DIKEBELAKANGAN ini, makin ketara akhbar-akhbar pro-kerajaan membelakangi prinsip dan etika
persuratkhabaran konvensyenal. Tidak perlu disebut kesemua akhbar-akhbar terbabit. Yang
paling menjijikkan, pelbagai pembohongan dan fitnah telah menjadi tajuk-tajuk utama.
Pelbagai putarbelit menjadi-jadi hingga memberi implikasi yang bukan-bukan terhadapan
pemikiran, dan persepsi rakyat.
Akhbar Pro-Kerajaan Berbohong?
Kerap kali
kita mendengar rungutan pembaca semata-mata kerana liputan dan huraian maklumat yang
dipaparkan itu memperlihatkan sikap dan pertimbangan yang kurang peka dan amat
menjijikkan. Tidak sukar bagi sesiapa untuk mencari punca sebab-musabab mengapa akhbar
seperti Utusan Malaysia, Berita Harian atau NST makin diketepikan.
Banyak
tajuk-tajuk akhbar itu telah menimbulkan pelbagai persoalan, perasangka dan riaksi
pembaca.
Sensasi? Memang!
Benar? Masuk akal? Tidak. Malahan mustahil!!
Apa
riaksi pembaca?
Jawapan yang mudah ialah: akhbar-akhbar pro-Kerajaan tidak berjaya
menyebarkan maklumat benar!! Itu satu tanggapan yang “membunuh”..!!
Takrif
terakhir pembaca amat mudah. Akhbar-akhbar pro-Kerajaan adalah suratkhabar sumber maklumat
bagi segala maklumat bohong, menyalahkan pentafsiran sesuatu yang benar dan sempurna,
menghasut dan bermain sentimen dangkal-melulu dan putarbelit.
Kesannya, pembaca
menjadi bosan, jijik dan kurang yakin. Akhirnya bilangan pembaca yang menyingkirkan akhbar
itu kian bertambah. Ini menyebabkan akhbar itu tersingkir dari senarai akhbar-akhbar yang
diminati pembaca. Inilah nasib yang sedang menimpa akbar-akbar 'pembodek' kerajaan.
Riaksi
pembaca sedemikian adalah lojik dan spontan. Tidak ada siapa yang boleh memaksa sesiapa
untuk bersikap ta'at kepada mana-mana sumber media maklumat. Ini termasuk media letronik.
Hari ini kita tahu bahawa penjualan akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian
atau NST makin jauh berkurangan. Jika akbar-akhbar ini sentiasa bermain sentimen begini
dan mengekalkan sikap 'memberi tafsiran dan pembohongan', satu hari kelak (dalam waktu
terdekat) kita akan dengar Utusan Malaysia, Berita Harian atau NST "sudah tutup
kedai". Habis cerita….!!
Boikot Sudah Bermula
Sekarang sudah makin
ketara kesan boikot yang dilaksanakan rakyat. Rakyat merasa membazir dan tertipu membaca
berita-berita sensasi yang bohong. Andaian rakayat: itu surat kabar yang cuma tepat kalau
tulis nombor judi tokam ekor saja. Begitu lah hinanya.
Kerana itu, HARAKAH jadi
pilihan. Atas sikap cemburu, maka ada pihak menggunakan kuasa KDN digunakan untuk
membatalkan penyebaran HARAKAH. Tindakan itu memang tidak demokratik. Ia mencerminkan
sikap dan 'ketakutan' sesuatu pihak dalam menghadapi 'kebenaran'. Itu tafsiran umum.
Tafsiran
itu telah diyakini pembaca yang dahagakan maklumat yang benar lebih tepat. Adakah ini akan
berjaya menyekat penyebaran berita 'benar'? Dengan lain perkataan, peperangan sekarang
adalah berakarumbi kepada 'Kebenaran' menentang 'Pembohongan'.
Tidak salah
mana-mana akhbar memaparkan tulisan berbentuk pro-kerajaan. Memang itulah maksud
pengedaran sesebuah akhbar itu. Tapi jika ia cuba terlalu taksub hingga membutirkan
maklumat yang berat sebelah hingga tersembunyi kebenaran, maka dalam sebuah masyarakat
yang berilmu seperti negara kita ini - rakyat pasti akan memberi riaksi yang negatif.
Seperkara
lagi, jika berita itu ditulis secara keterlaluan, maka akhbar itu sebenarnya sedang
mencetuskan peperangan terhadap masyarakat pembaca akhbar itu sendiri. Dari aspek
komersial, lambat laun akhbar terbabit akan menerima padah. Akan tersadari dipetak warong
akhbar dari pagi hingga malam – bertukar warna keperang-perangan.
INTERNET Sudah
Berperanan
Beberapa ketika dulu, kita dengar juga bahawa berita-berita dari
sumber-sumber INTERNET telah menjadi minatan. Walaupun pada mulanya maklumat yang
dihidangkan cuma setakat 'menghiburkan' saja, tetapi setelah beberapa orang penulis serius
mula menulis, maka berita internet telah kian diyakini oleh pembaca.
Kerana peratus
berita sumber internet telah mampu memberi berita-berita terkini dan benar ditahap yang
tinggi berbanding dengan akhbar pro-Kerajaan; maka orang ramai sentiasa mencari-cari
LawamWeb yang memuatkan pelbagai rencana dan Forum di internet.
Pada mulanya ia
dijadikan sumber maklumat perbandingan saja, tapi akhirnya sumber internet telah menjadi
sumber "alternatif" yang lebih diyakini. Kini jumlah pembaca yang meyakininya
sudah bertambah. Maka peperangan itu sudah sampai ketahap 'ever-lasting'.
Umumnya,
pembaca tidak memilih sumber maklumat asalkan ia benar dan tidak menyembunyi fakta.
Diakhir-akhir ini, didapati rencana-rencana dan berita yang dimuatkan dari internet
mengandungi isi yang lebih tepat, kental dan berjaya mengimbau keyakinan pembaca
berbanding dengan apa yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia, Berita Harian atau NST.
Diperhatikan,
setengah pihak mentafsirkan sumber internet itu sebagai "serangan" terhadap
akhbar-akhbar berkenaan. Tetapi, pada hakikatnya, rencana-rencana yang dipaparkan itu
lebih merupakan alternatif yang jauh lebih tepat untuk dijadikan perbandingan.
Sumber
internet juga mampu memberi penjelasan yang lebih logik, bernas, penghujahan yang
menyeluruh, mewakili pandangan umum dan meyakinkan pembaca yang matang. Elemen propaganda
akhirnya diketepikan dan jika keterlaluan berpropaganda, akhirnya akhbar itu kan
tersingkir dengan sendiri.
Penelitian ke atas rencana-rencana dan berita-berita
internet telah menunjukkan peratus kebenaran berita yang lebih tinggi. Rencana-rencana dan
berita-berita yang terpapar lebih banyak menunjukkan tahap isi yang ditulis oleh
mereka-mereka yang mampu menunjukkan kemahiran dan profesionalisma yang lebih ketara,
kredibiliti dan ketepatan (accuracy) berita lebih jitu; berbanding dengan berita yang
ditulis oleh pemberita-pemberita upahan Utusan Malaysia, Berita Harian atau NST.
Ini
tidak pula bermakna pemberita akhbar pro-kerajaan tidak mempunyai profesionalisma yang
sepadan. Tidak! Pembaca tahu seksa yang ditanggung oleh penulis rencana dan
pemberita-pemberita akhbar-akhbar terbabit. Hampir kesemua mereka telah dikongkong oleh
para editor/penyunting yang berkewajipan. Editor/penyunting telah meminda dan mengubahsuai
mengikut apa yang diarahkan.
Akhirnya, berita di akhbar konvensyenel serta-merta
jatuh mutu ke tahap 'sampah sarap' menjadi alas pengesat kaki termahal.
Sekarang
timbul persoalan, sejauhmanakah ketidakseimbangan ini akan berterusan, apa implikasinya,
dan apa akan jadi jika dibiarkan berleluasa.
Jawapan yang pasti ialah: satu
"peperangan memaparkan kebenaran dan ketelusan" telah bermula. Jika dibiarkan
pasti akan berterusan. Hari ini peperangan ini kian sengit dan 'menyengat'. Nak buat
macamana? Mahu salahkan siapa?
Jawapannya Mudah
Seumpama tindakbalas kimia
-- "action demands reaction". Pembaca-pembaca yang peka dengan 'kebenaran' dan
menolak berita bohong akan terus menerus memberi riaksi dengan menolak akhbar-akhbar
terbabit dan mencari sumber berita dari HARAKAH atau LawanWeb berinklinasi 'benar'.
Jumlah
penulis dan pembaca pula tidak sedikit, malah kian bertambah. Kepakaran mereka juga lebih
tinggi dari kebanyak pemberita di akhbar-akhbar terbabit. Analisis mereka lebih mendalam
dan ruangan satu-satu artikel tidak kurang dari 16kb (hahaha…!!).
LamanWeb pula
lebih dari 60 dan ia boleh diup-date/dikemaskinikan 24 jam. Jumlah pembaca yang berminat
melebihi 300 ribu orang. Jika rencana-rencana itu di print, taksirlah berapa jumlah
pembaca yang akan 'menggeleng' kepala!!
Masakan permasalah ini semudah itu dicegah.
Apatahlagi, ini adalah selaras dengan 'hak asasi manusia' dan demokrasi. Apakah
akhbar-akhbar pro-Kerajaan mampu menangkis? Hmm… tepuklah dada dan tanyalah selera!!
Kini,
bagi penulis-penulis rencana Reformasi di internet, mencari tajuk-tajuk rencana tidaklah
sesukar itu. Sebenarnya, akhbar-akhbar sendiri yang memberi ruang dan tajuk-tajuk
berkesan. Nak salahkan siapa lagi? Setiap hari, tanpa membeli akhbar-akbar tersebut sekali
pun, penulis akan menulis berasaskan tajuk-tajuk tersebut. Rencana siapa yang lebih
sensasi dan berpengaruh?
Dalam masyarakat terdidik, berpelajaran dan berilmu;
mental manusia berilmu tidak dapat disekat semudah yang dijangka. Sebarang pemaparan yang
tidak wajar atau kurang manasabah pasti akan mendapat kritikan, jika tidak pun ditentang.
Pembaca
Manusia Berilmu & Waras
Makin akhbar cuba pro-Kerajaan berdolak-dalik, makin
itu pembaca akan hilang minat. Ini pasti akan mempengaruhi minda mereka yang waras (ulang:
minda mereka yang waras!). Melihat jumlah rencana-rencana yang begitu banyak dipaparkan di
LamanWeb terbabit setiap hari, dapat dirumuskan bahawa 'peperangan' menangkis 'kebohongan'
sudah menjadi-jadi.
Pada hematnya, 'Kebenaran' sudah jauh mengatsi 'Kebohongan'. Di
akhir-akhir ini, akhbar pro-"Bohong" sudah terpuruk. Terbukti pulangan dari
penjualannya rata-rata tidak lagi dapat menampung kos operasi…!! Nak salahkan siapa?
Kini
kebencian rakyat sudah nampak kesan. Media letronik saluran TV3 diberitakan menerima padah
‘recevership’. Itu petanda ia akan ‘gulung tikar’. Apakah tilam-bantal juga akan
terlelong? Haha…tak taulahhh!!
Urutan dari keadaan yang tercetus dan riaksi
pembaca dan penonton yang menggalakkan ini, keseluruhan keadaan ini kian merangsang
penulis-penulis rencana "Penangkis Bohong" dari dalam Internet.
Penulis-penulis
internet lebih aktif menulis dengan daya kepekaan yang wajar dipuji. Masing-masing mampu
memaparkan fakta-fakta benar, berjaya menangkis 'pembohongan' dengan tepat,
menghuraikannya melalui analisis yang mendalam dan original.
Mereka pula tidak
teragak-agak mendedahkan kebenaran itu dan mentafsirkan sesuatu yang tidak wajar demi
kepentingan pembaca.
Masihkah akan terpapar lagi tajuk-tajuk berita 'sensasi'
serperti yang termuat di akhbar-khbar pro-Kerajaan?
Andainya Pak Menteri masih
berdegil memaksa akhbar-akhbar dibawah kuasanya 'melalut' begitu, bukan saja akhbar itu
saja yang tersingkir, malah Pak Menteri itu sendiri akan tersingkir!!
Fikirlah
sendiri!!
Pemberita Vetren Prihatin
Petaling Jaya
14 Feb. 2000