INFORMASI TERKINI

Provokasi Rusuhan - Angkara Siapa (Bahagian 5)

Untuk Bahagian 5 ini, IB siarkan imej foto yang IB ceritakan suasananya dalam Nota #11 - #17 dalam Bahagian 2.  Untuk cerita naratifnya sila rujuk kepada nota-nota tersebut. 


Imej 10: Dua petugas KeADILan yang menunggu mana-mana “penyokong” BA yang akan lalu atau berhenti di persimpangan di belakang SOGO (bawah jejantas ke STAR). Petugas A (petak kuning) dan petugas B (bulatan merah). 

Imej 11: Petugas A melaungkan kepada penunggang motorsikal yang baru tiba di persimpangan tersebut dengan kata-kata “dah habis dek!”. 

Imej 12: Petugas A, sambil menunjuk ke jam tangannya, melaungkan kata-kata “sudah pukul 11 dah, dah habis, dah habis kempen …”  Petugas B mengeluarkan tanda isyarat tangan bahawa tempuh sudah tamat. 


Imej 13: Petugas A terus lagi dengan kata-kata “kempen dah habis dek, boleh balik …” 


Imej 14, kedua-dua petugas tersebut cuba memujuk dan memberi nasihat agar mereka balik dan jangan lagi bersiar dengan bendera besar.  Tempoh kempen sudah tamat.  Penunggang-penunggan motorsikal tersebut kelihatan pada mulanya mendengar kemudian memandang ke arah lain sambil berbual sesama mereka. Alhamdulillah, gambar-gambar kali ini adalah lebih baik akibat dari cahaya persimpangan jalan yang agak terang sedikit.  Namun, sekali-sekala terdapat gangguan dari pancaran cahaya lampu kenderaan dari arah sebelah. Bersambung lagi … di bahagian 6, Insya Allah. 

Sekian
Ibrahim Baba
24 Disember 1999