Mungkin juga sumber saya salah. 

Semasa di Mesir beberapa minggu lepas, sempat saya bertemu seorang ahli gerakan.  Sambil merujuk kepada kepada satu rencana berbahasa Arab, beliau memberi tahu saya tarikh tersebut. Mungkin juga dia silap sebut/terjemah atau mungkin juga dia tersilap/lupa. Atau mungkin juga ada beberapa pendapat berhubung tarikh - tidak dapat saya pastikan. 

Namun, yang penting kita seharusnya mengambil iktibar dari kisah perjuangan beliau. (Tak perlu disiarkan surat ini - hanya untuk makluman Tok Ayah) Terima kasih atas teguran - supaya saya memeriksa sepenuhnya sumber maklumat saya di masa depan. 

Diharap Tok Ayah dapat betulkan ejaan Millenium kepada Millennium (dua n) - kalau ejaan Inggeris. 

Wassalam. IB