INFORMASI TERKINI |
PERMATA DI LUBUK 'BERPUAKA'Mengenali Dato' Seri Mohamad Tajol Rosli secara rapat akan membuatkan anda semakin ingin mengenali beliau. Insan yang boleh diuji ketabahannya. Jika tidak masakan beliau direstui oleh PM Mahafiraun itu untuk menerajui pentadbiran negeri Perak. Beberapa kali saya pernah bersembahyang berjemaah dengan beliau. Memiliki perwatakan sederhana dan penampilan yang kemas dan bersahaja, walau pun saya tidak mengenali beliau secara dekat. Apa sejarah politik masa silamnya saya tidak berminat untuk berhujah. Berlainan sekali dengan Ramli Ngah Talib (atau Ramli Marcos), Tajol Rosli akan ke masjid tanpa iringan skuad 'kuda putih' yang bersiren biru dan tiada hamparan permaidani merah di masjid menanti kedatangan beliau. Beliau taat sembahyang dan memiliki ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, walau pun hari masih 'subuh' untuk kita menilai sejauh manakah keikhlasan Tajol Rosli. Sebagaimana DSAI, kewarakan dan ilmu agama yang tinggi sahaja tidak mencukupi seandainya salah memilih wadah perjuangan. Apalagi jika ianya bersabit dengan ketuhanan dan pendiriannya terhadap agama Islam tercinta. Akibatnya beliau pasti akan merasakan kepanasannya. Terlanjur perahu memang boleh diundurkan. Justeru hari masih pagi, seseorang seperti Dato Seri Tajol Rosli masakan boleh menganggotai UMNO yang 'haram' baginya dalam memperjuangkan agama Islam. Oleh kerana tidak akan melaksanakan perintah-perintah Allah, sebagaimana melalui pengucapan bossnya Mahafiraun, pendirian Dato Seri Tajol Rosli boleh dinilai bahawa beliau tidak akan melaksanakan ciri-ciri pentadbiran sebuah negara Islam dengan hukum hudud dan syariat Islam yang lainnya. Maka dengan itu hukum menyokong atau membantu dengan apa cara jua sekali pun terhadap kepimpinan Dato Seri Mohamad Tajol Rosli, sebagaimana kepimpinan UMNO lainnya adalah jelas sekali HARAM!. Kepada Dato Seri Mohamad Tajol Rosli jalan masih terbuka. Ingatkan wasiat bapa saudaramu sebagaimana ayah kandungmu jua. Sebutir permata bagaimana akan jelas sinarannya jika terletak di antara taburan kaca-kaca yang berserakan. Sebutir permata akan lebih bersinar di kegelapan malam atau di lubuk puaka yang mendapat cahaya sinaran rembulan. Polong Cyber |