelakang para hakim dan peguam negara supaya mengelak dari belasahan
(barrage) di mahkmah dengan soalan-soalan yang menentukan samada beliau seorang manusia
atau sebalinya.
Orang sudah lama menduga mengapa Dr. Mahathir enggan berdiri
sebagai saksi dimahkamah. Pertama, segala tuduhan keatas Anwar adalah satu pakatan jahat
(konspirsi) terancang yang disengajakan. Pakatan ini bertujuan menghancurkan karier
politik Anwar melalui untaian fitnah yang amat jijik. Bukan saja demi kepentingan Dr.
Mahathir dan keluarga secara peribadi, tetapi kroni-kroni beliau yang sudah kecut-mecut
dengan ketelusan DS Anwar adalah mereka yang terlibat berkonspirasi.
Kedua, Dr.
Mahathir sudah kesedapan memagang kuasa mutlak hingga egonya begitu memuncak, hingga
beliau tidak mau undor dan menjadi rakyat biasa. Ini adalah selaras dengan agenda yang
dirancang sejak bertahun-tahun setelah beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Selari
dengan itu, sehingga hari ini (18 Februari, 2000), Dr. Mahathir telah terlalu jauh
terlajak kelembah kehinaan yang tidak ada tolok bandingannya. Beliau tidak ragu-ragu
melakukan segala macam maksiat, rasuah, penyelewengan, kezaliman dan kekejaman serta
jenayah berat yang dikutuk oleh umat yang bertamaddun.
Sejarah politik Dr. Mahathir
tidak bersih; jauh sekali dari berwibawa dan suci-murni. Jika dipandang cara dan gaya
hidup beliau sebagai seorang doktor klinik persendirian (dulu) dengan sekarang; umpama
langit dengan bumi. Hari ini, Dr. Mahathir adalah seorang billionaire dengan harta
berbillion diluar negara dan dalam negara. Segala-gala itu diperolehi dengan menipu dan
menzalimi rakyat!!
Baginya, harta rakyat adalah hartanya. Segala keputusan Dasar
negara dan perlaksanaan menyentuh rakyat adalah didalam genggamannya. Baginya itu adalah
satu nikmat yang tidak sanggup terlepas dari genggaman beliau. Malah, nafsu beliau sudah
melebehi jangka. Beliau tidak mahu ditentang lagi.
Memanglah, jika seorang umat
manusia menafikan sistem peradaban manusia bertamaddun, apa yang kita lihat ialah seorang
manusia – tetapi jantung hatinya adalah kepunyaan iblis. Umpama Firaun yang dikutuk, Dr.
Mahathir telah mencapai tahap manusia durjana yang diperkenankan dengan lidahnya sendiri
iaitu “MahaFIRAUN”.
DS Anwar berkata benar bila beliau berkata, “Nak harap
Mahathir datang ke mahkamah? Jangan harap”. Tetapi peguambela En. Karpal Singh, En.
Feranando, dll. adalah manusia yang patuh dengan keadilan undang-undang. Mereka degil
berhujjah menegakkan kebenaran. Mereka tidak perlukan bayaran dan ganjaran.
Sebaliknya,
pendakwa sedang mencari jalan untuk memutarbelitkan fakta-fakta benar. Kerana, itulah yang
diarahkan oleh orang yang sedang mencekik batang leher mereka.
Darin sini kita
nampak, sebenarnya Mahathir adalah seorang bersalah. Kerana itu beliau bertukar menjadi
manusia yang pengecut, basul dan lemah. Makin hari, makin nampak bahawa beliau boleh
dihumbankan sebegitu mudah. Sentimen rakyat tidak peduli samada Dr. Mahathir akan sampah
atau sarap jalanan. Malangnya, ada lagi orang UMNO yang masih berharap sesuatu. Memanglah
itu sikap puak yang dayus.
Perjalanan undang dan keadilan dalam kes Anwar ini sudah
tidak nampak. Jika Dr. Mahathir masih lagi mempunyai niat akan mati sebagai seorang yang
tidak bersalah; segala-galanya terletak ditangan beliau. Jika beliau selama ini
terlaung-laung berkehendakkan keadilan terwujud dikalangan negara kaya supaya tidak
mencekik negara miskin (hingga saham anak-anak dan Kroninya jatuh merudum hingga muflis);
maka begitulah tuntutan 20 juta rakyat dan 4 billion rakyat dunia supaya beliau
membersihkan diri sebelum mati.
Keadilan perlu bermula dari dalam diri. Jika
Mahathir ingin menyelamatkan maruahnya; dengan terus-menerus berlagak sebagai pengkhianat
tanahair, bangsa, dan ugama begini; sejarah pentadbiran beliau akan ditulis rakyat sebagai
contoh keramat layak bertaraf pentadbiran kerajaan ‘Firaun’.
Sesungguh, Dr.
Mahathir sedang membawa sebuah kehancuran kepada UMNO dan mereka yang menyokong beliau.
Mungkin peyokong UMNO sendiri sudah hilang keyakinan kepada pemimpin mereka yang sudah
kehilangan jiwa!!
Akan beralihlah putaran mata angin. Dan UMNO akan dilanda taufan
yang akan mencabut keakar umbi. Dengan izin Allah.
(Saya minta izin kepada
tuan-tuan yang saya muliakan kerana memberi kesempatan meluahkan rasa benci dan jijik
terhadap situasi yang memalukan ini. Terima kasih. Salam.)
Demokrat UMNO,
Kuantan.
PAHANG.
18 Februari, 2000.