Hari ini, 15hb Februari, adalah genap 51 tahun, pengasas gerakan Ikhwan ul Muslimun, Ash Shahid Imam Hassan Al Banna, di bunuh di kota Kaherah. Gerakan yang diasaskan oleh beliau telah berkembang luas di seluruh pelusuk dunia.
Walaupun hanya beberapa negara Arab yang kekal menggunakan nama Ikhwan Muslimun untuk gerakan itu di tempat masing-masing, tetapi masih banyak lagi gerakan Islam di negara lain termasuk di negara kita yang menggunakan kaedah gerakan berdasarkan kurikulum Ikhwan Muslimun.
Tema yang gemar digunakan ialah: Allah adalah matlamat kita, Rasulullah pemimpin kita Al Qur’an perundangan kita, Al Jihad adalah perjalanan kita, Shahid di jalan Allah harapan tertinggi kita. Dan begitulah tercapainya harapan As Shahid Imam Hassan Al Banna yang shahid di tembak di sebatang jalan raya di bandar Kaherah pada tahun 1949.
Sempena itu, sama-sama kita berdoa’ agar rohnya diletakkan di kalangan para shuhada’ dan kita mempertingkatkan usaha kita untuk menegakkan Al Qur’an sebagai perundangan kita melalui jalan Jihad.
Sekian
Ibrahim Baba
Februari 15, 2000