INFORMASI TERKINI

Provokasi Rusuhan - Angkara Siapa (Bahagian 3)

Mulai dari Bahagian 3 ini, IB akan menyiarkan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan. Untuk kali ini disiarkan gambar-gambar sekitar Jalan TAR berdekatan dengan Chow Kit yang dirakam lebih kurang jam 4 pagi 28hb Nov 1999. Gambar-gambar ini merujuk kepada Bahagian 1 artikel IB yang disiarkan sebelum ini.

Seperkara yang IB perlu sebutkan ialah sesetengah gambar diambil dalam suasana kekurangan cahaya dan jarak yang agak jauh. Akibatnya IB terpaksa memohon bantuan rakan untuk "adjust"kan contrast dan brightness gambar/imej supaya ianya lebih jelas.

Imej 1: Unit Peronda A yang berada bersebelahan kami. (Rujuk Nota: #10)

Imej 2: Unit Peronda B (Rujuk Nota: #13, 14, 15)

Imej3: Kesesakan hingga jauh mata memandang. Cahaya biru pada bas (sebelah kiri imej) adalah pantulan cahaya lampu Peronda B. (Rujuk Nota #16). Gambar ini diambil dalam jarak zoom yang jauh, sebagai banding lihat Imej 4. Kedudukan bas (yang sama) itu tidak bergerak.

Imej 4: Kesesakan sudah mula bergerak semasa kami ambil gambar dari atas jejantas. Perhatikan sebelah kiri gambar. Rujuk Imej 5.

Imej 5: Merujuk Nota #20, dua kumpulan yang kami sangsi kehadiran mereka. Petak A (dizoomkan kepada Imej 6) adalah merujuk kepada Nota #21 - mereka memakai dan mengibar bendera BA sambil bersorak dan melaungkan REFORMASI. Petak B (dizoomkan kepada Imej 7) adalah merujuk kepada Nota #22.

Imej 6: Adakah mereka ini betul-betul penyokong BA? Kami sangsi berdasarkan gerak geri mereka. Dari mana mereka datang? Apakah kedua-dua kenderaan merah itu kenderaan mereka (terdapat poster keADILan ditampal dibelakang van)? Saya rasa agak muda umur mereka untuk memiliki kenderaan tersebut.

Imej 7: Siapakah mereka ini? Apakah peranan mereka yang berkumpul di belakang penyokong(?) BA tetapi tidak menunjukkan sebarang emosi? Mereka hanya memerhatikan budak-budak yang berada di depan mereka.

Hanya terdapat sebuah motorsikal berdekatan mereka yang bertujuh. Apakah mereka yang memandu van merah dan kereta merah sebelah budak-budak di tepi jalan itu?

Bersambung dengan gambar-gambar lain di sekitar Jalan Raja Laut pada pagi yang sama.

Sekian

Ibrahim Baba
20hb Disember 1999