Polong Cyber,
Saya telah membaca minda mingguan terbaru saudara, teruskan usaha saudara
menulis dalam minda
mingguan ini. Analisa dan fakta-fakta yang ditulis amat
menyentuh hati saya, terutama tajuk minggu ini KEMATIAN: ANTARA YANG
DINANTI DAN DI TANGISI.
Mungkin saudara boleh tulis analisa sebegini dua
kali seminggu. Saya rasa sekali seminggu tidak cukup.
Hati saya bercelaru ketika membaca perenggan di
bawah.
"Mengapa Ustaz Basir dituduh bersubahat dengan perompak?. Mengapa Ustaz
Basir dianggap shbahat dengan penjenayah? Ustaz Basir seorang Ahli
Parlimen
yang berwibawa. Saya percaya tiada seorang ahli parlimen UMNO yang mampu
melakukan apa yang Ustaz Basir lakukan hari itu terhadap jenazah Fendi.
Hamid
Othman, Yusuf Nor. Wan Mokhtar jauh sekali. Memang UMNO tidak
memiliki ahli Parlimen yang bertaraf ulama. UMNO bukan mahu ulama. Ulama
mereka buang
jauh-jauh."
"Namun di sekitar suasana perkampongan UMNO heboh mengatakan Ustaz Basir
bersubahat dengan penjenayah. Termasuklah kalangan ahli
keluarga Ustaz yang
'pekat UMNOnya' itu. Mereka menghina Ustaz Basir dengan perkataan paling
hina pernah didengarinya. Ustaz Basir memang seorang yang
penyabar.
Perjuangannya menerima tentangan keluarga tapi beliau yakin dengan
perjuangan PAS. Maka beliau tampahkan iktikad dan perjuangan untuk membela
Islam.
Kata Ustaz Basir hanya PAS yang mampu dan ikhlas berjuang menegakkan
Islam di bumi Malaysia. Saya kagumi Ustaz tetapi amat bersimpati dengan
beliau."
Saya
rasa rakyat sentiasa dikelirukan dengan publisiti pihak BN. Karpal
yang membela banyak orang di mahkamah telah dikaitkan hendak memcari
keuntungan seperti
apa yang tertera di poster dan iklan BN sempena
pilihanraya. Guan Eng yang telah membela hak seorang gadis bawah umur telah
dikatakan sebagai satu
tindakan untuk mengaut publisiti politik sedangkan
masa yang sama media enggan memberi kerjasama dan memberi laporan yang adil
dan tidak pilih kasih.
Sekarang
ini, Ustaz Basir telah dikaitkan dengan penjenayah... Apa penduduk
Kg. Sadang, Sungai Korok, Pasir Gajah dan Tangjung Dedalu masih tidak sedar
dan bezakan
apa yang benar dan apa yang fitnah.
dari tat kean
Komen Webmaster,
Saudara Tat Kean. Terima kasih di atas keprihatinan saudara atas apa jua isu yang ditimbulkan dalam laman Minda Rakyat. Memang laman ini diwujudkan untuk rakyat Malaysia berbincang mengenai isu semasa, sementelahan media perdana memihak kepada kepalsuan dan menyokong kepentingan politik BN semata-mata. Mereka lupa kebenaran walaupun atas kepentingan agama sekali pun.
Minda Mingguan adalah hasil tulisan dan analisa saya melalui pemerhatian media perdana dan isu yang berlaku dalam seminggu. Minggu ini saya memilih tajuk yang agak sensitif walau pun tidak bersifat globalisasi. Fitnah 'berita kematian Mahathir' menjadi agenda perbualan dan isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia dalam seminggu. Berita kematiannya seolah-olah ditunggu dan di nantikan. Adakah ini tandanya Mahathir dibenci?
Dalam awal minggu ini kita mendengar penafian pihak polis berhubung dengan isu menembak mati Geng Styer di mana salah seorangnya adalah seorang pendakwah dan juga aktivis PAS. Beliau adalah Abu Hassan Affendi Mohd Hamzah berusia 33 tahun. Pihak polis menafikan telah menembak orang yang tidak bersalah, tetapi hakikatnya begitulah. Bayangkanlah tekanan dan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga Abu Hassan Affendi. Anak-anaknya dan isterinya serta sanak saudaranya. Tetapi pihak polis hanya memberikan satu jawapan iaitu tidak mengira siapa dan mengatakan beliau (Abu Hassan Affendi) adalah penjenayah. Malahan media tidak menghiraukan perasaan yang tertanggung oleh isterinya.
Saya tidak dapat menunaikan permintaan saudara untuk membuat analisa secara dua kali seminggu sebagaimana email saudara. Bagaimana pun saya ucapkan terima kasih atas pandangan saudara. Terima kasih juga kerana saudara memberikan perhatian apa yang saya utarakan dalam analisa setiap minggu. Kadangkala kita asyik melayan isu yang digembar gemburkan oleh pihak media perdana tajaan UMNO, sedangkan di sebaliknya ia mempunyai tujuan tertentu.
Minda Mingguan akan cuba membawakan apakah yang tersirat di sebalik yang tersirat. Perkara yang saudara terkeliru itu boleh saya jelaskan begini. Ustaz Mohd Basir Rahmat adalah ahli Parlimen PAS Parit di mana Kg. Sadang adalah tempat kelahiran Abu Hassan Affendi Mohd Hamzah. Pak Hamzah sekeluarga adalah ahli PAS. Mereka amat rapat dengan Ustaz Basir. Ustaz Basir diminta oleh keluarga Pak Hamzah untuk menguruskan pengkebumian jenazah Abu Hassan Affendi. Tetapi orang UMNO kampong tersebut serta yang berdekatan mengatakan Ustaz Basir bersubahat dengan perompak kerana mereka lebih percayakan media perdana dari hakikat sebenarnya.
InsyaAllah saya akan terus menulis sekiranya Allah memberikan kekuatan kepada saya. Saudara juga boleh menulis setelah membuat pengamatan terhadap sesuatu isu dan cuba fikirkan apakah yang tersirat di sebalik isu itu yang mungkin adalah satu perangkap kepada kita rakyat Malaysia. Hantarkan pandangan saudara untuk dibincangkan oleh para netters dan disampaikan kepada rakyat yang lain.
Polong Cyber