CUBAAN MEMECAH MONOPOLI UNDI ALTERNATIF

JANGAN POLITIKKAN KAWASAN LEMBAH BERIAH!!

RANCANGAN Pembangunan Lembah Beriah, Kerian lahir 'kununnya' dibangunkan atas dasar untuk membawa kemajuan di Lembah Beriah, iaitu di sempadani oleh Bukit Merah di selatannya sehingga ke sempadan Perak/Kedah/Pulau Pinang yakni Mukim Beriah, Parit Buntar. 

Pembangunan yang didakwa merangkumi kawasan seluas beribu hektar itu akan membangunkan ekonomi orang Melayu di kawasan yang terlibat. Ide RPLB telah dimulakan semenjak pemerintahan MB Ramli Ngah Talib kini disambung oleh MB Perak yang baru iaitu Dato' Mohamad Tajol Rosli Ghazali.

Lembah Beriah adalah jelapang padi negeri Perak setelah Perak Tengah dan Kuala Kangsar 'hancur' akibat sistem pengairan yang tidak sistematik akibat campurtangan 'politik' dalam rancangan pengairan Sg. Perak.

Dalam dakwaannya MB Besar DS Mohamad Tajol Rosli berkata RPLB tidak akan menjejaskan kawasan sawah padi yang menjadi pengeluar beras di negeri Perak. Beliau mendakwa kawasan penanaman padi itu perlu dikekalkan kerana ia turut menjadi tarikan pelancongan berasaskan pertanian.

Pembangunan di Lembah Beriah dalam rancangannya dikatakan berpotensi dilaksanakan kerana lokasinya yang berhampiran dengan Pulau Pinang, yang membolehkan barangan industri dieksport melalui pelabuhan di negeri itu.

Dalam kenyataan medianya, DS Tajol Rosli berkata kerajaan turut menggalakkan penduduk Lembah Beriah dan Tanjung Malim supaya meneliti pelan rancangan pembangunan tempatan yang akan dipamerkan selama sebulan. Penduduk terbabit perlu memberikan maklum balas, kerana rancangan pembangunan yang akan dilaksanakan akan memberikan kesan langsung kepada mereka.

Minda Rakyat pernah memberikan ulasan terhadap Rancangan Pembangunan Lembah Beriah ini melalui alamat: 
Lembah Beriah: Satu Cabaran Kepada Pimpinan PAS

Lembah Beriah: Bakal Mangsa UMNO dan Kroninya

Bandar Tasik Bukit Merah Gagal Bawa Undi

Semoga pandangan ini akan menjadi ukuran dan tamparan kepada kerajaan BN Perak sebelum meneruskan projek berkenaan.