MINDA MINGGUAN

KEMAMPUAN KITA SEBENARNYA TELAH TERBUKTI!

Keangkuhan para pemimpin UMNO terhukum oleh keputusan pemilu ke 10, 29 November lalu. Jika sebelum pilihanraya mereka asyik mempertahankan kedudukan dan pengaruh masing-masing serta ingin jadi jagoan di kawasan Parlimen dan DUN masing-masing, namun selepas pilihanraya wakil atau calon BN semacam malu menyembunyikan diri!!

Hanya beberapa kerat masih angkuh kerana berjaya mempertahankan 'kununnya' apa yang mereka katakan sebagai kekuatan walaupun bertopeng tipu helah pengundi hantu. Sebagai contoh, Ku Li yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, masih berani berkata sesuatu yang agak 'jelek' didengar lagi tika ini. Mungkin kepada Ku Li beliau perlu membuat kenyataan sedemikian untuk mengekalkan popularitinya terutama dalam menghadapi mesyuarat pemilihan  agong UMNO Jun atau Julai depan.

Selain Ku Li, Menteri Besar Pahang, Datuk Adenan juga masih berani dan angkuh menghina PAS. Beliau perlu menghentikan fitnahnya secara terang-terangan sebelum rakyat akan menghukumnya dalam pemilu ke 11 nanti. Manakala Syed Hamid Albar sendiri yang pada mulanya agak 'garang' dengan kenyataannya, bertukar haluan dengan kenyataannya yang perlu diinsafi oleh semua wakil rakyat BN semalam.

Persoalannya, mengapakah secara tiba-tiba hampir kesemua pemimpin UMNO ini hilang 'taring' mereka? Apakah mereka kini laksana anak dara tahun 50'an yang berjalan dengan tunduk malu dan menyorokkan muka di sebalik kerudung masing-masing sebagai tanda sopan? Apakah mereka seperti dahulu 'anjing garang' kini bertukar menjadi kucing yang betina yang malang yang takutkan kucing jantan? Kemanakah hilangnya 'kejantanan' mereka suatu waktu dahulu?.

Minda mingguan kali ini ingin membawa anda menyelami apakah rahsia di sebalik kehilangan 'taring' pemimpin UMNO. Mengapakah kini mereka bukan lagi tempat kita bergantung dan mengadu nasib? Apa yang perlu kita sedari ialah bukti kekuatan rakyat itu sendiri dan keyakinan kita kepada diri sendiri dan kesatuan umat Melayu keseluruhannya, mampu melakukan sesuatu yang mengejutkan dunia politik tanahair tercinta.

Rakyat bukan mahu 'ego' atau sombong di atas kemampuan mereka mencipta penawar kepada bisa luahan para pemimpin UMNO. Tetapi kita jangan sekali dipermainkan. Kita jangan sekali diperlekehkan. Kita jangan sekali dicabar oleh cabaran pemimpin UMNO terhadap ugama Islam, Nabi atau ulamak selaku 'pewarisnya'.

Rakyat jangan lagi diperbodohkan. Jangan sekali dipermainkan dengan sogokan pelbagai isu kebudak-budakkan. Rakyat sudah matang menilai, apakah seseorang yang berkredebiliti tinggi seperti DSAI mahu disogok dengan tuduhan liar merasuah dan tuduhan liwat di luar tabiee. Apakah bapak menteri yang lain bebas dari segala perbuatan itu? Mengapa pekong Rafidah masih disembunyikan? Rahim Tamby Chik, Saikidol dan Zaim disimpan begitu sahaja setelah terbukti kesalahan mereka. Jangan sekali mencabar minda rakyat untuk memutarkan segala isu di atas paksi kebenaran kerana hasilnya hanya akan mengecewakan.

Alaf baru bukan zaman 'kodok' sebagaimana zaman permainan pemimpin UMNO yang rata-rata melewati usia 50'an dan ke atas. Ini zaman 'cyber'. Zaman yang hanya sesuai untuk mereka yang suka cabar mencabar dan akan menyahut segala cabaran. Minda rakyat seusia anda mampu menggoyah zaman bertukar menjadi agresif dalam tindakannya. Kita tidak lagi takut kepada ugutan dan sakat 'kebudak-budakan'.

Inilah kekuatan anda rakyat negara ini. Setiap anda mempunyai kekuatan tersendiri. Mempunyai kuasa luar biasa yang mampu menundukkan 'bisa' para pemimpin UMNO. Mari kita gembelingkan segala kekuatan kita secara bersama. Kita kumpulkan kekuatan kita dalam satu bahtera pelayaran meninggalkan zaman kelam.

Biarkan pemimpin UMNO yang masih sombong dan angkuh tenggelam dalam dunia mereka. Kita jadikan 2004 untuk sepenuhnya merampas takhta singgahsana politik menjadi milik rakyat sepenuhnya. Ia nyata bukan milik seorang dua keparat, yang menyembunyikan dirinya selaku ahli korporat. Tidak mustahil kita lakukan itu kerana kita sudah menyempurnakan dua negeri yang berada di Pantai Timur. Itu bukti kekuatan kita. Malahan pengaruh itu semakin meluas di Kedah dan Perak serta beberapa negeri lain. Kita sebenarnya mampu. Kita sebenarnya boleh kerana Malaysia Boleh!

Mengapa mesti kita tunduk dalam ketakutan dan kekalutan. Ini masanya kita keluar membina kekuatan dan menyatukan kebijaksanaan kita secara 'bersama' membentuk masa depan kita sendiri. Kita punyai segala kepakaran hatta pakar 'nuklear' kini berada di pihak kita. Mengapakah kita memperbodohkan diri menjadi hamba kepada pemimpin UMNO. Mengapakah kita masih mahu menghidupkan kembali zaman feudal yang kita benci. Kita bukan bertuhankan Firaun atau Maha Firaun!

Kita adalah rakyat Malaysia yang bebas dan merdeka. Minda kita juga merdeka. Bukan dikongkong oleh  zaman silam yang menyakitkan dan memahitkan. Inilah sumpah kita di tanah air tercinta. Inilah kekuatan kita. Kita mampu menundukkan pemimpin UMNO sebagaimana dahulu mereka menundukkan kita dengan tipu helah dan 'angkara' sosial.

Kita satukan perjuangan dengan mengambil 'iman' sebagai panduan. Agar jitu segala perjuangan. Agar pengorbanan kita mempunyai nilai di sisi Tuhan. Hidup kita bukan menongkat dunia selamanya. Tetapi perjuangan kita adalah untuk generasi anak dan cucu kita agar mereka menikmati kehidupan sempurna. Tidak seperti ayam mati dikepoh atau itik mati di kolam. Jihad kita bukan kepada manusia, tetapi kepada Tuhan. Allah berjanji bahawa, 'barang siapa membela (menegakkan) ugama Ku, Aku akan membela kamu'.  Mengapa mesti kita ragu dengan Tuhan dan segala sumpahnya di dalam Al-Quran?

Kita membina kekuatan sebagaimana kewajipan kita kepada Tuhan. Benarlah sepertimana kata Tuan Guru, Menteri Besar Terengganu Haji Abdul Hadi Awang bahawa 'kita menang kerana kita mematuhi segala syarat kemenangan sebagaimana Allah tetapkan'. Mengapa kita hanya merenung Terengganu dan Kelantan sebagai satu renungan biasa. Itu lahir dari kemampuan kita. Mengapa kita tidak jadikan kekuatan itu satu kenyataan di negeri-negeri lainnya.

Justeru itu 2004 adalah saat dan ketika kita memastikan segala impian akan menjadi kenyataan. Marilah kita insafi akan kekuatan kita yang Allah berikan. Mari kita gembelingkan secara bersama kekuatan kita itu agar ianya menjadi suatu yang lebih menakjubkan. Kita bukan melakukan sesuatu yang mustahil. Kemampuan kita hanya setakat itu, nyata ianya mencukupi. Gerakkan perjuangan kita hari ini dengan menyertai kumpulan atau jemaah yang nyata sudah memiliki kekuatan. Jangan kita pertaruhkan nasib di bahtera yang goyah dan bocor di sana sini.

Lengkapkan perjuangan kita dengan mendaftar sebagai ahli. Mulakan dengan iltizam dan penuh keinsafan walau pun hanya dengan satu pangkah anda bisa merobohkan tembok yang tinggi atau menghancurkan gunung yang padu.

Bangunlah wahai rakyat Malaysia. Perkemaskan minda mu menuju esok yang kian ceria di tangan anda. Lakukan sesuatu untuk diri dan generasi kita. Jangan kita musnahkan harapan dan impian anak cucu kita.

Bangunlah dan berjihad!!

TAKBIR!!!

Polong Cyber